Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 9)


Siri:9

UBAT KHUSUS 'UJUB #4

Punca khusus penyakit 'ujub Yang Ke-Empat ialah, BERKETURUNAN MULIA, yakni nasab yang berhubung sehingga ke hadrat Nabi SallaLlāhu 'alaihi wasallam. Memang tidak dinafikan bahawa dari sudut keturunan, keturunan Baginda SallaLlāhu 'alaihi wasallam lah yang paling mulia, serta yang paling layak menjadi pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara.

Namun, ia BISA MENYEBABKAN 'UJUB! Sepertimana telah berlaku ketakjuban beberapa golongan Al-Hāsyimi. Sehinggakan ada sebahagian mereka yang menyangka bahawa, mereka MERDEKA DARIPADA SEKSA API NERAKA, dengan sebab KEMULIAAN NASAB, dan KELEPASAN BAGINDA SAW DARIPADA DOSA & NERAKA. Dan sebahagian mereka yang lain pula, ada yang berkhayal, bahawa semua manusia adalah tertakluk DIBAWAH PENGUASAAN & PERHAMBAAN MEREKA!

Maka UBATNYA ialah, MENGETAHUI bahawa sesungguhnya, bilamana mereka menyongsangi keturunan mereka yang mulia-mulia, pada perilaku perbuatan dan akhlak mereka, dan menyangka mereka masih disambungkan dengan keturunan mereka yang mulia itu, maka sesungguhnya mereka JAHIL tentang hakikat bahawa KESINAMBUNGAN MEMERLUKAN KEMUAFAKATAN!
Jikalau mereka benar-benar mengikuti jejak keturunan mereka yang mulia-mulia itu, maka PASTI TIDAK WUJUD PADA AKHLAK MEREKA SIFAT 'UJUB KEPADA NASAB! Bahkan sayugianya mereka bersifat TAKUT, dan MERENDAHKAN DIRI, serta MEMULIAKAN MANUSIA, juga MENGHINA HAWA NAFSU!

Demi sesungguhnya, keturunan mereka yang mulia-mulia dahulu, menjadi mulia adalah dengan sebab AMAL TAAT, ILMU PENGETAHUAN, dan AKHLAK YANG TERPUJI. BUKAN SEMATA-MATA NASAB! Maka tuntutlah kemuliaan itu dengan memuafakati sebab-sebab kemuliaan tersebut.

Dan INGAT!!! Ada juga pada keturunan mereka, serta sama qabilah dengan mereka, tetapi TIDAK BERIMAN DENGAN ALLAH 'AZZA WA JALLA! Contoh yang nyata seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan seumpamanya. Maka kedua-dua mereka tersebut, dan yang seumpama keduanya, di sisi Allah Subhanahu wa Ta'āla, adalah LEBIH HINA daripada anjing & khinzir!

Firman Allah Ta'āla, ertinya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan (yakni Adam & Hawa) dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya SEMULIA-MULIA kamu di sisi Allah ialah orang yang LEBIH TAQWANYA di antara kamu, (yakni bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." Al-Hujurāt, Petikan Ayat:13.

Dan Bersabda Baginda SallaLlāhu 'alaihi wasallam, ertinya, "Sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada kalian ke'aiban umat jahiliyyah (yakni ketakburan mereka). Semua kalian adalah anak-anak Adam! Sedangkan Adam daripada Tanah!"

WaLlāhu A'lam.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti