Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 8)
Siri:8
UBAT KHUSUS 'UJUB #3
Sebab Ke-Tiga penyakit 'ujub ialah, AKAL, KECERDIKAN, DAN KEBIJAKSANAAN,
dalam memahami kehalusan sesuatu perkara yang berkaitan dengan KEMASLAHATAN
AGAMA, dan KEMASLAHATAN DUNIA.
Maka ketakjuban spesis ini, lazimnya menatijahkan kesan yang
buruk, yang dari sudut lain, ia menjadi simptom bagi pesakit & doktor, sebagai
petanda bahawa sesungguhnya PEMILIK SIMPTOM TERSEBUT, SEDANG SAKIT!!!
Simptom-simptom yang Atok maksudkan itu ialah:
1. BERSENDIRIAN MENGELUARKAN PENDAPAT SERTA TIDAK MAHU
BERMESYUARAT.
2. MENGANGGAP JAHIL TERHADAP PIHAK LAIN YANG BERLAINAN
PENDAPAT.
4. KURANG MENDENGAR BICARA ILMU DARIPADA AHLUL ILMI,
BERPALING KERANA RASA SUDAH BERPADA DENGAN PENDAPAT DAN AKAL SENDIRI.
5. MEMPERLEKEH DAN MENGHINA AHLUL ILMI.
Maka UBATNYA:
1. BERSYUKUR - MENGIKTIRAF bahawa akal fikiran dan
kebijaksanaan adalah semata-mata KURNIAAN Allah 'Azza wa Jalla, MEMUJI Allah
Subhanahu wa Ta'āla, serta MEMELIHARANYA daripada perkara yang ditegah Allah.
2. BERFIKIR - Sakit sedikit sahaja, umpama dek tercucuk
duri, ataupun tergigit lidah, sudah menyebabkan BERLAKU PERUBAHAN TERHADAP AKAL
FIKIRANNYA, menjadi was-was atau gila seketika, sehingga ditertawakan, apatah
lagi sakit yang berat yang berpotensi menyebabkan HILANG INGATAN DAN GILA!
Seandainya kita 'ujub dengan akal fikiran sendiri, tidak bersyukur, maka TIDAK
AMAN LAH KITA DARIPADA DICABUT AKAL FIKIRAN! Lantaran hakikat ketetapan Tuhan,
bahawa setiap nikmat yang tidak disyukuri, pasti ditarik kembali!
3. MEMANDANG KERDIL AKAL & PENGETAHUAN SENDIRI - Yakni
dengan mengetahui, bahawa pengetahuan yang diberikan Allah 'Azza wa Jalla kepada
kita, hakikatnya AMAT SEDIKIT, walau seluas manapun pengetahuan itu! Dan
sesungguhnya, apa yang kita tak tahu, tapi orang lain tahu, sebenarnya, adalah
LEBIH BANYAK daripada apa yang kita tahu! Bagaimana pula dengan ilmu-ilmu yang
tidak pernah diberikan Allah kepada manusia???
4. MENTOHMAH AKAL SENDIRI - Dengan memandang kepada orang
bodoh yang kurang akal fikirannya, betapa takjubnya mereka dengan 'pandangan
bodoh' mereka itu, sedangkan mereka ditertawakan manusia! Maka TAKUTLAH KITA!
Jangan-jangan kita TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEREKA, SEDANGKAN KITA TIDAK
MENYEDARINYA! Dari kerana sesungguhnya, ORANG YANG KURANG AKALNYA, TIDAK
MENGETAHUI TENTANG KEKURANGAN ITU!
5. MENGETAHUI KADAR AKAL - Kenalilah diri dengan
menyelidiknya daripada orang lain, BUKAN daripada diri sendiri, dan daripada
musuh, BUKAN daripada teman-teman! Kerana lazimnya teman-teman hanya memuji,
maka pujian hanya menambahkan ketakjuban. Dan tiadalah pada sangkaan dirinya
melainkan YANG BAIK-BAIK SAHAJA. Sedangkan BARANGSIAPA YANG TIDAK MENYEDARI
TENTANG KEJAHILAN DIRINYA, MAKA MAKIN BERTAMBAHLAH KETAKJUBANNYA!
WaLlāhu A'lam.
Comments
Post a Comment