Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 20)
Siri:20
Lagi Penawar Takbur
Seandainya timbul persoalan, "Kita diperintahkan agar
membenci orang yang kafir, munafiq, pelaku bid'ah dan juga pelaku maksiat,
sebagai benci kerana Allah. Namun, beserta kebencian itu, kita juga
diperintahkan agar tawadhu' pulak kepada mereka. Bukankah BENCI dan TAWĀDHU'
itu saling berlawanan?
Ketahuilah wahai orang yang bertanya! Bahawa sesungguhnya
perkara ini telah menjadi KESAMARAN BAGI KEBANYAKAN MANUSIA! Lebih-lebih lagi
apabila dicampur-adukkan antara MARAH KERANA ALLAH dengan TAKBUR, 'UJUB, IDLĀL
yang disebabkan oleh ILMU dan KEWARAKAN!
Berapa ramaikah ahli ibadah yang jahil, dan ahli ilmu yang
tertipu daya, tatkala melihat orang fasiq datang menghampirinya, lalu dia
bangkit berdiri dan menjauhkan diri dengan penuh takbur dalam hati, dan
menyangka bahawa perlakuannya itu sebagai MARAH KERANA ALLAH?
Demikian itu terjadi lantaran, takbur terhadap orang yang
mentaati Allah, kejahatannya NYATA! Maka bisa dijauhi kebanyakan manusia. Namun
takbur terhadap ahli maksiat dan pelaku bid'ah, kejahatannya KABUR! Kerana ia
hampir menyerupai 'marah kerana Allah', yang mana ianya adalah suatu amalan
kebaikan.
MARAH menyebabkan TAKBUR.
TAKBUR menyebabkan MARAH.
Kedua-duanya BERCAMPUR-BAUR!
TAKBUR menyebabkan MARAH.
Kedua-duanya BERCAMPUR-BAUR!
Tiada siapa dapat membezakannya, melainkan orang yang diberi tawfiq oleh Allah Subhanahu wa Ta'ālā! Namun, perkara yang dapat membantu kita agar LEPAS daripada kesamaran ini ialah, HADIRKAN DI HATI KITA, tatkala memandang mereka, atau tatkala berhujah dengan mereka, atau tatkala menyuruh mereka berbuat ma'ruf dan mencegah mereka berbuat mungkar, TIGA PERKARA BERIKUT:
1. HADIRKAN INGATAN terhadap dosa & kesalahan lampau
diri kita sendiri, dan segala kecuaian dan kekurangan diri kita sendiri, dalam
melaksanakan suruhan dan meninggalkan tegahan, supaya nampak kekerdilan dan
kehinaan diri di mata sendiri, agar tidak nampak diri berkedudukan mulia di
sisi Tuhan.
2. HADIRKAN INGATAN terhadap perkara yang membuatkan diri
kita berbeza dengan mereka, iaitu ilmu pengetahuan, i'tiqod yang benar, dan
amalan soleh, semuanya adalah NIKMAT ALLAH KEPADA KITA! Ia adalah ANUGERAH
ALLAH, bukannya ANUGERAH KITA! Pandanglah hakikat itu hingga kita tidak berasa
'ujub. Maka apabila kita TIDAK 'UJUB, kita TIDAK AKAN TAKBUR.
3. HADIRKAN INGATAN terhadap KESAMARAN AKHIR HAYAT KITA DAN
DIA! Dimana, kita berkemungkinan mati su-ul khotimah, na'uzu biLlah, manakala
dia berkemungkinan mati husnul khotimah, ma sya-Allah, hingga terbit perasaan
takut yang membuatkan kita tiada ruang untuk berasa takbur.
Ringkasnya, marah dan benci kerana Allah, ialah KEMARAHAN
YANG BERSERTAKAN TAKUT KEPADA ALLAH, DAN TAWADHU' KEPADA ORANG YANG DIMARAHI
DAN DIBENCI. Manakala marah dan benci yang bercampuraduk dengan takbur, adalah
merupakan MARAH KERANA HAWA NAFSU! Dan ia dicela oleh Allah 'Azza wa Jalla!
HATI-HATI !
JANGAN LALAI !
HADIRKAN HATI !
HADIRKAN HATI !
Comments
Post a Comment