Posts

Showing posts from January, 2021

PKP 2.0: MALAYSIA DARURAT?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 4 Jamadilakhir   1442H | 17 Januari 2021 [PKP 2.0: MALAYSIA DARURAT?] Seperti yang sudah sedia maklum, pada 12 Januari 2021 yang lalu, negara kita telah digemparkan dengan satu pengisytiharaan tergempar yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita, YAB Tan Sri Muhyidin Yassin berkenaan dengan isu darurat yang sedang berlaku di negara kita. Pemberitahuan ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi di minda rakyat marhaen khusunya di seluruh pelosok Malaysia. Mengapa perkara sebegini berlaku? Apakah yang sedang berlaku? Pengishtiharaan ini turut telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan yang dibuat di Istana Negara baru-baru ini (Bernama, 2021). Namun begitu, segalanya telah terungkai apabila Perdana Menteri kita telah memberikan penjelasan dan justifikasi menge

PILIHANRAYA KAMPUS: UiTM SHAH ALAM SESI 21/22

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 27 Jamadilawal1442H | 11 Januari 2020 [ PILIHANRAYA KAMPUS: UiTM ] Pilihan Raya Kampus telah bermula beberapa hari yang lalu. Calon-calon yang bertanding sibuk mempromosi diri dengan manifesto-manifesto yang dapat menarik perhatian mahasiswa untuk mengundi mereka. Pada 8 Januari 2021 tepat jam 9 malam, pihak UiTM Shah Alam telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus bermula pada 9 Januari 2021 dan akan berakhir pada 13 Januari 2021. Tarikh-Tarikh Penting Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) pada tahun ini menggunakan norma baharu iaitu menggunakan medium atas talian serta media sosial untuk berkempen dan proses pembuangan undi. Hal ini demikian kerana sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPB) yang telah di jalankan di seluruh negara. Pilihan Raya Kampus akan diadakan setiap penggal atau semester bagi memberi nafas ba

BANJIR: UJIAN ILAHI BUAT MUKMIN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 26 Jamadilawal1442H | 10 Januari 2020 [BANJIR: UJIAN ILAHI BUAT MUKMIN]   Berlayar ayahanda, tiada nan lara, Singgahannya beta, tepian pusara, Bah melanda, menggegar negara, Rakyat menderita, masyarakat sengsara.   Seperti yang diketahui umum, belakangan ini, negara kita yang tercinta telah dilanda satu bencana besar yang membawa kerosakkan kepada alam sekitar dan juga harta benda. Ramai yamg mengeluh dan meratapi tragedi ngeri ini. “Apa salah kami” dan “Adakah Allah SWT membenci kami” menjadi bait bait ayat yang meniti dari bibir ke bibir umat manusia yang terlalu terkesan dengan bencana ini. Dalam hal ini, harus kita ingat bahawa Setiap musibah dan ujian diturunkan perlu dijadikan iktibar dan jangan kita mempersoalkan mengapa Allah SWT memperlakukan sedemikian sedangkan kita mengetahui Dia berhak atas kekuasaannya sendiri.   Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap manusia pasti

PMH | NEWS #05: EDISI DISEMBER

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] 25 Jamadilawal 1442H | 9 Januari 2021 [ PMH | NEWS #05: EDISI DISEMBER ] Antara Info menarik yang terkandung ialah :   Isu: Atasi Stress ODL   Tokoh Bulanan : Imam Hassan Al Banna   Program Bulanan PMH Apabila seseorang diberikan bebanan kerja yang banyak, jadi individu itu tidak perlu lari dari masalah tersebut tetapi cuba selesaikannya. Jadi buletin pada sesi bulan December ini menerangkan cara tangani stress ketika ODL. Ini kerana, suasana pembelajaran seperti di kampus amatlah berbeza apabila berada di rumah. Seterusnya Tokoh Islam pada bulan ini yang disegani ramai iaitu Imam Hassan Al Banna. Beliau adalah seorang yang amat terkenal dalam gerakan dakwah. Banyak program bulanan PMH yang menarik telah terlaksana dengan jayanya. Justeru itu, semoga maklumat dan input tambahan ini dapat menjadi panduan dalam menjalani kehiduapan sebagai Hamba Allah S.W.T. "MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK M