Posts

Showing posts from November, 2012

SUATU KELAINAN

Image
by Shazli Sufi  Hijjrah merupakan satu peristiwa yang penting dalam lipatan sejarah Islam kerana ia merupakan satu titik permulaan kepada tertubuhnya Negara Islam madinah dan susulan kepada pembukaan kota makkah atau Fathul Makkah. Hijjrah juga menjadi titik tanda kepada penciptaan calendar Islam dizaman saidina Umar al khattab. Tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari memperingati peristiwa penghijjrahan Rasulullah saw dari makkah ke madinah. Amat malang bagi umat islam hari ini yang mana saban tahun meraikan, memperingati hari penghijjrahan baginda Rasulullah saw dari makkah ke madinah, tetapi tidak langsung mengambil ibrah atau hikmah dari peristiwa tersebut.   Sehubungan dengan itu pihak Pusat kefahaman Islam UITM (citu) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa hadhari (PMH) menganjurkan “Malam Sirah Muzikal” dengan tema “ ku cari lampu Allah” sebagai simbolik penghijjrahan yang sangat berkaitrapat dengan hidayah Allah swt. Program tersebut akan membawa s

NASARUDDIN SAMSUDENG AS NASA SYUKUR!!!

Image
Sekali lagi jejaka PMH ini menggemparkan bumi UITM dengan tercalon sebagai salah seorang daripada 20 orang yang terpilih di peringkat saringan dalam program PENCARIAN DAI’, Al Kulliyyah, TV3 . Anak jati Pekan, Pahang ini kini giat berusaha meningkatkan prestasi diri dari sudut ilmu demi melayakkan diri sebagai salah seorang 10 calon yang terpilih.             Pencarian Dai merupakan sebuah program yang diterbitkan oleh Unit Kandungan Islam , Jabatan Majalah Dan Dokumentari, Primeworks Studios. Program Pencarian DAIE yang akan diselitkan dalam slot Al-Kulliyyah TV3 pada setiap jumaat jam 5 petang hingga 6 petang . Berkonsepkan realiti TV yang akan bermula siaran pada Oktober 2012. Ia adalah Bertujuan mencari Pendakwah muda , penyertaan terbuka kepada lelaki dan wanita berusia 19 tahun hingga 26 tahun . Nasaruddin Samsudeng yang turut dikenali sebagai Exco Penerangan dan Informasi PMH, bertugas sebagai Pengarah Skuad Penyayang, tidak menjangka bahwa sesi temuduganya