Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Sambungan Siri 19)
(Sambungan siri:19)
Hidup kita di dunia ini akan berakhir dengan MATI! Kematian
pula samada MATI BAIK, ataupun MATI TIDAK BAIK, na'uzu biLlāh! Mati tidak baik
pula, samada mati dalam keadaan KAFIR, maka kekal lah dalam neraka selamanya,
atau dalam keadaan FĀSIQ, maka melayakkan azab seksa untuk suatu jangkamasa!
Dua-dua pun taknak!
Bila kita akan Mati? tak tahu! Bagaimana keadaan kita mati?
tak tahu! Kesudahan kita di akhirat nanti? pun tak tahu! Maka, kerana inilah,
menjadi KEWAJIBAN SEPANJANG HAYAT ke atas kita semua, supaya TIDAK TAKBUR
KEPADA SESEORANG PUN!
Maka jika kita memandang kepada orang jahil, katakan pada
diri kita sendiri, "Si jahil ini, buat dosa dalam keadaan dia tak tahu.
Sedangkan aku buat dosa dalam keadaan 'ālim! Maka dia lebih diuzurkan Tuhan
berbanding aku!"
Dan jika memandang pula kepada orang 'ālim, katakan pada
diri sendiri, "Dia ini sesungguhnya mengetahui apa yang aku tidak tahu,
maka mana sama taraf aku dengannya!"
Dan jika memandang kepada orang yang lebih tua umurnya
berbanding kita, katakan, "Dia dah beribadah dan beramal taat dahulu
sebelum aku! Maka, mana sama aku seumpamanya!"
Dan jika memandang kepada orang yang lebih muda daripada
kita pula, katakan, "Aku terlebih dahulu berbuat dosa sebelum dia! Maka,
mana sama aku dengan dia!"
Dan bila memandang kepada orang kafir atau ahlul bid'ah yang
sesat, katakan pada diri kita, "Tidaklah aku tahu, barangkali dia NANTI
diberi hidayah dan mati dalam Islam, sedangkan aku pula yang NANTI dimatikan
dalam keadaan dia sekarang ini! Na'uzubiLlāh! Hidayah itu bukan tentu kekal
bagiku, sebagaimana ianya bukan aku yang mula-mula dapat! Hakikat sebenar ialah
HIDAYAH ITU DALAM GENGGAMAN ALLAH 'AZZA WA JALLA!"
Maka dengan mensilaukan pandangan terhadap KESUDAHAN HAYAT
tersebut, bisa membantu kita menepis sifat takbur daripada diri kita. Semua
pandangan demikian, terhasil dengan PENGETAHUAN bahawa sesungguhnya
KESEMPURNAAN HAKIKI ialah KEBAHAGIAAN AKHIRAT & KEHAMPIRAN DENGAN ALLAH
SWT, YANG KEKAL ABADI. Bukanlah kesempurnaan itu pada apa yang zahir di dunia
fana ini!
DEMI ALLAH! RISIKO PENGAKHIRAN HIDUP TAK BAIK, SAMA DIKONGSI
OLEH PENTAKBUR DAN ORANG YANG DITAKBURKAN KEPADANYA! 'Kita' atau 'Dia', boleh
jadi mati suu-ul khatimah! Na'uzubiLlah! Maka lebih baik kita takut dan
bimbangkan nasib akhir kita, daripada dok sibuk nasib akhir dia!
Perumpamaanya, andai ada satu jemaah, semua ditangkap dan
dipenjarakan atas suatu kesalahan jenayah, dan kesemuanya dijanjikan hukuman
pancung, nescaya sibuklah masing-masing berbimbang-bimbang memikirkan nasib akhir
masing-masing, hinggakan tak sempat nak fikir nasib akhir teman yang lain!
Maka, tatkala itu, LAYAKKAH MEREKA HENDAK BERSIFAT TAKBUR
ANTARA SATU SAMA LAIN???
Comments
Post a Comment