Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 5)


Siri:5

'UJUB -PENAWAR UMUM

Semalam Atok kata, 'UJUB adalah SAKIT JAHIL SEMATA-MATA. Dengan kata lain TAK TAHU atau TIDAK BERILMU. Maka penyakit TAKDA ILMU ini, tiada lain ubatnya melainkan dengan usaha menuntut cari ILMU PENGETAHUAN.

Soalnya sekarang, apa YANG DIJAHILKAN? 

Dan apa pula ILMU YANG MESTI DITUNTUTI?

Baiklah, seperti yang telah Atok maklumkan, orang yang bersifat 'ujub, menganggap bahawa dirinya baik, mulia, sempurna, tanpa ada sebarang ketakutan terhadap luputnya kebaikan itu, serta lupa menyandarkan kebaikan tersebut kepada Allah 'Azza wa jalla. Nah, kat definisi ini ada pengertian tersirat, yang merupakan jawapan kepada persoalan tadi, iaitu, YANG DIJAHILKAN OLEH SI 'UJUB! Juga jawapan persoalan ILMU YANG MESTI DITUNTUT TAHU!

PERTAMA, jahil tentang hakikat bahawa sesungguhnya ALLAH LAH YANG MENJADIKAN MAKHLUQ DAN SEGALA PERBUATAN MAKHLUQ. Maknanya, diri kita dan segala kebaikan kita, adalah semata-mata CIPTAAN ALLAH 'AZZA WA JALLA. Maka yang sepatutnya ditakjubkan dengan sebenar ialah ALLAH, bukan DIRI KITA! Disebabkan jahil hakikat inilah, kita 'ujub dengan diri sendiri. NastagfiruLlāh!

KEDUA, jahil tentang hakikat diri makhluq, kebaikannya, kemuliaannya dan kesempurnaannya, di dunia, adalah bersifat SEMENTARA, dan BERUBAH-UBAH. Berubah-ubah adalah dengan sebab diubah-ubah oleh Allah Ta'alā Yang Maha Pengubah, na'uzubiLlāh!

LIHAT dengan matahati kita, 'AZĀZIL yang mulia, akhirnya diubah menjadi IBLIS dan dilaknat! HARUT & MARUT, asal malaikat, diubah sebagai manusia, diturunkan ke dunia, lalu menjadi jahat dan membikin porak-peranda. BAL'AM IBNU BA-ŪRA, ulama Ahlul Kitab zaman Nabi Musa Alaihis Salam, sekali kuliah, 12 000 botol dakwat diperlukan untuk mencatit kalamnya, pandang langit terus nampak sampai 'Arasy, doa mustajab, tapi kesudahannya mati su-ul khatimah! Na'uzu biLlāh! BARŚIŚO ahli ibadah Bani Israil, akhirnya menjadi perogol, pembunuh, dan murtad, na'uzubiLlāh! QŌRŪN, Alim kitab Taurat & Zabur, jadi bakhil, sombong & jahat selepas dikurniakan kekayaan dan pengaruh, kesudahannya mati detelan bumi! Na'uzu biLlāh, tsumma na'uzu biLlāh tsumma na'uzu biLlāhi!!!

Ini semua cerita QURANIYYAH! Cerita dalam Al-Qurān tau, BUKAN MITOS atau DONGENGAN! Ini semua adalah Iktibar terus daripada ALLAH, kepada orang yang ingin mengambil iktibar, supaya TAKUT SU-UL KHATIMAH! Namun, akibat JAHIL tentang kisah dan hakikat perubahan tersebut, maka hinggaplah penyakit 'ujub, langsung TIADA KETAKUTAN, bahkan rasa AMAN pulak dan siap rasa KOMPOM MASUK SYURGA!

KETIGA, jahil bahawa hakikat KEBAIKAN, KEMULIAAN & KESEMPURNAAN YANG SEBENAR, HANYA BAGI ALLAH, DARIPADA ALLAH, DAN KEPADA ALLAH! Maka pengetahuan dan ingatan terhadap realiti ini, disebut ZIKRU-L-MINNAH. Dan inilah UBAT UMUM bagi menolak SAKIT 'UJUB, setiap kali ia datang menyerang.
Ubat khusus, satu-persatu berdasarkan LAPAN SEBAB 'UJUB, Atok sambung siri seterusnya.

In sya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti