Posts

Showing posts from 2019

PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 03 Rabiulakhir 1441H | 29 November 2019 ‘PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER’ “ IT SUCKS TO BE A BOY HAVING HIS PERIOD” - TRANS KIDS Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” -SURAT AT-TIN AYAT 4 Pada era globalisasi ini, isu-isu kebangkitan golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT) seringkali menjadi topik hangat yang seringkali didebatkan dalam kalangan masyarakat dunia. Namun kini, ianya bertambah rumit apabila wujud  pihak yang membantu kanak-kanak bawah 16 tahun ini untuk mengubah jantina mereka melalui satu suntikan hormon atau lebih dikenali sebagai ‘Puberty Blocker’atau bahasa melayunya, penghad puber. Apakah itu ‘Puberty Blocker’? ‘Puberty Blocker’ adalah sejenis dadah yang menyekat pengeluaran hormon estrogen atau testosteron badan, yang pada dasarnya berlaku perubahan sewaktunya akil baligh. Kae

MAHASISWA, AMBISI DAN AGAMA

Alhamdulillah, terima kasih buat pembaca-pembaca yang meluangkan masa untuk melawat laman sosial kami dan membaca perkongsian-perkongsian ilmiah yang kami sajikan buat para pembaca. Mahasiswa selalu dikaitkan dengan aset negara dan membawa harapan kemajuan negara, mengapakah dianggap sedemikian? Hal ini demikian kerana mahasiswa merupakan juzu’(bahagian) daripada golongan intelektual. Intelektual ialah pemikir tentang sesuatu gagasan dan berupaya mencari penyelesaiannya. Selain itu, mereka juga merupakan pendukung atau penentang sesuatu ideologi budaya dan pembawaan masyarakat, serta melihat perkara dalam perspektif yang berbeza. Mahasiswa pula bermaksud   penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. 'Maha' yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan 'siswa' yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa merupakan golongan ya

HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU)

Image
HEART TO HEART(RAMADHANKU HIBURANKU) Telah berlangsung Program Heart To Heart (Ramadhanku Hiburanku) pada tarikh 30 April yang lalu, bersama jemputan Saudari Nurul Syahida(MPP Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan) dan Hafiz Hamidun selaku Panelis dan bersama saudara Amrul Ariffi selaku moderator forum. Terdapat banyak input yang mahasiswa perolehi melalui forum ini. Antaranya: 1) Garis Panduan berhibur 2) Pengalaman berkerja sebagai seniman, revolusi dari nasyid umum kepada nasyid berunsurkan kontemporari 3) Salah faham tentang konsep berhibur Peserta juga disajikan dengan persembahan daripada Hafiz Hamidun alunan zikir yang sangat menenangkan. Ingin tahu lebih lanjut tentang program PMH? Jangan lupa like Facebook dan follow instagram PMH.

ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  09 SAFAR 1441H | 08 OKTOBER 2019 [ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL]. Islam opresses women! Islam is barbaric! Islam promotes narrow mindedness! Sejak berabad lagi, isu Islamophobia merupakan satu isu yang tidak asing lagi dengan masyarakat seantero dunia ataupun dalam kata lain, komuniti global. Banyak tanggapan negatif dan impulsif yang dicanang oleh golongan Islamophobes ini. Antara isu yang dibangkitkan oleh golongan Islamophobes untuk mencalarkan dan mencemarkan reputasi dan imej baik agama Islam termasuk, Isu penindasan golongan wanita (equality), isu Islam agama keganasan (barbaric) dan juga isu Islam agama jumud dan tertutup ( narrow-mindedness). Dalam penulisan penuh ilmiah saya ini, saya akan meletakkan titik noktah pada argumentasi mereka (Islamophobes) dan akan kita telusuri serta dalami fakta fakta , dalil dan hadis yang jelas menunjukkan kemegahan Islam sebagai agama syu

MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 07 Safar 1441H | 06 Oktober 2019 [ MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL ] Bila kita perkatakan bahawa kita merupakan umat Rasulullah SAW, maka kita perlu akui bahawa kita sedang berada pada zaman pengakhiran. Dunia bakal ketemu titik noktah. Lakaran kehidupan dunia kita akan terhenti dan bentangan amalan akan dilayarkan di akhirat kelak. Lupakah kita? Mutakhir ini, berapa ramai kelompok manusia muslim hanya muslim pada nama tetapi perbuatan tidak melambangkan keluhuran ajaran Islam. Ajaran Islam dicampuradukkan dengan amalan bukan Islam. Hal ini kerana disebabkan penyakit LIBERAL. Ringkasnya, LIBERAL dapat diertikan dengan kebebasan. Iaitu, ‘kebebasan’ diri daripada sebarang ikatan keagamaan yang dikenali sebagai kefahaman LIBERAL.  Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran ber

PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 02 Safar 1441H | 01 Oktober 2019 [PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?]  "Two primary ways children and teenagers are exposed to pornography are either by i) stumbling upon it by accident or ii) hearing about it from a friend or family members." 2 July 2019, Malaysia digemparkan dengan satu isu budak 4 tahun yang menjadi mangsa kebuasan nafsu syahwat murid darjah 6. Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan jijik itu telah pun berlaku sebanyak 3 kali semenjak Ramadhan yang lalu. Isu sensasi ini telah memberi satu tamparan hebat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Masing-masing bertempik marah dan melontarkan segala kata-kata cacian terhadap kanak-kanak terbabit. Apatah lagi, apabila hasil siasatan mendapati punca berlakunya perbuatan itu adalah dek kerana ketagihan menonton video lucah menerusi telefon bimbit. Oleh itu, kaitan kes rogol dengan isu tonto

TANGISAN UIGHUR DISEBALIK TEMBOK BESAR CHINA : PENGEKSPLOITASIAN ORGAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 01 Safar 1441H | 30 September 2019 [TANGISAN UIGHUR DISEBALIK TEMBOK BESAR CHINA : PENGEKSPLOITASIAN ORGAN] مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى “Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama seluruh tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” [HR. Muslim] Siapa sangka, dalam arus modernisasi dan penaklukan teknologi yang dikecapi oleh China, mereka menyimpan sisi gelap penindasan etnik Uighur yang beragama Islam, yang amat mengejutkan seluruh masyarakat dunia. Cangkaliwang yang disorok dari pengetahuan semua pihak ini, mengundang kemarahan penduduk dunia, namun tidak sedikit pun menggentarkan negara kuasa veto tersebut meskipun menerima tamparan hebat d

RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 29 Muharram 1441H | 29 September 2019 [RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI] Ramai bermain ditaman larangan, Rumput kering nampaklah tanah, Berkuasa Al-Sisi diikuti rusuhan, Pergolakan sentiasa  agenda di sembunyikan . الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا Sejak runtuhnya Institusi Khilafah yang dijunjung tinggi kerajaan Turki uthmaniah, pelbagai fitnah timbul menghempap ummah. Pelbagai taktik kotor yang digunakan sesuatu pihak bagi merebut kuasa demi kepentingan sendiri dan mengabaikan kebajikan ummah. Begitulah fitnah kepimpinan yang dihadapi ummah kini khususnya di Mesir. Syahidnya presiden Morsi merupakan penanda aras bagi kekuasaan sepenuhnya oleh rejim baharu Presiden F

JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  23 MUHARRAM 1441H | 23 SEPTEMBER 2019 [JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?] Serpihan tualang, tepian lalang Dipijak kelasi, tiada dibantu Jerebu berulang, sungguhlah malang Tiada solusi, rakyatnya buntu Seperti yang diketahui umum, isu jerebu merupakan isu yang menjadi bualan hangat si watan di seantero dunia. Ramai  yang telah membuat spekulasi tentang pihak manakah yang wajar bertanggungjawab terhadap isu jerebu ini sehingga mewujudkan perbalahan serius antara masyarakat majmuk di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perbalahan yang tercetus ini dilihat semakin membuak buak dengan perang kicauan (Tweets)  antara pengguna laman sosial Twitter yang berasal daripada negara-negara tersebut. Perbalahan yang tercetus ini dilihat tiada titik noktah. Jika kita fikir secara dimensional dan rasional, setiap permasalahan ada penyelesainnya, justeru dalam isu ini, penyelasaian

PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]  21 Zulhijjah 1440H | 22 Ogos 2019 [ PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK] Malaysia sekarang sedang hangat berkenaan dengan isu Dr Zakir Naik  yang dihalau ke negara asalnya iaitu India. Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah bebas India yang terkenal dengan kepakarannya berkaitan perbandingan agama. Ceramah beliau sentiasa dipenuhi dengan lautan manusia dari pelbagai sudut samada dalam kalangan orang Islam sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin mencari penjelasan berkenaan ajaran Islam. Dengan izin Allah ceramahnya telah berjaya mengislamkan ramai orang, salah seorangnya adalah Senkiran Dharma yang merupakan penuntut UTeM(Universiti Teknikal Malaysia Melaka). Berkenaan dengan tindakan untuk menghalau Dr Zakir Naik dari Malaysia telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya pihak agamawan. Salah seorang yang telah memberi komentar berkenaan isu ini adalah Ustaz Ebit Lew yang juga merupakan pe

ASAL-USUL BUBUR ASYURA' MASYARAKAT MELAYU

Image
Bubur Asyura Kelantan Rujukan: Ustaz Alyasak Berhan Salah satu tradisi yang diadakan di kampung-kampung setiap kali menjelang bulan Muharram adalah membuat bubur Asyura'. Adapun mengenai tradisi ini, disebut di dalam kitab Risalah al-Musalsal al-Amiriyyah yang dicetak bersama-sama syarahannya; “Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian daripada orang memasak bubur (pada hari Asyura') adalah merupakan suatu perkara bidaah. Asal-usulnya adalah bersandarkan kepada apa yang berlaku kepada Nabi Nuh alaihissalam tatkala baginda keluar dari kapal pada hari Asyura’. Orang-orang yang bersama baginda telah mengadu kelaparan. Lalu dikumpulkan saki baki bekalan mereka yang terdiri daripada pelbagai bijiran-bijiran seperti beras, kacang dal dan sebagainya. Setelah itu mereka pun memasak biji-bijiran tersebut di dalam periuk lalu mereka pun makan sehingga ia menyenyangkan mereka. Oleh itu, ia adalah merupakan makanan yang pertama dimasak di atas muka bumi selepas berla

'LEBAI' MENYEMBAH DI MAZBAH?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 17 syawal 1440H | 21 Jun 2019 ['Lebai' menyembah di mazbah??] Semua masih mood raya ke? Masih ada yang buat open house? Seronok beraya kan? Dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga, jumpa kawan-kawan, makan makanan yang sedap-sedap, ziarah menziarahi. Tetapi, tahukah kita, disaat kita sibuk merayakan hari kemenangan setelah tamatnya bulan Ramadhan, terdapat seorang individu dikatakan telah menimbulkan kekecohan kepada semua umat Islam. Individu tersebut yang dikatakan berumur lingkungan 40-an memakai pakaian seperti orang Islam iaitu: 1. Memakai kopiah 2. Berbaju putih 3. Berkain pelikat.  Dengan pemakaian sedemikian, individu tersebut memegang colok dan membuat penyembahan di mazbah kepercayaan mereka. Apa yang dilihat pada mata masyarakat sekeliling pada ketika itu, sudah pasti akan mencetuskan persoalan dan perasaan tidak enak atas tindakan individu tersebut kerana te

MASJID UMAT ISLAM DIROBOH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 20 Ramadhan 1440H | 25 Mei 2019 [Masjid Umat Islam Diroboh] Salah satu masjid di China dirobohkan oleh kerajaan China. Penduduk Islam disana tidak berani bersuara kerana dikatakan bahawa akan dikenakan tindakan keras kepada sesiapa yang melawan dan akan dimasukkan ke dalam kem-kem penjara mereka. Hari demi hari kita lihat umat Islam ditindas. Umpama orang yang lapar mengkerumuni hidangan yang sangat lazat. Benarlah sabdaan Rasulullah saw: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Alla

WAJIB KE PAKAI TUDUNG?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 9 Ramadhan 1440H | 14 Mei 2019 [Wajib ke pakai tudung?] Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita mengambil mudah berkenaan dengan pemakaian tudung. Sehingga ada di antara kita yang sanggup menanggalkan tudung walaupun setelah sekian lama tudung itu disarung. Tahukah kalian berkenaan dengan tudung pernah termaktub di dalam Al-Quran? Jom sama-sama kita renungi ayat 31, Surah An-Nur. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA KE PARAS DADANYA  dan JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saud

PENGHINAAN KALAM ALLAH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 21 Syaaban 1440H | 27 April 2019 [Penghinaan Kalam Allah] Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memperolok-olokkan ayat al Quran sekaligus bermain dengan hukum Allah di laman twitternya. Seolah-olah hati ini disiat-siat bilamana individu tersebut merupakan seorang ISLAM! Sungguh menyedihkan. Apakah kita sanggup melakukan sedemikian terhadap kitab suci kita sendiri? Dan masih ingatkah kita apakah itu al Quran?? Al Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara mutawatir(berperingkat) dan membacanya dikira ibadat. Sungguh mulia al-Quran itu. Penghinaan al Quran ini sebenarnya sudah lama berlaku sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi sehinggga hari ini. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa?  Ia boleh berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat terhadap al Quran sehingga menyamakan al Quran

LGBT KIAN BERLELUASA

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 16 Syaaban 1440H | 22 April 2019 [LGBT 🌈 kian Berleluasa] Apakah? Datuk bandar Pete Buttigieg secara rasmi mengumumkan bahawa beliau sedang bertanding untuk presiden Amerika Syarikat menjadikannya Demokrat gay terbuka secara terbuka untuk berbuat demikian. Kemudian, suami beliau, Chasten, menyertai beliau di atas pentas dan kedua-duanya berpelukan dan cium satu sama lain secara terbuka. Ini adalah berita yang terbaru dan sangat berkontroversi kerana menyokong hubungan LGBT yang sangat tidak semula jadi ini. Dibenarkan oleh Islam atau tidak? Sudah tentu tidak. Kenapa Islam ☪ tidak benarkan? Berdasarkan ayat Al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah Al-A’raaf ayat 80-81:- Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? &quo

BUANG BAYI DI MASJID

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 13 Syaaban 1440H | 19 April 2019 Tajuk : Buang bayi di masjid. Tahukah anda baru-baru ini telah terjadi  satu kejadian yang menyayat hati masyarakat Malaysia dimana mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia tiga hari telah dijumpai bersama sekeping nota bertulis, di Masjid As-Syakirin, Pasir Puteh, Bachang. Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa, 16 April 2019, sekitar 6.30 pagi. Qariah yang ingin menunaikan solat Subuh telah menemui bayi tersebut dalam balutan kain batik dengan keadaan masih bertali pusat dan mempunyai kesan darah pada hidung. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan nota yang ditulis atas kertas putih, bayi yang tidak berdosa  itu dipercayai baru berusia tiga hari dan dilahirkan pada Sabtu lalu. Bayi tersebut dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh dua jam sebelum ia dijumpai, berdasarkan keadaan mayat yang masih bah