Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH), UiTM Shah Alam

Persatuan Mahasiswa Hadhari ditubuhkan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk menyampaikan informasi islam pada mahasiswa di alam kampus.

Sahabat Prihatin

Sahabat Prihatin merupakan satu program di bawah Persatuan Mahasiwa Hadhari UiTM Shah Alam dengan kerjasama Academy Contemporary Islamic Studies (ACIS). Program ini dijalankan sepanjang semester pada setiap hari Rabu.

Page Rasmi Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)

Jangan lupa untuk like page rasmi PMH di Facebook untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang semester (^^,).

PMH Di Puncak Broga

Pada 07 Jun 2014 bersamaan 9 Syaaban 1435 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Pendakian Ke Puncak Impian iaitu Puncak Broga di Semenyih,Selangor.

Friday, 26 December 2014

BAH


Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. Dua nikmat yang paling berharga, tanpa dua nikmat ini, kita tak punya apa-apa.

Sepanjang tahun 2014, Malaysia bertubi-tubi dilanda ujian, yang pada perkiraan kami, bukannya ujian yang kecil, tetapi ujian yang sangat besar. Bencana alam, kematian, kehilangan dan pelbagai lagi.

Andai kami senaraikan satu persatu ujian yang telah dikurniakan Allah kepada Malaysia, pastilah kita akan sedar bahawasanya tahun 2014 merupakan tahun yang sangat hebat menguji tahap keimanan kita.

Para pembaca sekalian,

Kita dikejutkan dengan kematian remaja di konsert hiburan yang sedangkan remaja ini mampu menjadi aset besar kepada negara, Seterusnya, kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 secara tiba-tiba di angkasaraya, dan sehingga sekarang perkhabarannya masih menjadi tanda tanya. Saat masih belum reda kehilangan itu, sekali lagi kita digemparkan dengan kes tembak pesawat MH17 yang mengorbankan lebih 200 nyawa. Serangan di sabah juga menjadi coretan ujian dalam kehidupan rakyat Malaysia, diikuti puting beliung yang tidak semena-mena wujud di Malaysia, ekonomi dan nilai mata wang yang semakin merosot dan yang terbaru, kejadian banjir besar yang menenggelamkan bangunan empat tingkat di kelanata, pantai timur.

Allahu Allah.

terkadang persoalan bertubi-tubi hadir, ini ujian atau Allah sedang memberi amaran dan peringatan kepada kita?

Lihatlah, lihat di setiap pelusuk keliling kita, berapa banyak dosa yang melimpah, dan adakah air bah yang sedang melimpah ruah ini mampu mencuci segala dosa yang tidak pernah habis.

Sesungguhnya ujian hebat itu untuk orang-orang yang hebat. Dan Allah tidak kejam, Allah menurunkan ujian setimpal dengan kemampuan.

Allah telah berfirman " Adakah mereka akan dibiarkan dengan mengatakan "Kami Beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi?"(QS: al-'Ankabuut Ayat: 2)

Subhanallah, saat ini sahabat kita di sana sedang diuji oleh Allah, untuk Allah menilai keimanan mereka dan mengangkat mereka ke darjat yang sangat tinggi.

Dalam pada itu, rahmat Allah itu cuma turun kepada orang yang soleh, tetapi azab Allah itu menimpa semua hambanya tidak kira siapa.

Tugas kita pada waktu ini adalah membantu dan menyumbang semampu boleh dan berdoa tanpa henti untuk mereka. tidak terhad kepada doa selepas solat sahaja, tetapi setiap lintasan hati itu juga satu doa sekiranya pengharapan kita adalah pada Allah.

Kuatlah wahai yang di sana, kuatlah wahai pemimpin kami, untuk mengahadapi isu ini. kepada siapa kalian, kami Persatuan Mahasiswa Hadhari sentiasa mendoakan kalian diberika taufiq dan hidayah Allah supaya mampu mentadbir negara ini dengan tabah, sabar dan menurut nas-nas al-Quran dan hadis.

kerana cuma dengan Islam, segala masalah di atasi.

Akhir kata daripada kami, bertahanlah dan bersabarlah.kerana setiap kesusahan pasti akan disusuli kemudahan.




Exco Penerangan dan Informasi
2014/2015

Wednesday, 22 October 2014

Semuanya Soal Hati




Assalamualaikum..
Sihat ke semua?belaja okey?dah call mak ayah?emm apalagi ek nk tya..Haa Iman sihat?Opps bila bercakap tentang iman mesti susah nk jawab kan? Hanya kita dengan Allah je yang tahu. Jadi nya kat sini ada sedikit coretan untuk kita muhasabah dan recharge iman kita,InsyaaAllah;)
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”  Surah Al Baqarah : 216

      Aduh!!! Cukup berat untuk kita menerima kebenaran ini, tetapi kadang-kadang dengan keegoaan kita padahal cuma sekadar seorang hamba tetap untuk tidak sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. Tidak pernah rasa cukup dengan apa yag kita dapat. ALLAH memberikan peringatanNYA kepada kita;  "barang siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi nikmatnya..." Disebabkan itulah salah satu cara untuk mendidik hati ini tentang erti rasa syukur ialah dengan sentiasa melihat orang di bawah kita. Apa lebihnya kita berbanding mereka. Jangan dipandang orang yang di atas kerana itu boleh membenihkan rasa tidak cukup tadi dalam diri kita. Satu benda yang senang untuk dilafaz tetapi payah untuk dibuat. Walaubagaimanapun, hendak seribu daya tak hendak sejuta dalih kan. Tepuk dada tanyalah iman kita. Dengan azam yang kuat, dibulatkan tekad, InsyaAllah semua rintangan yang datang kita boleh atasinya. Mendidik hati bukan suatu benda yang senang, tetapi ini bukan satu alasan untuk kita terus membiarkan hati ini terus dibelenggu nafsu dan pujukan-pujukan songsang.

      Bermujahadalah dengan istiqomah moga-moga usaha kita itu dipermudahkan olehNYA. Kita juga kena ingat setiap apa yang kita dapat sebenarnya bukan kerana  usaha kita semata-mata tetapi hakikat yang sebenar adalah atas kehendak dariNYA untuk menentukan segalanya. Memetik  dari lirik lagu Rabbani “TIDAK ADA MILIK KITA,SEMUA ALLAH YG PUNYA”,(kerdilnya diri kita ni kan?)
 Agama juga mengajar kita bahawa usaha adalah sebagai asbab. Usaha itu perlu tetapi diakhir usaha itu yang perlunya kepada sandaran sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Kita sebagai seorang yang bersifat kehambaan perlu faham akan iktiqad ini agar segala apa benda yang kita lakukan adalah asasnya disandarkan kepada ALLAH SWT. Hati perlu sentiasa didik ke situ. Semuanya Soal Hati....

      Justeru, sering diungkapkan; tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi, dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun dikelilingi keseronokan. Apa yang ada cukup banyak tetapi tidak boleh memberi sebarang manfaat.




“Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” 
(Surah al-Hadid 57:20)


Tuesday, 14 October 2014

Yes, I'm the boss!


Salam alayk kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihi wasallam. Baiklah, untuk entri kali ini, jom kita lihat kepada tajuknya, “ Yes, I'm the boss!”. Bunyinya macam gempak kan. Tapi sebenarnya, apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana kita memandang pemimpin dan kepimpinan selama ini. Fitrah manusia memang dilahirkan sebagai khalifatullah iaitu khalifah Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, memang setiap daripada kita adalah pemimpin.

Allah berfirman:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah: 30)

Tetapi, sedar atau tidak, kekadang kan kita ni terlampau syok sendiri nak jadi pemimpin. Tak kisah la pemimpin untuk organisasi besar di sekolah2 atau di universiti ke ataupun pemimpin untuk kumpulan kecil seperti group discussion. Yang kita nampak ialah bila jadi pemimpin atau dalam bahasa Inggeris dipanggil leader, kita akan rasa diri dikenali ramai dan dihormati oleh orang lain. Ya, realitinya memang begitu. Kekadang segelintir manusia jadi pemimpin sebab nak tunjuk dekat luar sana betapa bagusnya dia dalam memimpin kumpulan. NAMUN, suka untuk saya ingatkan di sini, amanah sebagai pemimpin bukan semudah ABC yang kita fikirkan.

Lihatlah kisah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang tidak mahu menjadi khalifah kerana beliau takut sekiranya dipersoal kelak oleh Allah atas urusan tugas yang tidak dilaksanakan. Namun, disebabkan wasiat, beliau menerima amanah tersebut dan dari sekecil-kecil urusan, beliau menitikberatkan amanah tersebut. Contohnya, beliau membeli dua pelita untuk kegunaan peribadi dan urusan pentadbiran. Kalau kita sudah tentu just pakai satu pelita je kan. Tetapi nak katanya, adilnya Khalifah Umar Abdul Aziz ni kerana beliau sentiasa membezakan urusan negara dan peribadi.

Justeru, sebelum kita decide nak jadi pemimpin dalam sesuatu organisasi, fikirkanlah bagaimana kita mahu melaksanakan tugas atau amanah tersebut. Kekadang, kita dipilih untuk menjadi pemimpin bukan atas kehendak kita. Tapi, percayalah pilihan itu pilihan Allah. Laksanakanlah tugas bukan untuk manusia tetapi niatkan untuk dapatkan keredhaan Allah. Ingatlah salah satu pesanan Imam Al-Ghazali iaitu seberat-berat perkara ialah amanah. Nak katanya amanah ini bukan perkara main-main.

Pemimpin = Amanah

Sampai sini dahulu untuk entri kali ini. Moga2 kita mengambil iktibar dan berusaha untuk melaksanakan sekecil-kecil amanah yang dipertanggungjawabkan.
Wallahua'lam.
 

Exco Kepimpinan dan Modal Insan,
Persatuan Mahasiswa Hadhari,
2014/2015

Friday, 10 October 2014

sejarah ringkas Aisyah Humaira

Srikandi terbilang, Muslimah gemilang

Aisya Humaira

Namanya menjadi sebutan, peribadinya menjadi ikutan. Kecerdasannya tiada gandingan, kecantikannya sentiasa menjadi bayangan. 

Beliau seorang yang lincah, kebijaksanaannya tidak dapat disangkal. berjuang dalam pertualangan menegakkan aqidah, di sisi peribadi terunggul ummah, Rasulullah s.a.w.

Saiditina Siti Aisyah merupakan isteri kepada pemimpin ummah terungul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan juga beliau merupakan anak kepada sahabat baik Nabi iaitu Abu Bakar as-sSiddiq r.a. Susur galurnya sahaja sudah cukup memperlihat betapa hebatnya beliau. Aisyah mendapat gelaran Humaira kerana kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sedari kecil, beliau merupakan anak gadis yang sangat cerdas. keletahnya menghiburkan, bicaranya menyenangkan. 

Saiditina Aisyah juga digelar Umul Mukminin, Ibu kepada kaum muslimin. disebabkan kecerdasannya itu, beliau senantiasa menjadi tempat rujukan bagi orang Islam satu masa dahulu dari kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki.

Sehebat namanya, beliau pernah diuji dengan fitnah yang disebar oleh kaum munafiq. Namun begitu, atas kerana tunjang aqidahnya yang kuat, Aisyah mampu bersabar menerima tohmahan tohmahan dan spekulasi liar orang ramai sehinggalah diturunkan firman Allah, membersihkan nama beliau. Dan dari peristiwa ini, jelas teranglah siapa dalam kalangan umat Islam yang bersifat munafik.

Dalam melusuri kisah hidup Saiditina Aisyah ini, tidak dapat tidak, beliau pasti menjadi idola dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Dalam pada itu, sebagai seorang muslimah yang begitu berkobar-kobar semangat juangnya dalam meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya, kita seharusnnya perlu harus punya rasa dan punya keinginan dalam menuntut ilmu.

Memang hebat memang bangga saat kita dilihat sebagai satu ikon dalam memperjuang ummah, tapi malu tapi sayu,saat ditanya tentang ilmu paling asas dalam kehidupan Muslim, lidah kita bungkam, peluh habis kerumuni tubuh, kerana apa? kerana saat itu kita tak punya jawapan, kerana kita tidak tahu. Malu. 
Apa guna cuma mampu melaung kata juang, sedang ilmu didada tiada pernah bertambah. Sedang ilmu dan semangat juang Saiditina Aisyah itu bergerak seiring, sama kemas, sama lengkap, sama padu sama utuh.

Dalam pada kita menjadikan beliau sebagai contoh, jangan dilupa, dalam memperjuang agama, ujian pasti turut serta. maka contohilah Aisyah. latahnya tiada,gagahnya sempurna, menjadi bukti betapa dia tahu Allah itu ada, menemani, dan menjaga hamba yang sentiasa mengharapkanNya.

Aisyah Humaira,
Srikandi terbilang, Muslimah gemilang,
hilangnya tiada ganti,
perginya tak kembali,
tiadanya bukan untuk ditangisi,
tapi untuk dicontohi,
sang ketua bidadari,
yang sedang berjuang di sini, saat ini.

Selamat menjadi aisyah humaira, semoga jumpa di syurga sana.


Fiqh Solat 1

FIQH SOLAT BAHAGIAN 1

Assalamualaikum.

Solat merupakan tiang agama, dan bangunan tanpa tiang itu pasti tidak akan berdiri,manakala bangunan yang mempunya tiang yang goyah itu pasti tidak kukuh. Begitu juga fungsi solat dalam kehidupan seharian manusia. Solat ini lah yang membentuk peribadi muslim sejati seandainya dilaksanakan dengan sempurna. 

Solat juga merupakan salah satu rukun Islam. Sekiranya kita lewah dalam melaksanakannya, adakah kita tergolong dalam golongan individu Islam. 

Artikel ini bertujuan untuk mendedakan para pembaca berkenaan fiqh solat. dan artikel ini ditulis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari sendiri iaitu Wan Aslam Zakaria. Sebarang persoalan mengenai fiqh solat ini boleh diajukan terus kepada beliau.

Jadi, selamat menuntut ilmu. 

1.0 FIQH SOLAT(PERKARA YANG SUNAT DAN MAKRUH KETIKA SOLAT)

Fasal pada menyatakan sunat Ab’ad dan sunat ai’ah di dalam solat. (Bermula) Sunat ab’ad adalah sunat yang berat dan digalakkan untuk melakukannya,jika kita meninggalkannya maka disunatkan kita untuk sujud sahwi. Secara kesuluruhan sunat ab’ad di dalam solat hanyalah 2 perkara iaitu;

1) Doa Qunut ketika solat fardhu subuh serta pada 15 malam terakhir ramadhan ketika solat witir.
2) Tahiyyat Awal.

Namun di dalam Kitab Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dr. Ismail Kamus menyatakan lebih terperinci perkara-perkara sunat Ab’ad ketika solat iaitu 7 perkara:

1) Tahiyat awal(pertama).
2) Selawat dalam Tahiyat awal.
3) Duduk tahiyat/ tasyahud.
4) Doa Qunut pada rakaat kedua solat Subuh dan pada solat Witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
5) Selawat dalam Qunut.
6) Berdiri semasa berqunut.
7) Selawat ke atas keluarga Nabi pada masa Tahiyat akhir.

Namun,jelas di sini terdapat 2 perkara sunat ab’ad ketika solat. Maka apa sahaja bacaan yang terdapat di dalam Doa Qunut serta Tahiyyat awal juga adalah sunat ab’ad. Jika ditinggalkan satu perkataan atau huruf, maka disunatkan kita sujud sahwi jua. Bacaan sujud sahwi juga adalah seperti berikut;


Sujud sahwi ini dilakukan selepas bacaan Tahiyyat Akhir dan dilakukan 2 kali sujud. Hikmah dua kali sujud ini adalah kerana pada sujud pertama adalah sebagai tanda denda kerana kelalaian kita dan pada sujud kedua adalah sebagai tanda untuk menghina syaitan.

Rasulullah SAW berdiri ia daripada dua rakaat daripada sembahyang zohor dan tiada duduk ia kemudian sujud sahwi ia pada akhir sembahyang sebelum memberi salam dua kali sujud.(Menceritakandia oleh Bukhari dan Muslim)

(Bermula) Sunat ai’ah adalah sunat yang ringan dan jika ditinggalkan tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. (PENTING) Jika dilakukan juga sujud sahwi atas kerana tertinggal barangyang Sunat ai’ah maka BATAL SOLAT itu. 

Perkara sunat ai’ah di dalam solat ada 14 perkara iaitu;

1) Mengangkat tangan
-Ketika Takbiratulihram dengan mengangkat kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat dan kedua-dua jarinya sampai dekat bawah cuping telinga dan bersempadan dengan bahu.
-Ketika rukuk.(Caranya seperti mengangkat tangan ketika takbiratulihram.)
-Ketika iktidal(caranya seperti Takbiratulihram)
-ketika bangun pada rakaat ketiga(selepas tahiyatul awal) dan caranya sama seperti takbiratulihram.

2) Meletakkan Perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
-Hikmah memegang tangan itu ialah menetapkan kedua-dua tangan itu supaya ia tidak akan bergerak ke sana ke sini.

3) Membaca Doa Iftitah

4) Membaza A’uzubillah:(Taawuz)

5) Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah

-Sunat membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat yang ditentukan. Solat yang memerlukan bacaan yang kuat mempunyai 3 solat iaitu solat Maghrib,Isya’,dan Subuh. Dan hanya 2 rakaat yang pertama sahaja disunatkan kuat membaca surah al-Fatihah dan surah-surah lain pada berikutnya. Solat-solat ini dinamakan sebagai solat Jihriah. Manakala solat yang disunatkan membaca perlahan hanyalah 2 solat iaitu solat Zohor dan Solat Asar. Dan solat-solat ini dinamakan solat Sihriah.

*PERHATIAN,hanya disunatkan pada 2 rakaat yang pertama sahaja untuk membaca bacaan yang kuat, tetapi tidak sunat pada rakaat yang seterusnya.

*Hikmah bacaan kuat dan perlahan ini kerana pada waktu solat zohor dan asar adalah waktu berkerja bagi manusia semua kerana ia adalah waktu siang. Maka sebagai tanda hormat kepada orang yang beragama lain yang sedang berkerja,maka disunatkan membaca perlahan. Manakala pada solat-solat diwaktu malam dibaca kuat kerana malam itu dijadikan oleh Allah Taala sebagai waktu rehat dan beribadat.

6) Membaca “Amin” selepas al-Fatihah

-Sunat juga berhenti sebentar sebelum membaca “Amin”. Maksudnya:
“Perkenankanlah”
-Amin itu mempunyai empat huruf yang mana Allah menjadikan tiap-tiap satu malaikat yang akan berkata,”Ya Allah,ampunkanlah bagi orang yang berkata amin.”

7) MEMBACA SURAH AL-QURAN

-Disunatkan membaca surah al-Quran walaupun pendek, selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang bersolat berseorangan.
*Jika menunaikan solat sunat pada waktu malam,disunatkan memanjangkan Qiam(Berdiri) dengan membaca surah yang panjang atau diulang-ulang surah yang pendek seperti surah al-Ikhlas. Ketahuilah olehmu bahawa surah al-Ikhlas itu diibaratkan seperti 1/3 al-Quran. Perkara ini ada dijelaskan didalam Kitab al-Muwattok karangan Imam Maliki.
*Jika menunaikan solat sunat pada waktu siang, disunatkan membanyakkan rakaat daripada memanjangkan Qiam(berdiri).i Itulah yang ana pelajari ketika mengaji kitab Anak Kunci Syurga di pondok.
*Sunat membaca surah al-Insyirah pada rakaat pertama ketika menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan membaca surah al-Fil pada rakaat kedua.

8) MEMBACA TAKBIR KETIKA RUKUK

-Membaca takbir ketika rukuk dan ketika iqtidal iaitu bangun daripada rukuk disunatkan membaca:
Maksudnya: “Allah mendengar pujian orang yang memujinya.”
-Dan masa iqtidal sunat membaca:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami Engkaulah pujian yang memenuhi langit dan bumi dan memenuhi apa yang Engkau(Allah) kehendaki daripada sesuatu sesudah itu.”

9) MEMBACA TASBIH KETIKA RUKUK

“Maha suci Tuhanku yang maha Besar dan dengan segala puji-pujian-Nya.” (3 Kali)

10) MEMBACA TASBIH KETIKA SUJUD

“Maha suci Tuhanku yang maha Tinggi dan dengan segala puji-pujian-Nya.”(3 Kali)

11) MELETAKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DI ATAS PAHA DENGAN MELEPASKAN KESEMUA JARI-JARI.

Iaitu melepaskan kesemua jari-jari semasa duduk diantara dua sujud. Tetapi semasa duduk Tahiyat awal dan Tahiyat akhir disunatkan supaya tangan kanan digenggamkan dan melepaskan jari telunjuk semasa mengucapkan perkataan;

12) DUDUK IFTIRASY

Duduk Iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya ia dapat dihadapkan ke kiblat iaitu semasa tahiyat awal, duduk diantara dua sujud dan juga duduk Istirahat (semasa hendak terus bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga).

13) DUDUK TAWARUK

Iaitu duduk tahiyat akhir (duduk tawaruk ini ialah seperti iftirasy juga tetapi perbezaannya adalah dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dengan menyentuhkan punggungnya ke lantai serta menegakkan tapak kaki kanan dengan jari dihadapkan ke kiblat.

14) SALAM KEDUA

Salam yang kedua dengan berpaling ke kiri sehingga sekurang-kurangnya nampak pipi kiri dipandang dari arah belakang.


bersambung.



Pengarang asal/diambil daripada: Wan Aslam Zakaria (tekan untuk facebook)
Sumber :

*Kitab Anak Kunci Syurga karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indonesia
*Kitab Sabilal Mubatadi karangan Kiyai Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
*Kitab IndahnyaHidup Bersyariat Karangan Ustaz Ismail Kamus.

(di pelajari di Madrasah Diniah al-Bakriah di Pasir Tumboh,Kelantan.)

Wednesday, 8 October 2014

PESTA ARAK (OCTOBERFEST)

BANTAHAN PESTA ARAK (OCTOBERFEST):

Assalamualaikum
Saya Wan Aslam bin Zakaria menentang dan membantah keras pesta arak yang akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya pada 10-12 Oktober 2014.
Saya minta sangat pihak berkuasa yang membenarkan pesta maksiat sebegini membatalkannya. Wahai orang yang diberi akal, kamu mempunyai kuasa ntuk hentikannya, jika kamu tidak gunakan kuasa tersebut, maka tunggulah kamu! tunggulah balasan daripada Allah.
Ingat Hadis Rasulullah SAW daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu yang bermaksud:
"Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan diminta dipertanggungjawabkan apa yang dipimpin.."
(Riwayat Muslim)
Wahai pemimpin Islam,tidak patut kamu membenarkan pesta ini sedangkan kamu tahu ianya Haram dan buruk padahnya. Dan satu lagi Hadis Rasulullah SAW daripada Anas ra yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak:
1) orang yang memerah arak
2) orang yang meminta arak diperahkan untuknya
3) orang yang meminumnya
4) orang yang membawanya
5) orang yang minta arak dibawak kepadanya
6) orang memberi minum arak kepada orang lain
7) orang yang menjual arak
8) orang yang dapat hasil daripada arak
9) orang yang membeli arak
10) orang yang diminta dibelikan arak untuknya. " (riwayat Termizi)
Maka, wahai pemimpin, 10 golongan ini tidak akan ada jika kamu sendiri yang tidak membenarkannya. Maka dosa kamu akan jadi lebih besar kerana jadi penyebab golongan ini semua ada kerana kamu memudahkan jalan untuk mereka terhadap arak. cuba kamu bayangkan, andai Rasulullah SAW masih ada di zaman sekarang, lalu Rasulullah SAW datang ke Malaysia untuk melawat, lalu Rasulullah SAW melihat kilang arak atau iklan pesta arak dan bertanya kpd pemimpin, "apakah itu?", apa yang kamu akan jawab wahai pemimpin? apa? Apakah Rasulullah SAW akan gembira dengan jawapan yang diberikan? fikirkan.
Kami mahasiswa UiTM Shah Alam khususnya Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) berharap pihak berkuasa membatalkan pesta arak ini kerana kemungkinan besar anak-anak bangsa kita, anak2 Islam kita juga akan terlibat dengan pesta ini. Kita negara Islam, maka buktikan yang kita ini negara Islam. Wallahualam.
Wan Aslam bin Zakaria
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
UiTM Shah Alam


keratan akhbar KOSMO! yang memaparkan iklan Octoberfest dan iklan yang telah ditukar bagi menggantikan iklan pesta arak.

Tuesday, 7 October 2014

Kasih ibu tidak bersempadan


Malam semakin kelam, hujan renyai turun membasahi bumi hulu langat yg begitu segar dengan tumbuhan-tumbuhan hijau di kiri kanan jalan. Aku memandu perlahan sambil mata menjeling ke arah jam tangan yg menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Perjalanan dari shah alam ke tapak program di hulu Langat ini tidak la memakan masa yg lama. Tetapi keadaan hujan membuatkan perjalanan terasa lama dan meletihkan.

Fikiran melayang teringatkan perbualanku dgn adik ku di telefon sebentar tadi.

“iskandar, jgn kunci pintu rumah tau,” pesan ku kpd adikku.

“abg udin nak balik ke?”soalnya kehairanan.

“balik kejap je, tuala tertinggal kt shah alam, abg udin ade program kat hulu Langat ni,” balasku.

“owh..okeh..hati-hati drive”

“jauh lagi ke din?” soal amin di sebelah mengejutkan aku dari lamunan. Wajahnya kelihatan berkerut menahan ngantuk.

“dekat dah ni, lebih kurang 500 meter lagi sampai la, insyaAllah,” balasku sambil tersenyum padanya.

Sampai di 1 persimpangan, aku memberikan signal ke kiri lalu memulas stering membelokkan kereta ke kiri. Di tepi jalan berdiri teguh satu papan tanda yg tertulis ‘Darul Hidayah’. Aku tersenyum sendiri sambil memandu menyusuri jalan kecil kampungku itu.

Hujan semakin lebat, aku memberhentikan kereta di hadapan rumahku. Lampu di dalam rumah tinggal 1 sahaja yg masih menyala menandakan keluargaku telah pun lena dibuai mimpi.

“jangan lama-lama tau din, kita da lewat ni,” pesan amin sambil mengukir senyuman.

Aku senyum kembali padanya sambil mengangguk perlahan. Aku berlari anak keluar dari kereta menuju ke pintu rumah. Pintu ku buka dengan begitu perlahan dan berhati-hati. Risau akan mengeluarkan bunyi dan mengejutkan keluarga ku yg sedang lena. Masuk sahaja aku terus menuju ke bilik, membuka lampu lantas menuju ke almari. Aku menarik laci almari dan mengeluarkan sehelai tuala.

“astaghfirullah...mak ingat pencuri tadi masuk rumah, terkejut mak. Bila kau balik?” soal mak yg tiba-tiba muncul di pintu bilik.

Hampir gugur jantungku di sergah oleh mak. Mata mak mengecil menahan silau dari cahaya lampu bilik ku.

“udin singgah kejap je mak, ade program kt sungai congkak, on the way tadi terlupa nk bawa tuala, tu yg singgah umah jap,” terangku sambil mendapatkan tangan dan wajah mak seraya menciumnya. Itulah kebiasaanku setiap kali balik ataupun ingin keluar dari rumah.

“mak kenapa tak tidur lagi ni?”soalku semula.

“mak dah tidur da, terjaga dengar bunyi dalam bilik kau, mak ingat pencuri tadi, risau mak,”

Begitulah emak, walau selesa macam mana sekali pun cuaca dan tilam, walau keletihan bagaimana sekalipun, emak sangat mudah terjaga. Tidak hairanlah solat sunat tahajud mak jarang tinggal.

“hehehe..maaf mak, da bagi salam dah, tapi perlahan je, tak nak kejutkan mak, hujan-hujan ni sedap tidur,” terangku sambil tersengih.

“macam mana masuk umah tadi?” soal mak kembali kehairanan.

“dah call iskandar td siap-siap bagitau dia jgn kunci pintu,”

“udin dah makan dah?”

Belum sempat aku menjawab mak terus bergegas ke dapur membuka periuk dan tudung saji melihat-lihat nasi dan lauk makan malam tadi. Tidur terus dilupakan, ngantuknya seakan berlalu pergi begitu sahaja. Subhanallah..sungguh mulia hati seorang ibu. Kasih sayangnya tiada had masa, tiada sempadan. Kerana itu Rasulullah sollallah alaihi wasalllam memuliakan mu tiga kali sebelum ayah.

Benarlah sebagaimana doa jibrail a.s. yg diaminkan oleh baginda sollallah alaihi wasallam “Celakalah bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa dan masih mampu menjaga mereka, tetapi mereka tidak taat kepada kedua-duanya”

“mak masak ikan kembung masak lemak taucu tadi,”

Allah..sekali lagi hati aku terusik, naluri seorang ibu. Sentiasa ingat dan tahu lauk kegemaran anak-anaknya. Bukan seorang dua, tetapi kesemua 11 orang anaknya. Meskipun pulang aku secara mengejut, naluri nye seakan-akan mengetahui anaknya yg ketiga ini mahu pulang. Air mataku bertakung, segera aku mengesatnya khuatir mak perasan.

“alamak..nasi dah habis la, adik-adik habiskan, tggu sekejap boleh? Mak masak kejap.” Wajahnya terlihat kecewa.

“ehh..tak ape mak, udin kene cepat ni. Tak boleh lama-lama. Ade kawan tengah tunggu dalam kereta kat luar tu,” kataku memujuk hati mak.

“Allah...mak minta maaf ye udin,” kata mak dengan wajah yg sugul.

Berkecai pilu hatiku saat seorang ibu meminta maaf pada anaknya hanya kerana tidak dapat sediakan makan utk anaknya. Lantas tubuh ibu ku rangkul kemas dalam dakapanku.

“mak...tak perlulah minta maaf, udin yg sepatutnya minta maaf sebab balik tak bagitau mak. Udin sayangkan mak.”

Wajah mak yg redup ku cium penuh kasih sayang. Tangan mak yg hangat ku genggam erat seakan tidak mahu ku lepas pergi. Tangan ini, Allah..sungguh, penuh sarat dengan jasa dan pengorbanan yg tidak mampu aku dan adik-adik ku balas walau nyawa menjadi galang ganti. Saksikanlah ya Allah..dengan kebesaran dan keagungan Mu, kurniakanlah kebahgiaan di dunia dan akhirat kepada ibu ku. Tempatkanlah dia di tingkat tertinggi di syurga firdaus kelak.

“udin pergi dulu ye mak,”

Mak tersenyum kepadaku, kekalkanlah senyuman itu ya Allah selama-lamanya, bisikku di dalam hati. Kaki ku terus melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta.

Di dalam kereta, amin telah pun terlena. Aku meneruskan pemanduan menuju ke destinasi yang di tuju. Ketika kereta yang ku pandu masuk ke jalan besar, fikiran kembali melayang jauh mengingatkan suatu kisah yang pernah aku baca.

---------------------------------------------------------------------

Setiap kali pulang ke kampung, itulah ceritanya. Cerita yg telah diperdengarkan berulang-ulang kali. Cerita ibu tentang sawah, lembu, dan kehidupan kanak-kanaknya di kampung. Dan aku ‘terpaksa’ mendengar cerita  ulangan itu berulang-ulang kali.

“kau jadi seperti aku dulu. Cuma kau lebih bernasib baik,” kata seorang sahabat.

“jadi seperti kau? Maksud kau?”

“ibuku dipotong kedua-dua belah kakinya. Dari paha ke bawah. Hari-hari terakhirnya sungguh sunyi. Setiap kali aku balik, aku menjadi pendengar setia pada cerita-ceritanya.”

“ape ceritanya?”

“cerita zaman muda. Pahit manis hidupnya. Kisah bersama arwah ayah membesarkan kami.”

“tentu menarik,” balasku.

“menarik memang menarik, tapi kalau sudah diulang berpuluh-puluh malah beratus-ratus kali, teruji juga kita.”

“lama ke?”

“satu sesi lebih kurang sejam.”

Dalam diam aku mengaguminya. Kalau aku, setengah jam pun dah terlalu lama.

“setiap kali aku balik ke kampung, emak akan memanggil aku ke tepi katilnya. Dan sesi pun bermula..”

“kata ahli psikologi, manusia perlu didengar katanya sepertimana mereka perlukan makanan. Makanan memberikan tenaga. ‘Didengar’ menghidupkan rasa.”

“Allah pun ciptakan untuk kita dua telinga, satu mulut. Maknanya, kita mesti lebih banyak mendengar daripada berkata-kata,” tambah sahabatku itu. Tidak hairan, dia memang pakar motivasi.

“dan hak mendengar itu selayaknya kite  peruntukkan kepada ibu bapa kita yg telah tua.”

“kau kata tadi nasib aku lebih baik, kenapa?” soalku mengingatkan semula kata-kata awalnya tadi.

“aku cuma menjadi pendengar cerita emak selama dua bulan. Kemudian dia meninggal dunia. Hingga kini aku merindui kisah-kisahnya. Terlalu rindu. Kalau boleh, aku ingin mendengarnya semula. Biarlah sejam, dua jam malah lebih lama daripada itu.”

Aku terdiam. Tersentuh sungguh. Agaknya, sebab itu emaknya mengulang ceritanya berulang kali, dia tahu anaknya akan merinduinya lebih daripada itu.

“kau masih ada emak. Kau lebih bernasib baik. Dengarlah cerita-ceritanya. Semakin tua, suaranya semakin kurang didengari. Mereka tidak ada cerita baru. Hanya cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita.”

“ya, yg diperdengarkan untuk kita bukan hanya CERITA tetapi CINTA. Rasa cinta yg bukan sekadar imbauan tetapi belaian untuk kita, anak-anaknya yg telah dewasa.”

Seolah-olah secara tersirat ibu tua kita ingin menyampaikan bahawa cinta di dasar kisah lama itulah yang menjulang cita-cita di kemuncak cerita-cerita baru kita!

---------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu entah kenapa fikiranku terganggu. Wajah mak menerjah layar ingatan. Air hujan yg menghempas di cermin seolah-olah titik peluh emak yg gugur demi melahirkan dan membesarkan aku. Putik-putik kasihnya bagaikan bintang pada malam yg kelam. Satu demi satu pesannya mengukir peringatan, teman setiaku sepanjang perjalanan. Sungguh, terlalu mahal jasa mu ibu......
 
 
 
 

Sahabat Prihatin 1 (Aurat)

Assalamualaikum.


As a start, Sahabat Prihatin merupakan satu sayap dakwah yang digerakkan oleh Exco Penerangan dan Informasi Persatuan Mahasiswa Hadhari dengan Kerjasama Academy Contemporary of Islamic Studies atau lebih feymes (baca: famous) dengan panggilan ACIS.

Sahabat Prihatin ni amende? Prihatin sangat ke? Tang mana Prihatin tu?

"Sahabat Prihatin? menarik. tapi macam mana perjalanannya ya akhi ya ukhti."

"Sahabat Prihatin, saya tak faham lah. ni apa ni cane ni.?"

okay bawa bertenang abang-abang kakak kakak gojes semua. sini cheq nak habaq. nak dikatanya, Sahabat Prihatin ini adalah satu aktiviti ala-ala street dakwah yang beroperasi 2 minggu sekali pada hari Rabu dengan tajuk-tajuk yang berbeza, yang terkadang tajuk nya panas, kadang suam kuku kadang suam manja kadang panas meletup letup kadang hangat teh o panas kadang eh sudahlah. 

okay, berbalik kepada cerita asal Sahabat Prihatin, atau ringkasnya espi (baca : SP) di mana perjalanannya adalah dari Masjid UiTM Shah Alam ke Dataran Cendekia (DC), aturcaranya pula boleh dikatakan seperti berikut :

6:30 p.m - pendaftaran dan makan (ada makan tau untuk yang terawal)
7.00 p.m- solat maghrib berjemaah
7.45 p.m- tazkirah dan briefing ringkas
8.00 p.m- bergerak ke DC untuk edaran flyers

menariknyaaaaaaaaaa woooowwwwww !

tak habis lagi bang.

okay, pada semester yang lalu, tajuk SP pertama kami adalah berkaitan aurat.

tadaaaaaa~~~~~



Ini lah flyersnya. molek kan?

Aurat. ternampak ringkas. ternampak mudah.adakah sahabat-sahabat lupa (nada serius.memang serius pun!)  aurat ini merupakan perintah Allah yang termaktub kemas dalam kitab al-Quran, yang kita tidak akan terpesong selagi mana berpegang kepadanya, juga as-Sunnah. 

“Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[Al-Ahzab/33: 59]

Tak cukup dengan itu. ada lagi. baca-baca.

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya (wajah dan kedua telapak tangan). dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita muslimah, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentakkan kaki (atau tangan)nya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” [QS. Al-Nur/24: 31]

Jadi sahabat sekalian, apakah kita terlalu besar pangkatnya atau terlalu banyak kekayaannya sehingga sanggup melanggar perintah Allah.

Aurat bagi kaum wanita adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. adalah hebat bagi seorang wanita itu andai mampu menundukkan nafsu dengan memakai pakaian yang boleh terus di bawa untuk bersolat kerana itu adalah sebaik-baik kaedah menutup aurat. Adapun, pada zaman fitnah ini lebih ramai yang membalut aurat berbanding menutup aurat, dan lebih malang bilamana pada hari ini memakai tudung itu seumpama seakan satu adat dan bukan lagi mematuhi syariat. Allah.

dan untuk kaum lelaki, aurat itu dari pusat hingga ke lutut. nampak mudah bukan. tapi sayu, haru dan perasaan yang sama waktu dengannya, semakin ramai abang-abang kacak yang sepatutnya menjadi pembela ummah ini terikut-terikut dengan trend justin bibir (baca: bieber kot) dengan memakai seluar pendek. hang pi tunduk sikiiit ja, lutut tu dah terkeluaq tau. pi riadah pon,baguih dah tu ikut sunnah jaga kesihatan, tapi pi pakat pakai seluar panjang deh. baru kekal ke-macho-an anda yang dipinjamkan Allah.

setiap orang punya dosa,kerana kita dilahirkan sebagai manusia, sebagai hamba penuh nista, tetapi Penyayangnya Allah, dihadiahkan kepada kita dengan solat, dihadiahkan kepada kita pintu-pintu taubat yang tak pernah tertutup selagi belum tiba kiamta. Jadi, saat ini, segalanya atas keputusan kita, sama ada mahu dibiar peluang hilang malap, atau digarap untuk dicambah memperoleh syurga.

oke. cukup sampai situ, saya tutup entri ini dengan satu hadis.

“Rasulullah saw bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: [1] Malaikat yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli sekelompok manusia (berdosa), dan [2] Wanita-wanita yang berpakaian namun (seperti) telanjang dan berjalan berlenggak-lenggok dan kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian (jarak yang sangat jauh).” (HR. Muslim, Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Perutusan Aidil Adha



Raya A'iduladha, Bukti ketaatan Nabi Ibrahim a'laihissalam dan Nabi Ismail a'laissalam terhadap Allah:
Assalamualaikum
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Walillahil hamd,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana temukan kita dengan hari raya Aiduladha. Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aiduladha kpd semua rakyat malaysia khususnya warga UiTM Shah Alam.
Sahabat-sahabat,
hari raya korban bkn sahaja untuk kita berkorbankan sebahagian duit kita dan memberi org yg lebih susah makan, bahkan ada kisah yang begitu besar iktibarnya kepada kita seluruh umat Islam. Nabi Ibrahim a'laihissalam, apabila sudah lama baginda menunggu kelahiran bayi daripada keturunanya, akhirnya Allah telah mengurniakan Nabi Ismail a'laihissalam. Namun selepas kelahiran Nabi Ismail Allah telah memerintahkan supaya ditinggalkan Hajar bersama Nabi Ismail di tanah yang tandus tiada penghuni iaitu Mekah. Disebabkan perintah Allah, Hajar akur dan meyakini bahawa mereka tidak akan dilupakan oleh Allah malah Allah akan memelihara mereka. Sebelum Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya baginda berdoa sepertimana yang disebutkan didalam al-Quran surah Ibrahim ayat 37:
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur."
Selepas beberapa tahun tahun sehingga umur Nabi Ismail mencapai usia dewasa, Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah pula untuk menyembelih anaknya sepertimana yang Allah rakamkan didalam al-Quran surah ash-Shaffat ayat 99-107 yang bermaksud:
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;"
Allahuakhbar! Sungguh hebat pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam dan keluarga baginda. Mereka taat kpd Allah walaupun kalau diikut logik akal perintah itu sesuatu yg tidak masuk akal bagi manusia. Namun kerana yakin Allah itu pemelihara dan penjamin bagi hamba-hambaNya yang taat, maka mereka akur. Kita lihat sekarang, apakag kita benar2 sudah ikut segala perintah Allah sebagaimana ketaatan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim dan keluarganya? dari sudut ekonominya, kekeluargaanya, pendidikannya, pemerintahannya dan perundangannya? sama-sama muhasabah diri. Saya teringat khutbah Syeikh Ibrahim Ibn Masran al-Banjari:
"Apakah tidak pelik orang yang mengingkari dan mempersoalkan tentang apa yang Allah telah wajibkan di dalam al-Quran namun menyambut aiduladha padahal mereka telah mengkhianati agama mereka."
Mari kita sama-sama berusaha menjalankan segala perintah Allah. Moga Allah redho terhadap diri kita. InsyaAllah.

Wan Aslam bin Zakaria
Presiden Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)
UiTM Shah Alam

Presiden PMH (kiri) bersama Penasihat PMH (tengah) dan Pembantu ACIS



Friday, 3 October 2014

Sebarkan Sayapmu Duhai Pemuda...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita masih dihidupkan oleh Allah Taala dan dibekali dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam kita hadiahkan buat kekasih junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah menyampaikan risalah Islam kepada kita sehingga pada hari ini kita berupaya untuk menikmati indahnya kehidupan bersyariat, jauh daripada kemurkaan Allah dan terhindar daripda azab api neraka.

Sahabat-sahabat, untuk entri kali ini, suka untuk saya mengajak kalian meneroka kembali perjalanan hidup kita selama ini. mungkin ada di antara kita yang telah menghirup udara di muka bumi ini selama 20 tahun, 21, 22 bahkan mungkin ada juga di antara pembaca sekalian yang telah melangkaui usia 25 tahun ke atas, benar bukan ?

Aduhhhh, sudah lama rupanya aku hidupppp..

Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang melangkah ke dalam suatu fasa kehidupan yang sangat penting. Sahabat-sahabat, pada usia pemuda inilah, tenaga kita sangat diperlukan untuk membina ummah yang bukan sahaja cemerlang di dunia, bahkan juga gemilang di akhirat. Saidina Ali misalnya, pada usia yang sangat muda beliau telah memainkan peranan yang sangat penting sewaktu awal penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w , iaitu tatkala beliau dengan rela hatinya mempertaruhkan nyawa beliau untuk menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda. Kesanggupan Saidina Ali mengambil langkah sedemikian membuktikan keluhuran hati dan kematangan beliau di usia yang sangat muda untuk membantu baginda Rasulullah dalam peristiwa hijrah. Bahkan, pada usia pemuda jugalah, sahabat- sahabat baginda Rasulullah kesemuanya menghabiskan usia muda mereka bersama-sama Rasulullah  menyebarkan dakwah Islam suatu ketika dahulu.

Antara lain contoh yang menunjukkan kepada kita bahawa usia pemuda adalah usia emas adalah tokoh pembuka kota Konstantinople yang terlakar namanya dalam lipatan sejarah iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. Tatkala baginda berusia seawal 19 tahun, baginda Sultan Muhammad telah diberi kepercayaan untuk menggantikan ayahandanya Sultan Murad untuk meneruskan pentadbiran negara. Kemudian, pada usia yang sangat muda iaitu seawal usia 21 tahun baginda telah memimpin pasukan baginda membebaskan kota Konstantinople daripada cengkaman kerajaan Byzantine. Dengan izin Allah Taala, baginda berjaya menawan kota tersebut, sekaligus menjadi pemuda yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam satu sabda baginda iaitu ;

Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam, rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera... ( Hadis riwayat Imam Ahmad )

Subhanallah, hebatnya kuasa pemuda, dengan syarat beriman dan bertakwa kepada Allah, pemuda mampu menggoncang dunia !

Jadi sahabat-sahabat, di saat kita sedang menikmati usia pemuda ini, apakah sumbangan dan kejayaan yang telah dan bakal kita capai ?

Masihkah kita mahu bersenang lenang di usia pemuda ini dan memanjakan diri dengan kemewahan dan kesenangan, sedangkan di hadapan mata kita terhampar lambakan tanggungjawab dan amanah yang seharusnya dipikul dengan baik ?

Tepuk dada tanya iman...

Ayuhlah kita sama-sama merenungi sejauh manakah kita memanfaatkan usia pemuda ini..adakah kita  mahu menghabiskan usia muda ini dengan berseronok dan berfoya-foya demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, ataupun sebaliknya kita mendidik diri menjadi hamba yang muttaqeen, dan menjadi pemuda yang disebut-sebut sebagai rijal dakwah, iaitu pemuda yang sanggup bersusah payah menggalas beban dakwah demi meneruskan tugas penyampai risalah kebenaran iaitu baginda Rasulullah s.a.w. Duhai pemuda, usahlah terlalu leka diulit kemewahan dan usahlah terlalu memanjakan diri dengan gebar kesenangan !

Setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat perkongsian daripada entri yang ringkas kali ini. teruskan menyokong dan bersama-sama kami Persatuan Mahasiswa Hadhari !






Thursday, 2 October 2014

Mana Islam dalam hati?



Assalamualaikum.

Hari ini sekali lagi Allah beri pinjam nikmat. mata lidah hati jantung dan semua lah yang ada di sekeliling kita. kalau lah salah satu nikmat ini tiada, rasanya tak tahulah berapa banyak rungutan yang melantun dari lidah. fuh.

Saya mahu menarik perhatian para pembaca sekalian yang saya pasti semuanya bijak bijak dan bahagia bahagia saat ini, saya ingin menarik dan mengajak para pembaca semua untuk berkerut kerut dengan ikhlas dalam memikirkan satu persoalan iaitu "Di mana Islam dalam hati kita?"

"haish, nak pikiaq pa lagi,mestilah Islam ada dalam hati,"

"what to do what to do. Islam will always be in my heart."

"yennadee cit. Islam tu agama aku, mestilah aku sayang Islam tu."


Hebat semua nya. fuh. fuh. tapi sekiranya benar paksi Islam itu kuat dalam hati, izinkan saya bertanya, apa khabar kah agaknya warga Syria? apakah sihat warga Palestin? Bagimana agaknya keadaan rakyat Mesir? Sudah makan kah rakyat Gaza? Sudah baca al-Quran belum rakyat Malaysia? ooopps.

lalu apa kita punya jawapan bagi setiap persoalan?

"Manalah den tahu, dorang jauh koooot."

Ehem. Jauh atau tidak, selagi mana Islam itu dalam hati, pasti kita begitu excited untuk mengetahui setiap cerita baru dan mungkin perkhabaran keadaan saudara Islam kita yang saat ini sedang dilanda ribut kencang taufan yang bukan datang dari bencana alam, tetapi dari konspirasi dunia yang sedang menggila dengan gerilanya untuk menjatuhkan Islam. Lalu, apakah tindakan kita? hanya sekadar melontar kata tak puas hati di media sosial sambil tunggu mi segera masak sahaja? waduh waduh.

Sahabat-sahabat, kalau lah kita ni tak mampu sikit pun nak rasa risau kat mereka yang sedang berjuang di sana, di manakah Islam dalam hati kita?


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 
(al-Hujurat : 10)
Hah. ayat lejen dalam-Quran, walaupun ayat dala al-Quran semua memang menusuk jiwa, tapi ayat ini sangat femes. sat naa. ada lagi hadis.

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.” (HR At-Tabrani).

Jadi, di mana mereka di hati kita. adakah isu-isu semasa ummah ini langsung tidak memberi kesan kepada kita? Sahabat, kenapa krik krik sahabat-sahabat. Cukuplah sekadar saya tamatkan entri ini dengan satu persoalan, jika benar Islam itu kita letak tinggi, jika benar semua Muslim itu kita akui sebagai saudara kita, lalu di manakah mereka di hati kita? tepuk dada, tanya iman.

oke bai. jom makan cendol. 


Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari
2014/2015





Tuesday, 23 September 2014

ALLAH MAHU KITA BELAJAR

Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberi nikmat kehidupan untuk terus menghirup udaranya. Selawat & salam buat kekasih yang amat ku cintai sepenuh jiwa, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda juga buat para sahabat dan anbiya’ yang sentiasa diingati..

Mungkin kini masih ramai yang kecewa dek kejatuhan lalu, memang tidak dapat dinafikan setiap manusia ada kisah pahit manis dan saat getir dalam menuju redha Allah. Saat dimana segala yang kita impikan hanya sekadar impian yang menjadi angan-angan semata-mata. Saat bila mana manusia sekeliling bergembira, bersuka ria dengan segala kejayaan yang mereka kecapi, tapi kita terduduk di satu sudut menangisi kejatuhan yang kita alami. Mengapa harus membazir air mata kerana kejatuhan yang tidak akan kekal.

Mungkin jua di saat itu tidak dinafikan satu perasaan yang menjadi fitrah seorang manusia terus menyelubungi diri kita iaitu cemburu. Cemburu melihat kejayaan mereka namun kegagalan yang kita rasai. Tiada yang mustahil kejayaan seseorang tak akan kekal dengan izin Allah, dan sudah pastinya kegagalan yang kita alami jua tidak akan kekal malah hakikatnya  kegagalan itulah sebenarnya satu nikmat. Mungkin ada yang pening kenapa ianya satu nikmat? Ok,cuba kita renungkan bila kita diberi kesusahanlah kita akan sedaya upaya mencari punca dan semestinya kepada Allah lah kita akan mencari dan merintih kan?

Ketahuilah kegagalan yang kita tempuhi hanyalah sekadar ujian dari Allah Yang Maha Mengetahui.Sabda Rasulullah sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya, Allah pasti mengujiNya. Ya mungkin ada sesuatu yang lebih elok Allah rencanakan kepada kita. Jika merasakan manusia sekeliling memandang rendah atas kegagalan yang dilalui, bersabarlah itu hanyalah sekecil-kecil ujian jika dibandingkan ujian yang dialami Rasulullah saat Baginda menyebarkan dakwah Islam. Bersyukurlah dengan segala kegagalan yang kita alami, kerana semua hanyalah tarbiyah dariNya. Tarbiyah yang bakal mematangkan kehidupan kita, tarbiyah yang sering mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku ada hikmah, tarbiyah yang mengajar kita bahawa kejayaan tak akan berputik tanpa ada kegagalan.

Kesimpulannya,InshaAllah mari kita positifkan dan kendalikan diri kita dalam mangharungi berbagai kesulitan yang kita hadapi supaya kita akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum. Sebaiknya bila jatuh, kita patut bangun semula kerana Allah mahu kita lihat dari sudut lain kegagalan itu. Sebab, belum tentu semuanya yang mengecewakan kerna sudah pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala disebaliknya…=)

Exco Kepimpinan Dan Modal Insan
Persatuan Mahasiswa Hadhari 14/15


Tuesday, 16 September 2014

Antara kemahuan dan kesungguhan, mana pilihan kita?


Salam alaik kepada pembaca sekalian. Alhamdulilllah segala pujian kepada Allah SubhanahuwaTaala kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih diberi nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahualaihiwasallam. Disebabkan perjuangan bagindalah, Islam sampai kepada kita hari ini. Baiklah, untuk entri kali ini, suka bagi saya untuk berkongsi sedikit pandangan yang mana saya rasa ramai yang masih dalam dilema.


Antara kemahuan dan kesungguhan, mana pilihan kita??
Eh, aku nak try pakai tudung labuh tapi aku malu. Nanti orang cakap aku alim plak.”
Bestnya dapat mati syahid macam pejuang Al-Qassam tu!.”
Geram weyhh dengan Israel ni!”

Tu antara ayat2 yang sering saya dengar daripada mulut2 orang. Bila difikirkan balik, adakah tu kemahuan kita semata-mata atau kesungguhan kita nak buat. Sebagai contoh, ada kemahuan nak pakai tudung labuh tapi disebabkan perasaan malu kepada manusia, kita gagal nak mengaplikasikan kesungguhan itu. Kita lebih memikirkan pandangan manusia yang berbillion tu daripada syariat Allah.
Yang kedua plak ada kemahuan nak mati syahid tapi masih buat maksiat. Ibadah wajib masih tak sempurna. Sebab tu kemahuan perlu disertai kesungguhan yang padu. Cuba kita lihat sehebat mana ibadah dan amalan pejuang Al-Qassam untuk dapatkan syahid. Memang, kita tak mungkin boleh capai seperti mereka tapi yang menilai amalan tu hanya Allah. Saya ulang, kesungguhan nak dapatkan mati syahid perlu disertai amalan-amalan sepatutnya. Sama jugak dengan isu Israel. Hati kata benci tapi masih menyokong barang mereka. Tu ke kesungguhan yang kita banggakan selama ni? Allahu..banyak yang kita tak sedar. Masih ditakuk lama, dalam keselesaan sehingga alpa untuk meningkatkan amalan kita.
Tiada halangan untuk berubah. Setiap orang berhak untuk kembali kepada Sang Pencipta. Antara kemahuan dan kesungguhan, dua2 perlu seiring. Niat memisahkan keinginan dan kebencian. Sabda Rasulullah SAW:
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebab tu niat memainkan peranan penting sebagai langkah pertama ke arah mencari keredhaan Allah. Saya percaya dan yakin ramai yang mempunyai niat untuk berubah ke arah kebaikan. Cumanya niat sahaja tidak mencukupi sekiranya kesungguhan untuk berubah tidak dibajai dengan benih-benih ibadah kepada Allah.

The key to success


Good Intention + full effort = keredhaan Allah, insyaAllah....




Sampai sini jelah entri untuk kali ini. Semoga apa yang disampaikan mampu menjentik sedikit hati kita2 semua untuk sama2 berusaha menjadi hamba Allah yang diredhaiNya. Saya tinggalkan kalian semua dengan sedikit kata2 daripada Saidina Umar R.A:

Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu”

Exco Kepimpinan Dan Modal Insan
Persatuan Mahasiswa Hadhari
2014/2015