Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 3)


Siri:3

LAGI HAKIKAT 'UJUB

Seandainya kita menyandarkan nikmat kepada Allah Ta'alā, atau dengan kata lain, kita mengiktiraf bahawa segala kebaikan dan kelebihan diri, samada yang bercorak keagamaan mahupun keduniaan, adalah anugerah Allah semata-mata, tetapi di lubuk hati kita, ada memendam perasaan MULIA, atau berasa BERHAK DIPERMULIAKAN ALLAH, maka itu dinamakan AL-IDLĀL.

AL-IDLĀL LEBIH DAHSYAT DARIPADA 'UJUB !!! Lantaran kerana ia adalah natijah daripada 'UJUB YANG MELAMPAU!!! Pun demikian, kedua-duanya adalah sifat yang DICELA OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA ! Haram, dosa besar, wajib pelihara diri daripada keduanya, dan wajib taubat jika bersifat dengan keduanya!

Gambaran tentang Al-idlāl itu, bahawa kita BERHARAP dengan amal ta'at yang dikerjakan, kita dikurniakan KERAMAT atau PANGKAT KEMULIAAN DI DUNIA! Juga menuntut PENJAUHAN DARIPADA PERKARA YANG DIBENCI, sebagai suatu penjauhan yang LEBIH JAUH daripada apa yang sepatutnya berlaku pada orang-orang fasiq!

Antara simptom yang lazim daripada al-idlāl ini ialah, KITA MERASA HAIRAN BILA PERMINTAAN KITA TIDAK DIPENUHI, dan berasa PELIK APABILA ORANG YANG MENYAKITI KITA TIDAK DITIMPA BENCANA!

Maka terbitlah kata-kata seumpama, "Kenapa kehendakku tidak dipenuhi? Dia tak kenal ke aku siapa? Aku orang 'alim, aku ahli ibadah, aku, aku, aku..." Manakala tatkala disakiti, "Kenapa si polan itu masih tidak ditimpa celaka? Bukankah sepatutnya dia ditimpa bencana sebagai balasan menyakitiku? Dia... dia... dia..." Demikianlah antara kata-kata yang sering diungkapkan oleh seseorang yang bersifat al-idlāl!

Dan ada kalanya kita bersedekah, dan mengira besar sedekah itu sehingga mengungkit-ungkitnya, maka kita dipanggil AL-MU'JIB yakni orang yang bersifat 'ujub. Dan seandainya kita menuntut orang yang menerima sedekah itu, berkhidmat kepada kita, atau menunaikan hajat kita, atau kita berasa dia tidak perlu dihormati, tidak berhak ditunaikan hajatnya, maka layaklah kita dengan gelaran AL-MUDILL, yang bererti orang yang bersifat al-idlāl.

Kedua-dua sifat yang tercela ini sebenarnya adalah merupakan MUQADDIMAH atau PUNCA TAKABBUR! Cuma, seperti yang Atok kato semalam, kalau kita hidup seorang diri dalam hutan berteman haiwan macam si tarzan pun, 'ujub boleh berlaku, kerana ia tidak melibatkan pihak ke-tiga, yakni orang lain. Tetapi, bilamana saja kita membandingkan serta melebihkan diri kita dengan orang lain, maka terjadilah TAKABBUR! Na'uzubiLlāh!

Takabbur satu bab yang berasingan. Juga bersiri-siri jika hendak dibicarakan. Special Ramadhan marathon kali ni atok cerita bab 'UJUB SAHAJA TAU!!! Takabbur lenkali lah, itu pun kok panjang umor.

Demikianlah hakikat 'UJUB & IDLĀL. Semoga kenal dan mengertilah kita akannya, supaya sejahtera kita daripada kemudharatan & kebinasaannya! In sya Allah, menyusul pula siri berikutnya...
...PENAWAR 'UJUB.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti