Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 1)
Dari Facebook Ust Hanif Mohammad Ramli
Siri 1:
HAKIKAT 'UJUB
Secara ringkas dari sudut bahasa Arab, AL-'UJBU bererti
KEKAGUMAN. Manakala dari sudut Syarak pula, 'ujub ialah, MENGKAGUMI sesuatu
nikmat, dan berasa AMAN dengan nikmat tersebut, serta LUPA kepada PEMBERI
NIKMAT.
Contohnya: Kita rasa kagum @ bangga dengan sesuatu ibadah
yang dikerjakan seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan lain-lain, tanpa rasa
takut ibadah itu tidak diterima, atau hilang pada masa akan datang, dan tanpa
melihat bahawa kita boleh beribadah itu adalah semata-mata hidayah & taufiq
daripada Allah Ta'alā, bahkan merasakan diri sendiri bersifat mulia!
Ataupun kita berasa kagum apabila tidak terlibat dengan
perbuatan maksiat zohir mahupun batin, tanpa rasa takut kebarangkalian terlibat
maksiat di masa depan, jua tanpa melihat ianya semata-mata pemeliharaan Allah
Ta'alā ke atas diri kita, sebaliknya memandang mulia diri sendiri.
Maka 'ujub dengan pengertian tersebut, hukumnya adalah
HARAM, DOSA BESAR, MAKSIAT BATIN! Wajib bertaubat secara bersegera dengan
mematuhi segala syarat dan rukun taubat;
1. CABUT 'UJUB dengan cangkul ZIKRUL MINNAH. Yakni,
mengingati bahawa kebaikan diri samada berbuat ibadah mahupun meninggalkan
maksiat, adalah merupakan nikmat ANUGERAH ALLAH SEMATA-MATA. INGAT !!! Boleh
ibadah kerana ALLAH TOLONG, tinggal maksiat kerana ALLAH PELIHARA!
2. MENYESAL & MEMOHON AMPUN
3. BERAZAM TIDAK MAHU 'UJUB LAGI
Nah, inilah paling ringkas Atok dapat ringkaskan, sebagai
PELEPAS kefardhuan kita semua terlebih dahulu, dalam mengenali hakikat dan
hukum, serta kewajiban memelihara & memulihara diri daripada sifat 'ujub,
segera dan sentiasa, yang telah difardhukan Allah 'Azza wa Jalla, melalui lisan
Nabi Nya SAW.
Pun demikian, bagi mencapai kefahaman yang lebih mendalam
tentang 'ujub, definisinya perlu diperincikan lagi. Penggalian berterusan, akan
membawa kepada penemuan beberapa istilah terkait dengan 'ujub, seperti
Al-idlāl, At-Tahadduth bi-n-ni'mah, Az-Zikru-l-minnah, yang mana hukumnya juga
berbeza-beza.
Sampai sini dulu lah yo...
Comments
Post a Comment