Posts

Showing posts from July, 2014

Antara MH17, Gaza dan Lailatul Qadar

Assalamualaikum. Sekarang ini isu paling hangat dalam Malaysia adalah MH17. Saya percaya semua sudah tahu mengenai isu ini yang sangat sangat menyentuh hati. Sungguh, tragedi MH17 ini sangat menggemparkan keluarga Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) apatah lagi rakyat Malaysia.Siapa tidak terkejut, belum lagi isu MH370 reda, kini MH17 pula mengambil tempat. Malaysia menjadi tumpuan dunia kerana tidak semena-mena, tanpa percaturan, apatah lagi amaran, MH17 ditembak, dan terhempas jatuh di Ukraine. Dan Ukraine berserta Rusia saling menuding jari sampaikan Malaysia ini tersepit di tengah (boleh dikatakan) dua kuasa besar dunia. Macam dua ekor gajah bertempur, bergaduh bagai nak rak, rusa tengah melintas nak pi seberang pula yang mati. Tragik. pause sebentar. tarik nafas. Gaza. bukan isu baru. bukan isu umat Islam. tapi ini isu dunia. Gaza ini isu semua manusia yang mempunyai hati nurani. siapa yang tidak ambil endah tentang isu Gaza ini, mungkin boleh dibawa ke hospital untuk di-check