Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Muqodimmah)


Dari Facebook Ust Hanif Mohammad Ramli
Muqoddimatun;

Pembunuh senyap atau silent killer sangat merbahaya, kerana ia membunuh tanpa kita perasan. Tetapi, kenapa 'ujub disamakan dengannya? Dari sudut mana wajah persamaannya?
Sama dari sudut 'merbahaya', 'tak perasan', dan 'menghilangkan'. Pembunuh senyap menghilangkan NYAWA, sedangkan 'ujub pula menghilangkan PAHALA. Silent killer pembinasa manusia, 'ujub pula pembinasa amal ibadah. Haa, samo tak?
Kita sedia maklum bahawa kita diciptakan Allah 'Azza wa Jalla adalah supaya mengenalNya dan beribadah kepadaNya! Ibadah dengan amal taat dan tinggal maksiat. Taat zohir, taat batin, maksiat zohir, maksiat batin. Memang itulah tujuan kita diwujudkan!
Namun, ibadah yang didirikan, boleh rosak binasa, hilang pahala, bahkan terpaksa berdepan dengan murka dan azab seksa Allah yang bersangatan, akibat beberapa pembinasa. Salah satunya...'UJUB! Haa, 'merbahaya' tak??? Pahala tak dapat, bala pula menimpa!!!
Bertambah lagi malapetaka kemerbahayaanya, bilamana kita tidak menyedarinya bahkan langsung tidak mengenalinya! Maka wajiblah kita kenal 'ujub ni betul-betul. Berhajatlah kita kepada beberapa penggalian bicara;
1. Kecelaannya
2. Kebinasaannya
3. Hakikat & Hukumnya
4. Penawar umumnya
5. Penawar khususnya
Inilah muqoddimatun bicara Atok tentang 'UJUB. Semoga Allah 'Azza wa Jalla memberi hidayah dan tawfiq buat Atok menulis, di beberapa malam-malam nan mendatang Ramadhan ni ha, sebelum Syawwal menjelang, beberapa siri tentang DÉ SILENT KILLER yang so dangerous ni!
Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta'alā pelihara ibadah Ramadhan kita semua daripada kebinasaan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti