SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA
Srikandi terbilang, Muslimah gemilang
Aisya Humaira
Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan.
Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w.
Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. Susur galurnya sahaja sudah cukup memperlihat betapa hebatnya beliau. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan.
Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki.
Sehebat namanya, beliau pernah diuji dengan fitnah yang disebar oleh kaum munafiq. Namun begitu, atas kerana tunjang aqidahnya yang kuat, Aisyah mampu bersabar menerima tohmahan tohmahan dan spekulasi liar orang ramai sehinggalah diturunkan firman Allah, membersihkan nama beliau. Dan dari peristiwa ini, jelas teranglah siapa dalam kalangan umat Islam yang bersifat munafik.
Dalam melusuri kisah hidup Saiditina Aisyah ini, tidak dapat tidak, beliau pasti menjadi idola dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Dalam pada itu, sebagai seorang muslimah yang begitu berkobar-kobar semangat juangnya dalam meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya, kita seharusnnya perlu harus punya rasa dan punya keinginan dalam menuntut ilmu.
Memang hebat memang bangga saat kita dilihat sebagai satu ikon dalam memperjuang ummah, tapi malu tapi sayu,saat ditanya tentang ilmu paling asas dalam kehidupan Muslim, lidah kita bungkam, peluh habis kerumuni tubuh, kerana apa? kerana saat itu kita tak punya jawapan, kerana kita tidak tahu. Malu.
Apa guna cuma mampu melaung kata juang, sedang ilmu didada tiada pernah bertambah. Sedang ilmu dan semangat juang Saiditina Aisyah itu bergerak seiring, sama kemas, sama lengkap, sama padu sama utuh.
Dalam pada kita menjadikan beliau sebagai contoh, jangan dilupa, dalam memperjuang agama, ujian pasti turut serta. maka contohilah Aisyah. latahnya tiada,gagahnya sempurna, menjadi bukti betapa dia tahu Allah itu ada, menemani, dan menjaga hamba yang sentiasa mengharapkanNya.
Aisyah Humaira,
Srikandi terbilang, Muslimah gemilang,
hilangnya tiada ganti,
perginya tak kembali,
tiadanya bukan untuk ditangisi,
tapi untuk dicontohi,
sang ketua bidadari,
yang sedang berjuang di sini, saat ini.
Selamat menjadi aisyah humaira, semoga jumpa di syurga sana.
SALAM,MINTA IZIN UNTUK COPY PASTE..SY INGIN BUAT RUJUKAN UNTUK BLOG BG TUGASAN UNIVERSITI
ReplyDeleteminta izin utk copy
ReplyDeleteIzin ayat sedikit untuk masuk puisi saya ehhehee
ReplyDelete