Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 12)
Siri:12
UBAT KHUSUS 'UJUB #7
Sebab penyakit 'ujub yang Ke-Tujuh ialah HARTA BENDA! Maka
'ujubnya berlaku dengan kita merasa KAGUM dengan harta-benda yang kita miliki,
samada melalui usaha sendiri, beli, orang bagi, pusaka diwarisi atau pelbagai
jalan pemilikan lain lagi, dan TIDAK TAKUT luput, hilang, dicuri, dirampas,
atau binasa, serta LUPA MENYANDARKAN HAKIKAT bahawa semua harta-benda itu
adalah nikmat ANUGERAH ALLAH 'AZZA WA JALLA semata-mata!
Maka UBATNYA ialah;
1. FIKIR TENTANG KEBINASAANNYA.
Semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'āla pasti akan binasa, kecuali yang dikecualikan daripada kebinasaan, seperti 'Arasy, Kursiyy, Luh Mahfuz, Qolam, Syurga, Neraka, Jasad Para Anbiya, Jasad Syuhada @ Awliya, sekalian roh, dan 'Ajbuz Zanab (śulbi @ coxtail bone). Maka selain tersebut, termasuk segala harta-benda yang kita miliki itu, pasti akan menempuh saat kebinasaannya.

Andainya belum binasa pun, tidak mustahil boleh hilang
pemilikan, barangkali kerana tercicir, dicuri ataupun sebab kita meninggal
dunia! Tatkala itu, ia jadi pusaka lah kepada pewaris kita. Ini yang dikatakan
orang, "Mencarilah oleh yang tidak memakannya, dan memakanlah oleh yang
tidak mencarinya. Membinalah oleh yang tidak mendiaminya, dan mendiamilah oleh
yang tidak membinanya!"
2. FIKIRKAN TANGGUNG JAWABNYA.
Harta-benda adalah AMANAH ALLAH 'AZZA WA JALLA yang mesti disempurnakan hak-haknya. Seperti nafkah, zakat & sedekah, haji umrah, qurban dan seumpamanya. Juga dipelihara sumber serta penggunaannya, daripada punca-punca dan belanja-belanja yang diharamkan! Maka Sayugia sepatutnya, setiap orang mukmin yang berharta merasa TAKUT & BIMBANG terhadap KECUAIANNYA DALAM MENUNAIKAN HAK-HAK HARTA BENDA TERSEBUT! BUKAN 'UJUB & KUFUR! Renungkanlah kata-kata, "Harta-benda dunia yang dimiliki, yang halal akan DIHISAB, manakala yang haram akan DIAZAB!"

3. FIKIRKAN BALASAN DUNIA DAN SEKSA AKHIRAT.
Dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi, Allah Ta'āla menceritakan kisah dua orang lelaki yang mempunyai kebun, seorang syukur dengan kebun yang kecil, namun seorang lagi 'ujub dan kufur dengan kebun yang lebih besar daripada temannya itu. Panjang kisah ni, uolzz refer lah sendiri, kok tak silap Atok, start daripada Ayat:32 sampai Ayat:44. Tapi nak quote di sini, petikan Ayat:34, ertinya, "....lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai!".

Kisah tersebut menyatakan bahawa, sesuatu yang ditakjubkan
itu akan ditimpa kebinasaan! Manakala akhirat pula, azab seksaan yang setimpal
dengan KEKUFURAN menunggu para pentakjub, andai tidak bertaubat, atau tidak
mendapat pengampunan! Dari kerana hakikat 'ujub di sisi Allah, adalah KUFUR
NIKMAT ALLAH! Na'uzubiLlāh!
4. RENUNGKAN KELEBIHAN FAKIR BERBANDING KAYA!
Baginda SallaLlāhu 'alaihi wa sallam, pernah bersabda bahawa orang-orang fakir mendahului masuk syurga 500 tahun berbanding orang-orang kaya. Kelewatan si kaya yang berjaya masuk syurga, adalah dek lamanya hisaban yang terpaksa ditempuhi oleh sebab banyaknya harta-bendanya!

5. AMALKAN ZIKIR "MA SYA-ALLAH! LA QUWWATA ILLA
BILLAH!"
Dalam Tafsir Ibnu Kathir RH, dinyatakan di bawah tafsiran Ayat ke:39 Surah Al-Kahfi, "Sebahagian Salafus Solihin menyatakan, "Barangsiapa yang berasa 'ujub dengan KEADAAN DIRINYA, atau HARTA-BENDANYA, hendaklah dia membaca "Ma sya-Allah (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! La quwwata illa biLlāh (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)." (Amalan) demikan adalah diambil daripada Ayat Yang Mulia tersebut."

Semoga terubat 'ujub kita semua.
Amiin!
Comments
Post a Comment