Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 2)


Dipetik dari Facebook Ustaz Hanif Mohammad Ramli

Siri:2
HAKIKAT 'UJUB LAGI

Semalam, Atok cakap, 'ujub ialah MENGKAGUMI sesuatu nikmat, dan berasa AMAN dengan nikmat tersebut, serta LUPA kepada PEMBERI NIKMAT. 'Ujub dengan definisi ini, adalah kembali kepada sifat diri yang DICELA ALLAH 'AZZA WA JALLA! Haram hukumnya! Dosa besar! Wajib hindarkan! Dan kalau dah terjebak, wajib taubat!
Bagi menyempurnakan penggalian definisi seperti yang Atok janjikan semalam, beberapa terma perlu diberi perhatian;
1. KAGUM; perasaan amat tertarik, hairan dan takjub kepada sesuatu. Juga disebut megah, bangga ataupun yang seerti dengannya.
2. NIKMAT; samada nikmat KEAGAMAAN mahupun nikmat KEDUNIAAN. Nikmat keagamaan terbahagi dua, nikmat taufiq (pertolongan Tuhan) dan nikmat 'iśmah (pemeliharaan Tuhan). Nikmat keduniaan pun terbahagi dua, nikmat dapat manfaat, dan nikmat ditolak kemudharatan. Maka dalam kontek 'ujub, nikmat adalah perkara YANG DITAKJUBKAN.
3. TIDAK TAKUT; yakni tidak ada perasaan takut terhadap hilangnya nikmat tersebut di masa depan. Maka jikalau ada rasa takut tersebut, BUKAN 'UJUB! Dan jikalau tiada ketakutan, tetapi ada keriangan terhadap nikmat dan Pemberi nikmat, juga BUKAN 'UJUB!
4. LUPA PEMBERI NIKMAT; maksud lupa di sini ialah, TIDAK MENYANDARKAN KEPADA ALLAH. Ya! Allah 'Azza wa Jalla Yang Maha memberi Nikmat. Semua nikmat Allah lah yang beri! Kalau ingat hakikat ini, BUKAN 'UJUB! Tapi, dek LUPA, maka kita pun menyangka bahawa nikmat tersebut kononnya adalah kesempurnaan diri kita. Haaa, Ini 'UJUB! JAGA-JAGA !!!
Kesimpulannya, tidak dinamakan 'ujub, melainkan setelah sempurna kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam definisi tadi. Dalam lenggok Atok;
"Kita memandang bahawa diri kita baguih, usoho kito sendiri, Bukan pertolongan Allah! Tak takut hilang kebaguihan itu di maso dopan, dengan sobab sakit, tuo, gilo, binaso dan seumpamanya! Kok beramal, tak takut amal ditolak tidak diterimo! Inilah 'UJUB NAMONYO!!!"
INGAT!
'Ujub berlaku tidak berhajat pihak ke-tiga! Andai kita seorang sahaja hidup di dunia ini macam TARZAN hidup dengan hanya dikelilingi binatang, tanpa manusia lain pun, 'UJUB TETAP BISA BERLAKU !!! Kerana hakikat 'ujub itu, MEMANDANG KEBAIKAN DIRI SENDIRI ... BUKAN DIRI ORANG LAIN!!!

Na'uzubiLlāhi min zālik.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti