Posts

Showing posts from June, 2020

ARAK! MEROSAK AKAL, MERAGUT NYAWA.

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 11 Syawal 1441H | 3 Jun 2020 [ARAK! MEROSAK AKAL, MERAGUT NYAWA] Akhir-akhir ini terlalu banyak kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mabuk. Keadaan ini amat menggusarkan rakyat Malaysia kerana kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk ini melibatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah. Lihat sahaja berita di kaca televisyen mahupun di akhbar harian, kemalangan dalam kategori ini mengakibatkan kecederaan parah, kerosakan harta benda bahkan juga kematian. Minggu ini sekali lagi dikejutkan dengan berita kemalangan maut seorang penghantar makanan yang dilanggar oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. [1]  Pada hari yang sama, juga dilanggar oleh pemandu mabuk yang lain, seorang penunggang motosikal retak tempurung kepala dan cedera di anggota badan. [2] Dalam satu hari, dua nyawa pengguna jalan raya dipersia-siakan. Bahkan suspek yang melanggar mangsa sebo