Posts

Showing posts from October, 2019

MAHASISWA, AMBISI DAN AGAMA

Alhamdulillah, terima kasih buat pembaca-pembaca yang meluangkan masa untuk melawat laman sosial kami dan membaca perkongsian-perkongsian ilmiah yang kami sajikan buat para pembaca. Mahasiswa selalu dikaitkan dengan aset negara dan membawa harapan kemajuan negara, mengapakah dianggap sedemikian? Hal ini demikian kerana mahasiswa merupakan juzu’(bahagian) daripada golongan intelektual. Intelektual ialah pemikir tentang sesuatu gagasan dan berupaya mencari penyelesaiannya. Selain itu, mereka juga merupakan pendukung atau penentang sesuatu ideologi budaya dan pembawaan masyarakat, serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza. Mahasiswa pula bermaksud   penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. 'Maha' yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan 'siswa' yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa merupakan golongan ya

HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU)

Image
HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU) Telah berlangsung Program Heart To Heart (Ramadhanku Hiburanku) pada tarikh 30 April yang lalu, bersama jemputan Saudari Nurul Syahida(MPP Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan) dan Hafiz Hamidun selaku Panelis dan bersama saudara Amrul Ariffi selaku moderator forum. Terdapat banyak input yang mahasiswa perolehi melalui forum ini. Antaranya: 1) Garis Panduan berhibur 2) Pengalaman berkerja sebagai seniman, revolusi dari nasyid umum kepada nasyid berunsurkan kontemporari 3) Salah faham tentang konsep berhibur Peserta juga disajikan dengan persembahan daripada Hafiz Hamidun alunan zikir yang sangat menenangkan. Ingin tahu lebih lanjut tentang program PMH? Jangan lupa like Facebook dan follow instagram PMH.

ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  09 SAFAR 1441H | 08 OKTOBER 2019 [ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL]. Islam opresses women! Islam is barbaric! Islam promotes narrow mindedness! Sejak berabad lagi, isu Islamophobia merupakan satu isu yang tidak asing lagi dengan masyarakat seantero dunia ataupun dalam kata lain, komuniti global. Banyak tanggapan negatif dan impulsif yang dicanang oleh golongan Islamophobes ini. Antara isu yang dibangkitkan oleh golongan Islamophobes untuk mencalarkan dan mencemarkan reputasi dan imej baik agama Islam termasuk, Isu penindasan golongan wanita (equality), isu Islam agama keganasan (barbaric) dan juga isu Islam agama jumud dan tertutup ( narrow-mindedness). Dalam penulisan penuh ilmiah saya ini, saya akan meletakkan titik noktah pada argumentasi mereka (Islamophobes) dan akan kita telusuri serta dalami fakta fakta , dalil dan hadis yang jelas menunjukkan kemegahan Islam sebagai agama syu

MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 07 Safar 1441H | 06 Oktober 2019 [ MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL ] Bila kita perkatakan bahawa kita merupakan umat Rasulullah SAW, maka kita perlu akui bahawa kita sedang berada pada zaman pengakhiran. Dunia bakal ketemu titik noktah. Lakaran kehidupan dunia kita akan terhenti dan bentangan amalan akan dilayarkan di akhirat kelak. Lupakah kita? Mutakhir ini, berapa ramai kelompok manusia muslim hanya muslim pada nama tetapi perbuatan tidak melambangkan keluhuran ajaran Islam. Ajaran Islam dicampuradukkan dengan amalan bukan Islam. Hal ini kerana disebabkan penyakit LIBERAL. Ringkasnya, LIBERAL dapat diertikan dengan kebebasan. Iaitu, ‘kebebasan’ diri daripada sebarang ikatan keagamaan yang dikenali sebagai kefahaman LIBERAL.  Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran ber

PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 02 Safar 1441H | 01 Oktober 2019 [PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?]  "Two primary ways children and teenagers are exposed to pornography are either by i) stumbling upon it by accident or ii) hearing about it from a friend or family members." 2 July 2019, Malaysia digemparkan dengan satu isu budak 4 tahun yang menjadi mangsa kebuasan nafsu syahwat murid darjah 6. Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan jijik itu telah pun berlaku sebanyak 3 kali semenjak Ramadhan yang lalu. Isu sensasi ini telah memberi satu tamparan hebat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Masing-masing bertempik marah dan melontarkan segala kata-kata cacian terhadap kanak-kanak terbabit. Apatah lagi, apabila hasil siasatan mendapati punca berlakunya perbuatan itu adalah dek kerana ketagihan menonton video lucah menerusi telefon bimbit. Oleh itu, kaitan kes rogol dengan isu tonto