Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 10)
Siri:10
UBAT KHUSUS 'UJUB #5
Sebab penyakit 'ujub Yang Ke-Lima ialah, BERKETURUNAN RAJA @
PEMERINTAH YANG ZALIM & PARA PEMBESARNYA. Barangkali ada di kalangan kita,
berketurunan Raja, Sultan, ataupun Para Pemerintah yang zalim, maka kita sedang
berhadap dengan ANCAMAN 'UJUB!! Jaga-jaga!! Jangan lalai!!
Terlebih dahulu penting kita paham makna zalim, supaya tak
tersalah paham! Zalim di sini, merujuk kepada pengertian, "Orang yang
melakukan dosa besar walaupun sekali serta tidak bertaubat, atau
berterusa-terusan melakukan dosa kecil, serta tidak menang kebaikannya
berbanding kejahatannya." Lawannya ialah 'Adil.
Maka kampilkan definisi tersebut dengan Raja @ Pemerintah,
kemudian kaitkan dengan keturunan, dan kembali kepada topik asal! Baik, andai
kita berketurunan Raja @ Pemerintah yang zalim, ketakjuban dan kebanggaan kita
terhadap Kerajaan & Pemerintahan mereka yang zalim itu, adalah merupakan
PENGHUJUNG KEJAHILAN!!
Maka UBATNYA ialah:
BERFIKIR. Fikirkan dan renungkan tentang perihal KEHINAAN
MEREKA & KEZALIMAN MEREKA TERHADAP HAMBA-HAMBA ALLAH, SERTA KEROSAKAN PADA
UGAMA ALLAH! Dan sesungguhnya mereka itu DIMURKAI DI SISI ALLAH! Kalaulah kita
dilihatkan paras rupa mereka ketika di neraka, dan betapa busuknya bau mereka,
serta betapa kotornnya jasad mereka, nescaya tidak sanggup kita melihatnya,
serta kita pasti BERLEPAS DIRI DARIPADA MENGAKUI BERKETURUNANNYA! Bahkan, kita
pasti MENGINGKARI sesiapa sahaja yang ingin menisbahkan kita kepada mereka,
sebagai keingkaran menganggap jijik dan hina!
Dan seandainya disingkapkan tabir kebenaran, diperlihatkan
kepada kita, tentang KEHINAAN MEREKA PADA HARI KIAMAT, demi sesungguhnya,
BERGANTUNG-GANTUNGAN LAH PERBANTAHAN MANUSIA DENGAN MEREKA! Menuntut pembelaan
hak serta keadilan masing-masing! Lantas Malaikat pun MENCEKUP UBUN-UBUN
MEREKA, lalu MENJURUMUSKAN MEREKA KE DALAM NERAKA, nescaya kita akan BERLEPAS
DIRI KEPADA ALLAH, LARI DARIPADA MEREKA! Demi sesungguhnya tatkala itu, kita
pasti berasa bahawa BERNASABKAN ANJING & KHINZIR, adalah LEBIH DIKASIHI
DARIPADA BERNASABKAN MEREKA!
Maka SEPATUTNYA, kita yang berketurunan Raja atau Pemerintah
Yang Zalim, yang dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta'āla daripada kezaliman
mereka, BERSYUKUR KEPADA ALLAH, kerana menyelamatkan agama kita, serta
MENDOAKAN KEAMPUNAN BAGI MEREKA, usul keturunan kita yang zalim itu, seandainya
mereka Muslim. BUKANNYA 'UJUB DENGAN MEREKA!
Manakala ketakjuban kita yang TIDAK BERKETURUNAN MEREKA
pula, 'ujub kita dengan LEGASI MEREKA, adalah juga merupakan SUATU KEJAHILAN!
Comments
Post a Comment