Posts

Showing posts from December, 2014

BAH

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. Dua nikmat yang paling berharga, tanpa dua nikmat ini, kita tak punya apa-apa. Sepanjang tahun 2014, Malaysia bertubi-tubi dilanda ujian, yang pada perkiraan kami, bukannya ujian yang kecil, tetapi ujian yang sangat besar. Bencana alam, kematian, kehilangan dan pelbagai lagi. Andai kami senaraikan satu persatu ujian yang telah dikurniakan Allah kepada Malaysia, pastilah kita akan sedar bahawasanya tahun 2014 merupakan tahun yang sangat hebat menguji tahap keimanan kita. Para pembaca sekalian, Kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert hiburan yang sedangkan remaja ini mampu menjadi aset besar kepada negara, Seterusnya, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 secara tiba-tiba di angkasaraya, dan sehingga sekarang perkhabarannya masih menjadi tanda tanya. Saat masih belum reda kehilangan itu, sekali lagi kita digemparkan dengan kes tembak pesawat MH17 yang mengorbankan