Posts

Showing posts from November, 2013

Street Photography

Image
Assalamualaikum.. syukran pada sahabat2 atas sokongan kalian pada kami! *antara perkara menarik program Street Photography* 1) peserta mengambil gambar di spanjang route dari Tasik seksyen 2 ke Masjid Negeri 2) peserta dihidangkan dgn tazkirah di setiap checkpoint sebagai pengisian buat para peserta 3) mengeratkan hubungan sesama peserta serta hubungan dengan AJK2 PMH.. 4) hadiah disediakan buat pemenang hasil undian org ramai Teruskan bersama kami & nantikan program kami yang seterusnya! 

VCD Khas Grafik Designer

Image
Assalamulaikum wbt, PMH kembali melakukan anjakan paradigma dengan mengeluarkan produk terbaik untuk bakal GRAPHIC DESIGNER!!! Pengalaman mengajar kelas santai banyak menyedarkan saya tentang masalah-masalah yang dihadapi peserta,dan teknik-teknik penting yang perlu ada pada seseorang yang berani menceburi bidang grafik.       Masalah yang ketara dihadapi peserta adalah ,apabila habis mengikuti kursus multimedia,kecenderungan peserta untuk mempraktis ilmu dipelajari adalah kurang.Ini disebabkan atas beberapa faktor ,antaranya adalah kekangan masa dan tiada follow up dari apa yang dipelajari. Solusi untuk permasalahan tersebut adalah,peserta perlukan bekalan secukupnya apabila selesai menyertai kursus.Umpama memiliki pendrive ,kita boleh rujuk semula apa yang telah dipelajari apabila perlu dan mengikut kesesuaian masa kita. mungkin ada yang akan mengatakan: 1.Alorh,benda boleh cari sendiri boh..youtube banyak, internet kan ado.. jawapan saya: betul ,mmg boleh cari sendir

SELEMBAR BULU MATA

Image
        Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, " Saya yg memandangi ." Disusul oleh telinga, " Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan," Saya yang mencium ." Bibir mengaku, "

Nota Cinta untuk Allah

Image
Allah…. Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu, Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu. Allah… Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu, Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu. Allah… Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu, Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu. Allah… Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu, Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu? Suatu nota dari seorang aku, Yang hina lagi jahil malah kaku, Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu. Allah… Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu, Sudikah Kau membalasnya buat diriku? Sebuah nota pada seorang aku, Yang curang tak bererti lagi buntu, Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu. Allah… Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu, Tapi aku malah jadi tidak tahu, Mahu bermula dari mana, Mahu mengakhirkan bagaimana. Allah…

STREET PHOTOGRAPHY SEBUAH REVOLUSI

Image
Street Photography,merupakan sebuah program yang jarang sekali diadakan,namun tahukah anda?,street photography ini sangat terkenal di negara-negara maju di seluruh dunia seperti cina,amerika dan kebanyakan negara eropah.PMH mengambil pendekatan berani,mencuba sesuatu yang baru,dengan menganjurkan street photography bertemakan explorace+photo outing.Pendekatan ini diambil supaya memenuhi tuntutan dakwah,dengan memberi pengisian disetiap checkpoint yang disediakan.Pengangkutan peserta adalah bebas,anda disarankan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan feel program ini. Street Photography,merupakan keadaan seorang photographer mengambil gambar samada secara spontan,atau gambar yang dirancang,konsep  yang kami tekankan adalah supaya  peserta merasai kesyukuran hidup sebagai hamba Allah,dengan pelbagai nikmat dan keindahan yang  dapat dilihat disekeliling kita,segalanya dirangkum di bawah satu tema iaitu " A  Journey". Melalui sekeping gambar,para penonton yang melihat mampu

Koleksi Mutiara Kata Ayahanda-Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Image
::mutiara 1:: Assalamualaikum wbrt anak2 semua. Sedikit perkongsian : Pujangga Arab ada menyatakan bahawa, "bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." Manusia mempunyai pelbagai keinginan ketika hidup di dunia dan sudah pastinya kita ingin hidup kaya-raya, tetapi jangan kita lupa bahawa suatu hari kita akan meninggalkan dunia ini, adakah kita membawa bekalan yang cukup untuk akhirat? Anak2 semua, belajarlah bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia ini dan dalam masa yang sama jangan tinggalkan ilmu akhirat agar kita tidak menyesal dikemudian hari. ::mutiara 2:: Sedikit renungan pagi untuk tatapan bersama. "Ada kala ujian yang melanda bukan semata-mata untuk Allah melihat siapakah di dalam kalangan hamba Nya yang paling baik amalan. Tetapi juga untuk menguji sejauh dan sekuat mana iman kita pada Nya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak te

Gula & Senyuman

Image
Kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Sekarang giat kempen-kempen mengingatkan masyarakat di Malaysia khususnya untuk mengurangkan pengambilan gula dallm minuman atau masakan. Gula jika diambil berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya .Antaranya ialah Diabetes, kencing manis, sakit gigi, kegemukan dan yang sewaktu dgnnya... Kita selalu dengar orang kata kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Tapi apa sebenarnya yang cuba disampaikan dari ayat tersebut?Apakah dengan mengurangkan gula didalam minuman akan menambahkan manis dalam senyuman seseorang? Atau Harga senyuman itu dikira sama seperti harga gula? Mampukah kita mengukir senyuman tanpa perlu gula di mulut? Hahaha..bagi mereka yang tidak memahami kata-kata tersebut pasti akan keluar persoalan-persoalan seperti tadi.Atau mungkin yang lebih pelik lagi… Sebenarnya,apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah saya melihat kata-kata ini dari 2 sudut yang berbeza:

Anda mencari U-Turn??

Image
Assalamulaikum wbt. Entri kali ini khusus untuk penggemar buku motivasi.Mungkin banyak sudah buku motivasi yang anda beli,tetapi saya tetap hendak berkongsi dengan anda semua sebuah buku motivasi yang sangat BEST!!. Iaitu "U-Turn ke Jalan Lurus".Buku motivasi karya Zul Ramli M Razali, Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul! Part favourite saya adalah Mutiara 31: Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup! Buku ini mampu membangunkan jiwa dan insya Allah memberi motivasi ke arah satu anjakan paradigma di dalam diri seseorang individu. Kisah-kisah yang dibawa dapat memberi kesedaran dan membuatk