Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 7)


Siri:7

UBAT KHUSUS 'UJUB #2

Perkara Ke-Dua yang menyebabkan penyakit 'ujub ialah, KEKUATAN FIZIKAL! Allāh 'Azza wa Jalla berfirman menghikayatkan tentang golongan yang 'ujub terhadap kekuatan diri sendiri, beberapa tempat dalam Al-Qurān. Antaranya, tentang kata-kata Kaum 'Aad dalam Surah Al-Fuśilāt, Petikan Ayat:15, ertinya;

"...dan mereka berkata: "Siapakah yang lebih kuat daripada kami?" Apakah tidak mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka adalah lebih bersangatan kekuatanNya daripada mereka?..."

'Aad qabilah Arab yang awal, ialah kaum Nabi Hud Alaihis Salām. Adapun 'Aad yang akhir, mereka ialah kaum Bani Tamim yang memaksiatkan Allah, maka dihapuskan mereka itu oleh Allah satu-persatu!

Pada ayat tersebut, dihikayatkan kisah ketakjuban seorang lelaki gagah perkasa, yang bernama 'Uuj. Dikatakan bahawa beliau lahir di rumah Nabi Adam Alaihis Salām, dan hidup sehingga zaman Nabi Musa Alaihis Salām. Seorang yang panjang berjela-jela sebutan tentang tersangat keji dirinya!

Maka pada suatu hari, 'Uuj telah mencabut keluar sebiji batu yang sangat besar daripada sebuah bukit, untuk dihempapkan ke atas askar Nabi Musa Alaihis Salam. Maka Nabi Musa Alaihis Salām lalu berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla, supaya 'Uuj dibinasakan!

Maka Allah 'Azza wa Jalla menghempapkan batu tersebut ke atasnya, dengan hanya mengutuskan seekor burung hud-hud yang lemah paruhnya, mematuk tengkuknya sehingga ia binasa!
Nah! Pada kisah ini, ada UBAT KHUSUS bagi melawan asbab 'ujub kepada kekuatan fizikal. Katakanlah kepada diri sendiri, seumpama kata-kata ini,

"Demam panas satu hari sahaja, bisa membuatkan kekuatan engkau menjadi LEMAH! Sesungguhnya, jikalau engkau 'ujub dengan kekuatan engkau tu, nanti ALLAH 'AZZA WA JALLA CABUT KEKUATAN TU, DAN ENGKAU DIBINASAKAN MACAM 'UUJ!!!

Ha... ada berani mau 'ujub lagi ka???"



Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti