Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 4)


Siri:4

PENAWAR 'UJUB

Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya, 'UJUB adalah salah satu daripada PENYAKIT BATIN yang AMAT MERBAHAYA! Sepertimana penyakit zohir berpotensi memudharatkan & membunuh JASAD, sedemikianlah potensi penyakit batin memudharatkan & mematikan HATI! Bahkan lebih dahsyat lagi!

Maka sebagaimana kita wajib memelihara diri daripada penyakit zohir, demikianlah juga menjadi kewajiban kita memelihara hati daripada penyakit batin. Benarlah kaedah "mencegah lebih baik daripada mengubati". Namun seandainya kita telah dihinggapi penyakit, maka beralihlah kewajiban kepada MENGUBATI pula!

Semua penyakit, lazimnya dirawat dengan UBATAN yang berupaya MELAWANI penyakit tersebut. Sedangkan setiap penyakit pula, ada SEBABNYA! Maka, secara umumnya kaedah rawatan bagi semua jenis penyakit, adalah dengan MELAWANI:
1. PENYAKIT DAN;
2. SEBAB-SEBAB PENYAKIT.
Maka ketahuilah pula, bahawa penyakit 'ujub hakikatnya ialah SAKIT JAHIL SEMATA-MATA! Maka ubatnya ILMU SEMATA-MATA! Ilmu apa? Nanti depan kita bicara.
Manakala sebab-sebab penyakit 'ujub pula hakikatnya kembali kepada PERKARA-PERKARA YANG DITAKJUBKAN, maka semuanya ada LAPAN:
1. Kesihatan & Kecantikan tubuh badan
2. Kekuatan fizikal
3. Kecerdasan akal fikiran
4. Kemuliaan keturunan
5. Kerajaan & Pemerintahan zalim
6. Ramainya bilangan, samada anak-pinak, khadam & orang suruhan, saudara-mara, kaum-kerabat, lebih-lebih lagi penyokong & pengikut
7. Harta-benda
8. Pendapat yang salah

Nah, setiap satu daripada sebab tersebut, ada UBAT KHUSUS yang berbeza-beza. Tidaklah Atok nampak, ia muat untuk page Siri:4 ini. So guyz, in sya Allah, Siri:5 lah ya!

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN