Posts

Showing posts from April, 2020

FRONTLINER: TETAP UTUH WALAU DIBADAI KEDEGILAN MASYARAKAT

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 18 Syaaban 1441H | 12 April 2020 [ FRONTLINER: TETAP UTUH WALAU DIBADAI KEDEGILAN MASYARAKAT ] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi dilanjutkan berikutan pengumuman daripada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 10 April yang lalu. Tarikh lanjutan PKP akan bersambung dari 15 April sehingga 28 April oleh kerana kes masih meningkat hari demi hari. Seperti biasa, dalam waktu rakyat Malaysia berkurung, para petugas barisan hadapan iaitu staf-staf pusat kesihatan, polis dan lain-lain tetap meneruskan perjuangan mereka dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Usaha para petugas barisan hadapan dalam menangani wabak pandemik ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat awam. Mereka sanggup merisikokan diri dan meninggalkan keluarga untuk melaksanakan tugas masing-masing sepanjang perintah kawalan pergerakan. Tersebar di media sosial, gamba

PATUH! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BUKAN MAIN-MAIN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 12 Syaaban 1441H | 6 April 2020 [PATUH! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BUKAN MAIN-MAIN] Perintah kawalan pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) mahupun   kuarantin yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani wabak yang sedang menular di negara kita telah memberikan pelbagai impak dan perspektif kepada rakyat Malaysia. Perintah kawalan ini dilaksanakan untuk mengurangkan kadar jumlah pesakit yang terinfeksi dengan wabak COVID-19. Perintah kawalan pergerakan yang kini telah memasuki fasa kedua apabila ianya telah dilanjutkan dari 1 April sehingga 14 April telah memberikan pelbagai rungutan daripada pelbagai pihak. Hal ini kerana, perintah yang dilaksanakan telah menyekat pergerakan dan mengehadkan kebebasan mereka untuk melaksanakan rutin-rutin harian mereka. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mendengar dan mematuhi arahan

PMH | NEWS #01 : EDISI MAC

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] 4 Syaban 1441H | 29 March 2020 [ PMH | NEWS #01 : EDISI MAC ] Antara Info menarik yang terkandung ialah : 💡 Isu Pandemik Corona Virus Covid 19 💡 Tokoh Bulanan : Ibn Sina 💡 Program Bulanan PMH Buletin pada edisi March memaparkan tentang cara penyebaran Covid 19, simptom dan juga langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani wabak ini. Tokoh Islam dalam bidang ilmu perubatan iaitu Ibn Sina merupakan rujukan utama yang  masih digunakan sehingga kini di seluruh dunia.  Program bulanan PMH juga telah terlaksana dengan jayanya. Jadi, segala maklumat yang diberikan ini harap berguna di samping dalam menangani wabak penularan virus Covid 19 yang kian meningkat kesnya hari demi hari.  "MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA" Disediakan oleh, [ALIA, AINA, FARAHANI, RINA, NAZZIMI] UNIT BULETIN EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI  20/21 PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PM

BAHANA PORNOGRAFI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 7 Syaaban 1441H | 1 April 2020 [BAHANA PORNOGRAFI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN] Sejak wabak Covid-19 diisytihar pendemik, kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan virus ini daripada terus berleluasa. Pada 18 Mac yang lalu,  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan menyebabkan semua rakyat Malaysia terhad pergerakannya. Tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang mengingkari arahan PKP. Disebabkan tidak dapat keluar dari rumah dan tidak dapat memenuhi tuntutan kerja dan belajar, maka rakyat Malaysia mempunyai banyak masa lapang. Bahkan masa lapang ini akan terus berlangsung sehingga 14 April berikutan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac yang lalu. Masa lapang yang diberikan sepatutnya boleh digunakan untuk merapatkan semula hubungan antara keluarga, meningkatkan amal ibad