Tentang Kami


Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia adalah sebuah badan persatuan bercorak dakwah yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan mempunyai ahli jawatankuasa terlantik.

Pada 8 Ogs 2005, Persatuan Mahasiswa Hadhari telah diluluskan penubuhannya oleh UiTM di bawah Seksyen 8 (1) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan didaftarkan dengan nombor pendaftaran SMH 149.

VISI:
Menjadi medium utama dalam mewujudkan suasana Islamik di kampus.

MISI:
  • Memberi penerangan tentang Islam sebagai teras hidup sempurna kepada mahasiswa
  • Melahirkan mahasiswa yang berintelektual dan berkepimpinan
  • Mendekati mahasiswa dengan penganjuran program yang menarik dan berfaedah di samping bekerjasama dengan pihak ACIS
  • Melahirkan mahasiswa kreatif serta menjadikan media sebagai wadah penyebaran maklumat 
  • Menjana ekonomi PMH melalui kemahiran keusahawanan
MOTO:
Membangun Generasi Berilmu dan Berakhlak Mulia


Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN