Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 15)
Siri:15
TAKBUR SEBAB CANTIK
Dan Ubatnya
Orang yang cantik, jikalau tidak memandang kecantikannya itu
anugerah ciptaan Allah SWT, dan tidak berfikir bahawa kecantikannya itu boleh
binasa, dan memandang bahawa dirinya lebih cantik berbanding orang lain, dan
memandang hina kepada yang kurang atau yang tidak cantik, maka tatkala itu,
kecantikan paras rupanya itu, telah menjadi sebab dia TAKBUR!
Ubatnya ialah, PANDANGLAH BAHAGIAN DALAMAN BADAN dengan
pandangan yang waras, jangan hanya memandang rupa luaran sahaja! Apabila
dipandang dengan teliti, apa yang ada di dalam usus perut, saluran darah,
rongga tekak, hidung, mata & telinga, pasti akan didapati KEAIBAN yang bisa
mengeruhkan kebanggaan terhadap kecantikan luaran! Kerana sesungguhnya, setiap
satu anggota tersebut, masing-masing ada KEKOTORAN TERSENDIRI.
LIHATLAH!
TAHI dalam perut, KENCING dalam pundi kencing, HINGUS dalam hidung, KAHAK dalam tekak, TAHI TELINGA dalam telinga, DARAH dalam urat darah, DANUR di bawah kulit, BAU BUSUK di bawah ketiak! CUCI BERAK DENGAN TANGAN SENDIRI setiap hari sekali atau dua kali atau lebih! ULANG-ALIK KE JAMBAN sekali atau dua kali atau lebih, semata-mata hendak mengeluarkan bahan lebihan dalam badan, yang JIJIK DIPANDANG, lebih-lebih lagi DISENTUH atau DIBAU! PANDANGLAH semua itu dengan PANDANGAN MATA HATI, supaya sedarlah dirimu wahai si cantik, BETAPA KOTOR DAN HINANYA DIRIMU!
TAHI dalam perut, KENCING dalam pundi kencing, HINGUS dalam hidung, KAHAK dalam tekak, TAHI TELINGA dalam telinga, DARAH dalam urat darah, DANUR di bawah kulit, BAU BUSUK di bawah ketiak! CUCI BERAK DENGAN TANGAN SENDIRI setiap hari sekali atau dua kali atau lebih! ULANG-ALIK KE JAMBAN sekali atau dua kali atau lebih, semata-mata hendak mengeluarkan bahan lebihan dalam badan, yang JIJIK DIPANDANG, lebih-lebih lagi DISENTUH atau DIBAU! PANDANGLAH semua itu dengan PANDANGAN MATA HATI, supaya sedarlah dirimu wahai si cantik, BETAPA KOTOR DAN HINANYA DIRIMU!
Demikian itu ketika fasa pertengahan diri. Adapun fasa
permulaan kejadian, perhatikan laluan benih yang diciptakan Allah SWT. Mani
datang dari SULBI BAPA yang berjiran dengan DUBUR tempat keluar tahi. Kemudian
keluar melalui saluran ZAKAR yang berjiran dengan saluran kencing. Kemudian
bersatu dengan mani ibu di RAHIM tempat keluar darah haid. Kemudian dilahirkan
dari FARAJ tempat lalulan pelbagai kotoran!
Telah berkata Sayyiduna Anas Bin Malik RA, ertinya,
"Pernah Abu Bakar As-Śiddiq RodhiyaLlāhu 'Anhu berkhutbah kepada kami,
beliau membilang kotor diri kami, dan beliau berkata, "Telah keluarlah
seorang kalian dari tempat laluan kencing sebanyak DUA KALI!" Yakni kali
pertama dari bapa, kali kedua dari ibu. Dan seumpama demikian pula, berkata
Thōwūs Al-Yamāni RH kepada Khalifah 'Umar Bin 'Abdul 'Aziz RH, "Apakah
berjalan sebegini, orang yang di dalam perutnya ada TAHI!", lantaran
melihat beliau berjalan dengan sombong dan bongkak, zaman sebelum beliau
dilantik sebagai Khalifah.
Kalaulah pada hayat ini, kita tidak menguruskan kebersihan
diri selama sehari sahaja, tak mandi, kencing berak tak diistinjak, daki tak
dicuci, air liur basi berbiar, taik mata berselupat, ketiak berbau, rambut tak
disikat, pakaian kotor tak diganti, sudah pasti kita akan menjadi LEBIH BUSUK
& HODOH daripada binatang ternakan yang memang tak reti nak urus diri!
Maka apabila mendapati hakikat diri dicipta daripada sesuatu
yang KOTOR, hidup sepanjang hayat menanggung KEKOTORAN, mati pula berubah
menjadi bangkai yang LEBIH KOTOR daripada segala jenis bangkai, untuk apakah
BERMEGAH DENGAN KECANTIKAN PARAS RUPA yang tidak ubah laksana LUMUT HIJAU DI
LONGKANG, dan WARNA-WARNI BUNGA-BUNGA DI HUTAN BELANTARA? Walaupun kelihatan
cantik, namun tidak berbuah, dan berada di tempat yang kotor, dan akhirnya
kering layu dan binasa!
Walau bagaimana cantik dan bersih seseorang itu daripada
sebarang kekotoran dan keaiban, tetap WAJIB atasnya TIDAK TAKBUR kepada si
hodoh dan si kotor! Cantik adalah kesempurnaan ciptaan Allah Yang Maha Cantik.
Namun, cantik di dunia tidak kekal selamanya. Cantik bukanlah KESEMPURNAAN
HAKIKI, tetapi hanyalah KESEMPURNAAN WAHMI.
Berapa banyakkah kecantikan yang berakhir dengan kebinasaan
akibat PENYAKIT seperti demam cacar, atau LUKA sebab kemalangan, atau BERPARUT
akibat luka? Berapa banyakkah Si Cantik bertukar menjadi Si Hodoh?
Natijah daripada berulang-ulang kali MEMIKIRKAN apa yang
telah dinyatakan di atas, in sya Allah, hilanglah penyakit TAKBUR SEBAB CANTIK!
Comments
Post a Comment