Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH), UiTM Shah Alam

Persatuan Mahasiswa Hadhari ditubuhkan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk menyampaikan informasi islam pada mahasiswa di alam kampus.

Sahabat Prihatin

Sahabat Prihatin merupakan satu program di bawah Persatuan Mahasiwa Hadhari UiTM Shah Alam dengan kerjasama Academy Contemporary Islamic Studies (ACIS). Program ini dijalankan sepanjang semester pada setiap hari Rabu.

Page Rasmi Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)

Jangan lupa untuk like page rasmi PMH di Facebook untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang semester (^^,).

PMH Di Puncak Broga

Pada 07 Jun 2014 bersamaan 9 Syaaban 1435 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Pendakian Ke Puncak Impian iaitu Puncak Broga di Semenyih,Selangor.

Wednesday, 24 October 2012

salam aidiladha buat seluruh warga kampus UiTm Shah Alam!!!


Thursday, 18 October 2012

ayuh bersama!!!


Ramai yang menganggap program2 yang PMH jalankan hanyalah untuk ahli2 PMH sendiri...Suatu hari seorang muslimah bertanya kepada seorang yang lain….

jom kita berbuka puasa di Masjid Uitm, lepas tu bolehlah join skuad penyayang PMH….:)”

“eh….itu untuk ahli PMH je….saya bukan ahli PMH….:}’

Kami tersenyum mendengar cerita diatas….

Hakikat ya pasti adalah PMH menjalankan program bukan untuk majlis2 tertinggi mahupun exco2 PMH sahaja, atau hanya untuk ahli2 kami sahaja...tetapi untuk SEMUA WARGA Uitm...

andaikata, ada pakcik polis bantuan nk join, kami alu2kn...
andai kata makcik cleaner nak join kami alu2kan...
andai kata abang jaga gerai burger kat DC nak join, kami pun amat alu2kan….
Tak cukup tapak tangan....nyiru kami tadahkan….

baik besar atau kecil pangkat yang dipegang...
baik buruk atau lawa perangai yang kita rasa ada pada diri kita...
baik kita merasakan diri ini baik atau jahat...
itu semua belakang kira….

Kerana andai kata kita ingin berubah menjadi baik,
mahu meninggalkan kejahatan…..
ingin bersama dengan orang yang turut sama berubah menjadi baik…
dan..andai kata sekalipun ia bukan untuk jangka masa panjang, Cuma untuk baik dalam jangka masa pendek sahaja sekalipun....
kami tetap amat mengalu2 kn kedatangaan hadirin dan hadirat ke program2 kami di medan kampus ini, samaada Skuad Penyayang, iftar jamie yang berkala setiap isnin dan khamis, pengajian berkitab setiap hari selasa.... mahupun program2 kami yang lain….


Kehadiran kalian warga UiTM merupakan satu penghargaan yang teramat besar buat kami ahli2 PMH….kerana dengan kehadiran kalianlah kami semakin berani melangkah di medan Uitm untuk terus maju menjalankan program2 islamik dan menyebarkan kefahaman islam di kampus kita ini….sokongan kalian adalah amat kami perlukan…dan kami teramat-amat menghargainya….


kami membawa islam, dan islam itu adalah untuk semua....
kami sayang anda semua kerana Allah Taala.....

ingatlah dengan satu ayat ini…..

“jika kita berteman dengan penempa besi..maka kita juga akan turut merasa habanya…Tetapi….jika berteman dengan penjual minyak wangi..kita kan turut terlekat harumannya….”

Dan ingatlah bahawa jika kita ingin mengenal diri kita mahupun diri orang lain bagaimana..maka lihatlah dengan siapa dia bersahabat…

Carilah sahabat yang mampu membawa kebahagian kepada kita bukan sahaja di dunia malah diakhirat…

Carilah sahabat ynag dapat menegur salah dan silap kita kerana ingin menyelamatkan kita dari tergelincir ke neraka jahanam suatu masa nanti….

Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama2 berpimpinan dan bergengam jemari bersama kami, demi Islam demi agama yang benar ini….demi membangunkan keimanan didalam diri kita sendiri…..

Ayuh sahabat!!!!!
Kita bersama melangkah demi Islam….demi Allah….^^


Tuesday, 16 October 2012

Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin →

wah2....agak pelik admin tiba2 bagi tips nk kumpul duit untuk majlis kawen ni kan...hehee....

selari dengan kuliah berkitab Fiqh Munakahad yang diadakan setiap malam selasa, 7.30pm- 8.30pm, bertempat di Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan, uitm shah alam, admin nak la juga berkongsi sedikit tips yang mungkin dapat membantu golongan2 yang ingin mendirikan rumah tangga dalam masa yang telah kalian tetapkan. tak salah kan..hehehe....jadi beginilah tipsnya, moga ia membantu ye...^^


1. Simpan
RM250.00 setiap bulan.

2. Ulang sehingga 36 bulan atau
3
tahun.
(RM250 x 36 bulan = RM9,000)
Jika Tidak Mencukupi:
Kongsi dengan bakal pasangan..

Setiap orang simpan RM250.00 setiap bulan.
(RM250.00 x 2 orang x 36 bulan
= RM18,000)

Jika Masih Tidak
Mencukupi: Gandakan nilai
simpanan anda berdua
: RM
500.00 setiap bulan x 2 orang
(RM500.00 x 2 orang x 36 bulan
= RM36,000)

Cara Bajet: a)
~RM10,000 : Kenduri belah perempuan (Bajet Ekonomi)

Cara Bajet: b) 
RM20,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Ekonomi)

Cara Bajet: c) 
RM38,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Sederhana Tinggi)

*Kalau yang bertunag dah lebih 1-2 tahun tu cubalah pakai tips ni..mungkin lepas ni korang
boleh tamatkan zaman bujang tnpa pening kepala mana nak cari belanja kahwin. hehehe ..

:)

Wednesday, 3 October 2012

SKUAD PENYAYANG KEMBALI LAGII!!!!



Masih kenalkah anda dengan saudara NASARUDDIN SAMSUDENG, Exco Penerangan Dan Informasi, sekaligus merangkap Pengarah  SKUAD PENYAYANG 2012….??

Mustahil dan agak pelik bagi mereka yang masih belum mengenali saudara kita yang kini kian meningkat popularitinya dalam kalangan kolej2 sekitar UiTM Shah Alam ini,hasil kemantapannya dalam menjadi pengerusi majlis dan juga memberi tazkirah umum.

          Pada awal semester yang baru ini, saudara Nasaruddin Samsudeng akan kembali ‘membuat onar’  sekali lagi dalam Pergerakan Skuad Penyayang, namun kali ini bukan lagi di Dataran Cendekia, tetapi pergerakan akan bermula di ruang legar Masjid Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan, atau lebih dikenali sebagai Pusat Islam UiTM Shah Alam.

Pergerakan SKUAD PENYAYANG 2012 Semester 2 kali ini mungkin lebih berbeza dari sebelum2 ini, dimana pada semester kali ini kita akan mula memasuki dan bergerak melalui fakulti2 yang menjadi pusat berkumpul pelajar di malam hari untuk beberapa aktiviti seperti study group, discussion, mengulangkaji dan sebagainya.

Sebanyak 500 risalah edisi pertama untuk semester kali ini akan di agih2 kan mengikut kumpulan2 fakulti yang terlibat dan akan diedarkan sebaik sahaja jam 9.30malam berdetikk. Tingggg!!!(saja2 gempak)

Jadi, untuk adik2 baru yang masih belum tahu dan terpinga-pinga dengan persoalan apa itu skuad penyayang???”,dan ” apa yang berlaku dalam skuad penyayang??”, maka hadirkanlah diri anda untuk menyertai kami ......

PADA KHAMIS INI, 4 OKTOBER 2012, BERTEMPAT DI RUANG LEGAR MASJID AL WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN UITM,SHAH ALAM, PADA JAM 9.00MLM.

Jumpa di sana!!!!

Tuesday, 2 October 2012

Pengajian Berkitab Kembali Lagi


haaa.....nampak poster tu....



andai kata ditanya salah seorang diantara anda2 semua, adakah anda tahu apa sebenarnya fiqh munakahat tu...apa yanag best sangat dengan kitab tu.??apasal pulak pilih kitab2 fiqh munakahat nih...?adakah anda mampu menjawabnye...??!!

jeng jeng jengg!!

haaaa....untuk pengetahuan anda2 semua, fiqh munakahat adalah sebuah kitab yang sesuai untuk semua terutama calon-calon suami dan isteri. Pengajian ini amat sesuai untuk dihadiri sebagai langkah mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan. 

namun....bagi yang masih belum bercalon,jangan sedih jangan risau, kerana anda juga turut sama dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berilmu ini,kerana kita tahu bahawa anda juga bakal menjadi calon kepada seseorang yang belum anda ketahui siapa bukan? ^^
jadi..ayuhlah bersama kita memahami konsep perkahwinan dan kekeluargaan islam dalam Pengajian berkitab, FIQH MUNAKAHAT, setiap selasa, jam 7.30mlm di Masjid Al Wathiqubillah Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam..

Jumpa Di Sana!!!^^