Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 17)


Siri:17

Penyakit: TAKBUR
Sebab:
BANYAK HARTA & RAMAI PENGIKUT

Perkara ke-4 dan ke-5 yang menjadi sebab seseorang bersifat takbur, ialah KAYA HARTA BENDA dan RAMAI PENGIKUT & PEMBANTU. Kedua-kedua sebab takbur ini, adalah FAKTOR ASING daripada diri insan, berbanding dengan tiga sebab takbur yang lalu, iaitu Keturunan, Kecantikan & Kekuatan, yang merupakan FAKTOR DIRI insan itu sendiri.

Ketakburan yang terjadi daripada dua sebab ini, adalah lebih keji berbanding yang sebelumnya. Kerana pentakburnya berbangga dengan KEMULIAAN YANG AMAT RAPUH! Pentakbur sebab KAYA dan RAMAI PENGIKUT, andai lenyap harta bendanya, atau berpaling hati para pengikutnya, HINALAH DIA DI SISI MANUSIA! Dan kalau kekal harta bendanya dan tidak beranjak pengikutnya sekalipun, DIA TETAP AKAN MAMPUS! Mana Namruz? Mana Qoorun? Mana Fir'aun? Mana Mayer Amschel Rothschild?

Semua pentakbur yang takburnya berpunca daripada faktor luaran dirinya, sebenarnya adalah orang yang JAHIL LUARAN dan ROSAK DALAMAN! Kenapa? Kerana kalau pentakbur yang kaya harta benda itu benar-benar MENYELIDIKI & MEMERHATI DENGAN TELITI, kepada Orang Yahudi, nescaya dia akan mendapati bahawa mereka jauh lebih kaya, lebih berpengaruh, malahan lebih terhias cantik! Semenjak dari dahulu hingga ke hari ini, masih lagi mereka yang PALING KAYA HARTA BENDA & PALING BERPENGARUH SEANTERO DUNIO!

Alangkah HINANYA KEBANGGAAN terhadap kemuliaan yang mana Yahudi lebih jauh terkehadapan? Dan alangkah HINANYA PULA KEMULIAAN yang boleh lenyap sekelip mata, akibat DIROMPAK atau MUFLIS atau MAMPUS PEMILIKNYA? Harta benda dan pengikut adalah BUKAN DIRINYA! Manakala kecantikan dan kekuatan yang ada pada dirinya pula TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA! Bahkan di Akhirat nanti, semua itu bakal menjadi BEBANAN SARAT & SIKSAAN BERAT! Maka berbangga-bangga dengannya, adalah KEMUNCAK KEBODOHAN MANUSIA!

KETAHUILAH! Sesungguhnya kekayaan, pengaruh, kecantikan dan kekuatan adalah semata-mata PEMBERIAN ALLAH 'AZZA WA JALLA! Ia samada diberi secara REDHA, maka ia suatu kenikmatan! Atau diberi secara MURKA, maka ia suatu KECELAKAAN, sebagai PERANGKAP KESESATAN & KESENGSARAAN! Jikalau Allah hendak mengekalkan pemberianNya itu padamu, maka dikekalkanNya! Dan jikalau Allah hendak mengambilnya kembali, nescaya direntapNya ia daripada dirimu dengan SEKALI RENTAPAN! Maka tercenganglah dikau termanggu-manggu kebodohan!

SESUNGGUHNYA, kita semua hanyalah makhluk ciptaan Allah Ta'āla! Makhluk yang TIDAK MEMILIKI APA-APA, bahkan TIDAK PULA MEMILIKI DIRI KITA SENDIRI! Harta benda, pengikut, pengaruh, bahkan roh & jasad kita, segalanya adalah TERTAKLUK DI BAWAH KUDRAT & IRADAT ALLAH JALLA JALĀLUH! Pemilikan, pengurusan dan pentadbiran pula tertakluk dibawah PERINTAH & TEGAH ALLAH AL-ĀMIR AN-NĀHI! Dan kesudahan kita di akhirat nanti, kembali kepada IHSAN & KEADILAN ALLAH SUBHĀNAHU WA TA'ĀLA!
HAKIKATNYA, walau sekaya mana, sepopular mana, secantik mana, sekuat mana, sesado mana kita pun, kita hanyalah 'ABDUN MAMLŪKUN LA YAMLIKU SYAI-AN! Kita hanyalah HAMBA YANG DIMILIKI! Dan kita TIDAK MEMILIKI APA-APA! We are all OWN NOTHING! NADA! So... TAK USAHLAH NAK BERLAGAK!

PENGETAHUAN & INGATAN tentang hakikat tersebut, adalah UBAT untuk MENGHILANGKAN KETAKBURAN! Andai ditelan ubat ini dan diresapkan ke dalam hati nurani, in sya Allah, hilanglah ketakburan yang disebabkan oleh harta benda dan pengaruh.
Dan ubat ini telah terbukti MUJARROB!


Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti