Dr. Ayman al-Akiti


TOKOH-TOKOH ISLAM 2


Dr. Ayman al-Akiti merupakan anak kelahiran negeri Selangor. Beliau merupakan seorang guru yang aktif mengajar mahasiswa-mahasiswi Nusantara di Maghribi secara talaqqi menggunakan Kitab Ar-Risalah Al Jami’ah.
Pendidikan awal Dr. Ayman ialah beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD). Ketika beliau berusia 13 tahun, Dr Ayman telah mengembara ke Jawa Timur untuk menuntut ilmu agama di pesantren-pesantren tradisional selama 7 tahun. Beliau lulus ujian sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum dan ditugaskan untuk menjadi ustaz di pondok yang sama selama 6 tahun. Pada tahun 2010, beliau telah merantau ke Maghribi untuk menyambung peringkat Sarjana di Universiti Hassan 11, Casablanca dalam bidang aqidah dan agama di barat Islam.
Terdapat beberapa pencapaian yang telah dikecapi oleh Dr. Ayman sepanjang beliau merantau ke negara luar. Antaranya ialah beliau lulus dengan nilai cum laude di peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah STAIN Kediri. Pada tahun 2013, beliau lulus dengan kepujian setelah berjaya mempertahakan thesis sarjananya dengan judul Usul al-Adillah al-Aqadiyyah inda Uthman al-Salaliji (w.574H) fi Kitabihi al-Aqidah al-Burhaniyyah. Selain itu, pada tahun 2014, Dr. Ayman telah lulus saringan untuk menyambung peringkat Doktor Falsafah di universiti tertua didunia yakni Universiti al-Qarawiyyin dalam bidang aqidah dan pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin.
Hal ini demikian, Dr Ayman juga banyak terlibat dalam kegiatan sepanjang beliau menjadi seorang guru di luar negara. Beliau aktif membentangkan kertas kerja di seminar-seminar international yang berlangsung di Maghribi dan Eropah. Selain itu, Dr. Ayman juga aktif mengajar mahasiswa-mahasiswi Nusantara di Maghribi secara talaqqi Kitab Ar-Risalah Al Jami’ah.



Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN