Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 18)
Siri:18
UBAT TAKBUR SEBAB BERILMU
Takbur yang berpunca daripada Ilmu Pengetahuan, adalah
merupakan pembinasa jiwa yang PALING BAHAYA, sakit yang PALING KRONIK, dan
penyakit yang PALING SUKAR DIUBATI! Tiada jalan lain bagi merawatinya,
melainkan terpaksa menempuh pelbagai kesusahan, serta sangat berhajat kepada
kesungguhan yang berterusan. Ini adalah kerana ilmu SANGAT BESAR nilainya di
sisi Allah, dan di sisi manusia! LEBIH BESAR berbanding harta-benda, kecantikan
dan selainnya. Bahkan harta-benda dan kecantikan tiada nilainya langsung,
melainkan jikalau DISERTAKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN!
Ilmu yang dimaksudkan itu ialah, Ilmu Mengenal Allah 'Azza
wa Jalla, Tanda-tanda KebesaranNya, Sifat-sifat ZatNya, Perbuatan-perbuatanNya
terhadap hamba dan makhluk ciptaanNya, Nama-namaNya, juga ilmu tentang keadaan
dan kelakuan hati, apa yang memudharatkannya dan apa yang bermanfaat buatnya.
Maka orang yang mengetahui pengetahuan tersebut dinamakan sebagai AL-'ĀLIM. Dan
orang yang tidak mengetahuinya dinamakan sebagai AL-JĀHIL.
Sesungguhnya, orang 'ālim tidak akan mampu menolak sifat
takbur, melainkan dengan MENGETAHUI DUA PERKARA:
PERTAMA.
Bahawa sesungguhnya BUKTI PERBICARAAN & KETERANGAN ALLAH ke atas orang 'ālim di akhirat nanti, LEBIH KUAT! Dan sesungguhnya, tanggungan orang 'ālim di sana nanti, SEPULUH KALI GANDA LEBIH BERAT berbanding tanggungan orang jāhil! Maka sesungguhnya, dosa yang dikerjakan oleh orang 'ālim, dikira LEBIH KEJI daripada dosa yang dilakukan oleh orang jāhil! Kenapa? Kerana si 'ālim yang berbuat dosa, bererti dia TIDAK MENSYUKURI NIKMAT ILMU YANG ALLAH SWT TELAH ANUGERAHKAN KEPADANYA.
Bahawa sesungguhnya BUKTI PERBICARAAN & KETERANGAN ALLAH ke atas orang 'ālim di akhirat nanti, LEBIH KUAT! Dan sesungguhnya, tanggungan orang 'ālim di sana nanti, SEPULUH KALI GANDA LEBIH BERAT berbanding tanggungan orang jāhil! Maka sesungguhnya, dosa yang dikerjakan oleh orang 'ālim, dikira LEBIH KEJI daripada dosa yang dilakukan oleh orang jāhil! Kenapa? Kerana si 'ālim yang berbuat dosa, bererti dia TIDAK MENSYUKURI NIKMAT ILMU YANG ALLAH SWT TELAH ANUGERAHKAN KEPADANYA.
Sehubungan itu Baginda SAW bersabda, ertinya,
"Dibawakan si 'ālim pada hari kiamat, kemudian dihumbankan ke dalam neraka,
lalu terburailah perutnya! Berkelilinglah dia dengan tali perutnya itu, laksana
berkelilingnya si keldai yang ditambat sebagai pemusing alat pengisar. Maka
penghuni neraka pun berhimpun kepadanya, seraya bertanya, "Kenapa engkau
sebegini?". Jawabnya, "Dahulu, aku menyuruh orang agar berbuat
kebaikan, tapi aku tidak buat! Dan aku menegah orang daripada berbuat
kejahatan, tapi aku buat!"
Sesungguhnya Allah telah mengumpamakan orang 'ālim yang
tidak mengamalkan ilmunya, seumpama KELDAI dan ANJING! Maka Allah berfirman,
ertinya, "Perumpamaan orang-orang yang dipertanggungjawabkan Kitab Taurat,
kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab itu, seumpama KELDAI yang
memikul Kitab-kitab besar!" (Surah Al-Jumu'ah: Petikan ayat 5). Mereka
yang dimaksudkan ialah 'ālim 'ulama Yahudi.
Dan Allah berfirman tentang Bal'am ibnu Ba'ūra, ertinya,
"...maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, ia
menjelirkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia tetap
juga menjelirkan lidahnya termengah-mengah..." (Surah Al-A'raf: Petikan
Ayat 176). Kata Ibnu Abbas RA, "Bal'am diberikan Kitab, namun dia tetap
cenderung dan kasih kepada syahawat duniawi. Maka bandingannya seperti anjing
(pada Ayat tersebut) bererti, samada diberikan ilmu bermanfaat kepadanya, atau
tidak diberikan, dia tetap tidak meninggalkan syahawat nafsunya."
CUKUPLAH bagi orang yang berilmu itu, kemerbahayaan dan
kehinaan tersebut! Maka orang 'ālim manakah yang TIDAK PERNAH BERBUAT DOSA? Dan
orang 'ālim manakah yang TIDAK PERNAH TURUT HAWA NAFSU? Dan orang 'ālim manakah
yang TIDAK PERNAH MENYURUH ORANG BERBUAT KEBAIKAN YANG DIA SENDIRI TAK BUAT?
Maka setiap kali melintas di hatimu wahai orang 'ālim,
perasaan LEBIH BESAR DARJAT ORANG 'ĀLIM berbanding orang jāhil, maka setiap
kali itulah juga, fikirkan tentang betapa LEBIH BESAR BAHAYA MENUNGGU ORANG
'ĀLIM berbanding orang jāhil! Berapa ramaikah di akhirat nanti orang-orang
'ālim yang akan mencemburui keselamatan orang jāhil, lantaran diri terpaksa
menanggung azab akibat mengabaikan tuntutan beramal dengan ilmunya. Wa-l-'iyaza
biLlāh!
Maka inilah perkara pertama daripada dua perkara, maklumat
yang sangat diperlukan bagi mencegah ketakburan yang terbit sebab berilmu
pengetahuan. Adapun perkara kedua, panjang umor, in sya Allah Atok sambung
Siri:19.
Comments
Post a Comment