Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 6)


Siri:6

'UJUB - UBAT KHUSUS

Sebab-sebab penyakit 'ujub, ada LAPAN. Adakalanya sebab tersebut berbentuk IDHTHIRORIY yakni bukan pilihan & usaha hamba, dan adakalanya ia berbentuk IKHTIYĀRIY yakni pilihan & usaha hamba. Atok ulang sekali lagi ha yang lapan tu:

1. Kesihatan & Kecantikan tubuh badan
2. Kekuatan fizikal
3. Kecerdasan akal fikiran
4. Kemuliaan keturunan
5. Kerajaan & Pemerintahan zalim
6. Ramainya bilangan samada anak-pinak, khadam & orang suruhan, saudara-mara, kaum-kerabat, lebih-lebih lagi penyokong & pengikut
7. Harta-benda
8. Pendapat yang salah

Setiap satu daripada sebab tersebut, ada UBAT KHUSUS yang berbeza-beza. Sekarang, bi'auniLlāh, Atok hendak memberikan PRESKRIPSINYA, satu-persatu.

1. PESAKIT 'UJUB TUBUH BADAN, lazimnya pesakit ini takjubkan kecantikannya, kesihatannya, keupayaannya, kesesuaian bentuknya, keelokan rupanya, dan kelunakan suaranya. Secara pukalnya, seluruh kejadian fizikalnya lah.

Maka pesakit ini hakikatnya berhadap kepada kecantikan dirinya, hingga lupa bahawa ia adalah nikmat daripada Allah Ta'āla! Sedangkan dia dalam segenap situasi, tidak sunyi daripada kebarangkalian kehilangan nikmat tersebut.

Maka penawarnya ialah BERFIKIR TENTANG KEKOTORAN DALAM BADANNYA, JUGA MENINGATI ASAL KEJADIANNYA, DAN AKHIR KESUDAHAN HIDUPNYA.

Maka katakanlah kepada diri sendiri seumpama ini, "Engkau ni asalnya daripada air mani yang hina! Hidup ke hulu ke hilir mengusung najis di dalam perut! Akhirnya mati, hancur luluh dimamah bumi dan ulat tanah! Maka TANGKI NAJIS MANAKAH YANG LAYAK BERBANGGA DENGAN KECANTIKANNYA???". Dengan rawatan sebeginilah diharapkan kesembuhan daripada penyakit 'ujub sebab tubuh badan.

Ada TUJUH lagi PRESKRIPSI yang belum Atok beri. So... next appoinment lah yo, in sya Allah Ta'āla.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti