Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH), UiTM Shah Alam

Persatuan Mahasiswa Hadhari ditubuhkan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk menyampaikan informasi islam pada mahasiswa di alam kampus.

Sahabat Prihatin

Sahabat Prihatin merupakan satu program di bawah Persatuan Mahasiwa Hadhari UiTM Shah Alam dengan kerjasama Academy Contemporary Islamic Studies (ACIS). Program ini dijalankan sepanjang semester pada setiap hari Rabu.

Page Rasmi Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH)

Jangan lupa untuk like page rasmi PMH di Facebook untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang semester (^^,).

PMH Di Puncak Broga

Pada 07 Jun 2014 bersamaan 9 Syaaban 1435 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Pendakian Ke Puncak Impian iaitu Puncak Broga di Semenyih,Selangor.

Wednesday, 30 October 2013

::LEAD CAMP 2 dalam kenangan::

Alhamdulillah,kalam dibuka dengan segala pujian hanya untuk Allah.Dia yang memudahkan segala kesusahan,dengan rahmat dan kasih sayangNya kami berjaya menjalankan program LEAD CAMP 2.Pelbagai cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan program ini,tetapi dengan komitmen dan kesungguhan para peserta,menaikkan semangat kami untuk tidak berputus asa dan terus berusaha.

Para peserta diberi bekalan persiapan untuk menjadi da'i ummah,diharapkan segala input dapat dijadikan panduan dan rujukan apabila berada di medan sebenar kelak.

Penulis mewakili PMH ,mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Dasuqhi dan Ustaz Asyraff,dan kepada para peserta sekalian.Moga apa yang diperolehi dapat dikongsi bersama kawan-kawan dan teruskan gerak kerja anda bersama PMH.


                                        ::LEAD CAMP 2 DALAM KENANGAN::

Tuesday, 29 October 2013

Transformasi Program Islamik UiTM Shah Alam

UiTM Shah Alam kini semakin dibanjiri dengan program-program islamik yang berbentuk informasi forum dan pelbagai lagi.Sambutan masyarakat kampus terhadap program islamik semakin memberangsangkan.Ini dapat dibuktikan melalui kehadiran yang dicatat di setiap program.

 Pujian harus diberikan kepada pihak pentadbiran UiTM Shah Alam yang banyak menyokong pelaksanaan program bersiri islamik.Persatuan Mahasiswa Hadhari,Persatuan Taha UiTM,Sahabat Surau di Setiap kolej dan persatuan-persatuan yang lain banyak menganjurkan program islamik yang segar dan unik,dengan mejemput para pendakwah terkenal,artis-artis yang berhijrah dan banyak lagi kelainan yang dibawa untuk menjadikan program islamik mendapat tempat dihati mahasiswa.

Antara program islamik terdekat yang bakal mendapat sambutan yang hangat adalah :


"Sebelum aku berhijrah",anjuran kolej jati.Jika program-program berkenaan hijrah diri,artis selalu dipanggil,tetapi kali ini da'i Adibah Rozain bakal bergandingan dengan Ustaz Dasuki Rani yang pastinya membawa pembawakan yang baru dan para hadiran bakal mendapat info-info yang istimewa .Program ini bakal diterajui oleh mederator rahsia.Mahasiswa dijemput hadir,bagi mendapat ilmu dan merungkai siapakah mederator rahsia tersebut.The Mekanika & Qasidah Nur Mahabbah bakal mengadakan persembahan khas di program itu nanti.


Bersempena festival Femina kolej Mawar.Sebuah forum khas yang bertajuk "FORUM MAWAR BERDURI PESONA DICARI",bakal menemui anda,Imam Muda Najdi bakal berkolabrasi dengan 2 kuntum mawar berduri Ustazah Asmah Husin dan Syafiyah Abbas .
Siapakah 2 Mawar Berduri ini?..temui mereka pada forum khas di dataran kolej Mawar pada 31 oktober 8-10 mlm nanti.



::Mahasiswa Sokong Program Islamik!!::

Monday, 28 October 2013

The Mekanika VS Qasidah Nur Mahabbah

Uitm Shah Alam digegarkan dengan arus perubahan baru ,dimana 2 kumpulan muzik yang berlainan gengre membawa matlamat yang sama iaitu hiburan berbentuk islamik.

Qasidah Nur Mahabbah Taha,yang mempunyai trademark "Sebarkan Kasih Sayang",menampilkan musik dan persembahan yang bercirikan nasyid dan selawat.Apa yang menarik tentang Kumpulan ini adalah,ianya tertubuh dibawah Persatuan Taha UiTM,dimana persatuan yang juga menyediakan program-program berciri islamik seperti PMH.Kumpulan Qasidah Nur Mahabbah juga membuka keahlian kepada semua mahasiswa yang berminat.Latihan diberikan secara berkala kepada ahli-ahlinya.


Satu lagi Band Music yang membawa imej rock islamik,iaitu The Mekanika.Band ini beberapa kali pernah menjuarai pertandingan Battle of The Band di UiTM Shah Alam.Vokalis The Mekanika iaitu Azrul Faiz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sejarah PMH,beliau merupakan mantan presiden PMH pada sesi 2011-2012.Konsep muzik yang diketengahkan amat mementingkan mesej islamik,

Dua nafas baru arena musik di UiTM dijangka bakal membawa impak perubahan dan menarik minat mahasiswa ke arah mendekatkan diri dengan ajaran islam yang sebenar,disamping menyediakan hiburan berciri islamik sesuai dengan era sekarang.

Buat Persatuan-persatuan dalaman di UiTM atau mana-mana pihak yang berminat untuk menjemput mereka untuk persembahan boleh mendapatkan maklumat link di bawah:
https://www.facebook.com/pages/The-Mekanika/520665161360888
https://www.facebook.com/qasidahnurmahabbah


Thursday, 24 October 2013

Kisah Cinta Yang Indah

YA, INI KISAH CINTA YANG INDAH

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .



Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita bersama)


LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!

LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!!

"Lead Camp dan PMH berpisah tiada",inilah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan program tradisi PMH,jika sebelum ini program LEAD ini adalah SGC.Rahsia UKHUWAH PMH terletak istimewa pada program ini,kerana modul-modul yang mencabar dan luar biasa telah berjaya meninggalkan impak kepada peserta-peserta yang lepas.Pelbagai kenangan suka dan air mata bakal terjadi,

Peserta akan merasakan dan memahami apa erti sebenar ukhuwah yang dicanang-canangkan selama ini.Anda yang berkelapangan dijemput hadir.
IMPIANA COUNTRY RESORT bakal menjadi lokasi istimewa untuk sesi kali ini..

JUMPA ANDA DI SANA!!!

::Tips Qiamulail::


Assalamualaikum,,,

Di sini saya  ingin berkongsi dengan anda sedikit tips yang anda boleh lakukan ketika Qiamullail :

  • Bangun pagi, sapu muka dan berdoa.
  • Bersugi.
  • Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir.
                     Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim)
                     Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak."

 (Surah al-Isra' 17:79)

  • Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa.
  • Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa.
  • Merintih dan menangis di hadapan Allah.
  • Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah diisi dengan mambaca al-Quran dan berzikir.
  • Amalan tidak semestinya perlu banyak, yang penting istiqamah.
Harap anda dapat mengamalkan tips-tips yang telah diberi seperti di atas. Semoga kita dapat melakukan Qiamullail dengan lebih kerap dan khusyuk..

Wednesday, 23 October 2013

::Jalan Keluar Masalah::


Istighfar merupakan penutup amal saleh, penutup shalat, haji, puasa, dan juga penutup sesuatu majlis. Istighfar berfungsi untuk menutupi kekurangan-kekurangan yang diperbuat selama melaksanakan ibadah tersebut. Selain itu, istighfar juga sebagai penyebab utama mendapatkan ampunan Allah SWT.

Muhammad Shalih Al-Khuzaim dalam bukunya Shifat Shalat Qiyamullail, menjelaskan bahwa kemuliaan istighfar ke hadrat Illahi cukup bermakna.

Setiap Muslim hendaknya memperbanyakan istighfar dalam berbagai kesempatan yg ada. Seringkas ringkas nya ucaplah kita, Astaghfirullah, Rabbighfirli, Allahummaghfirli, dan yang lainnya. Melalui istighfar tersebut seseorang akan memperoleh banyak kerahmatan nya insya Allah.

Pertama, dihapus keburukan dan diangkat derajatnya. "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - An-Nisa' [4]: 110).

Kedua, dilapangkan rezeki, anak, harta, dan penyebab turunnya hujan bagi kita. "Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?" –surah Nuh [71]: 10-13).

Ketiga, ditambah kekuatannya. "Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atas mu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'." - surah Hud [11]: 52).

Keempat, dilenyapkan dosanya. Setiap dosa meninggalkan titik hitam pada hati. Noda hitam boleh dibersihkan dengan melakukan istighfar. "Sesungguhnya bila seorang Mukmin melakukan satu dosa, pada hatinya timbul satu titik hitam. Bila dia bertaubat, dan berhenti dari maksiat, dan beristighfar, nescaya dapat mengilapkan hatinya." (HR Ahmad).

Kelima, dimudahkan segala urusannya. "Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan, akan memberikan kebahagiaan dari setiap kesusahan, dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).

Untuk itu, ketahuilah, dalam sebuah atsar disebutkan bahwa, "Sesungguhnya Iblis pernah berkata: 'Aku membinasakan manusia dengan dosa, dan mereka membinasakanku dengan La Ilaha Illallah dan istighfar'." Wallahu a'lam.

::Tiada Duka Yang Abadi::

::Tiada duka yang abadi::

bukannya tanpa maksud apapun Allah menguji seorang hamba. bukan pula hanya untuk main-main atau bersandiwara jika Allah memberikan kenikmatan pada seorang hamba dan memberikan ujian berupa kesusahan hambanya yang lain.semua itu Allah tetapkan agar kita senantiasa ingat kepadaNya, tunduk patuh dan hanya bergantung padaNya saja.

kalimat ini hadir di dalam buku yang saya baca, tiba-tiba langsung membuat kilas balik apa  yang sudah difikirkan dan terucap di hati ini. Apa kalimat yang terlihat simple ini sudah benar2 terancap di hati?

semuanya yang Allah tetapkan itu baik, tidak ada satu pun ketetapan Allah yang salah.

taukah kawan, sering tergoda hati ini berbicara tentang keluhan, bantahan,kritikan bahkan penyesalan*. 
padahal sikap-sikap tadi hanya akan membuat hatimu bertambah sempit. sempitnya hati membuat perasaanmu tidak dapat bekerja lagi, mulanya perlahan-lahan tidak dapat bersyukur kemudian yang lebih parah akan membuatmu memungkiri nikmat Allah.
Naudzubillah....

Miskin, kekurangan harta, musibah, sakit dan apapun ujian lainnya juga merupakan bentuk ketetapan Allah yang memiliki hikmah yang sangat besar. sekalipun kehilangan orang tersayang,hilang tempat bergantung,gagal dalam perancangan.. teman..pasti ada semua kejadian itu ada hikmahnya.
bisa jadi saat ini kita saja yang belum paham makna hikmah di balik semua itu.


demikian juga bila Allah memberikan kepada kita kenikmatan dunia.
Apa yang menurut kita baik, belum tentu menurut Allah itu baik.
kita senang-senang saja hidup, keluarga,teman, tetangga seolah-olah baik-baik saja.
Allah membuka dunia dan menundukkan dunia di bawah telapak kaki kita, itu juga merupakan ujian. Apakah kita mampu menggunakannya dengan benar di jalanNya atau malah menggunakannya dalam maksiat kepada Nya.

jangan sampai yang menurut kita baik-baik saja itu
membuat kita lenggah.
seharusnya kita berfikir, apa Allah tidak memperhatikan kita?
kerana ujian datang untuk menguji sejauh mana ketebalan iman hambaNya.
seperti ujian tiap semester,kebanyakan dari kita pasti belajar jika ujian ingin datang.
lajaknya ujian, ujian yang di datangkan dari sang Maha PEmurah ini juga membuat kita BELAJAR dan BERFIKIR.

sekali lagi semua hal yang diberikanNya kepada kita mempunyai maksud dan tujuan tertentu.
:)

Tuesday, 22 October 2013

USTAZ DON::Cara Solat Sunat Dhuha dalam hutan.

cara solat dhuha dalam hutan....panduan buat kita jika ada perkhemahan dan sewaktu dengannya.

Mencari Sakinah

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah...

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana 
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat 
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud 
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar 
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!


[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal 
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah 

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil 
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga 
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Aku ingin Berubah


TIPS BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK :)

1) hati mau kuat, azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti mau semangat. macamana tuh? harus sedar diri betul2 nak berhijrah.tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macamni?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat2 tahi ayam, rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari dekat air bertakung. Kenapa..? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. kenapa..? hati kita Dia yang cipta kan? :) Allah suka hati-hati yang kembali kepadaNya.


2)Doa senjata mukmin.

Ini memang tak boleh tinggal. Doa itu SENJATA. masa sedih kita doa minta kekuatan, masa happy kita doa jd hamba bersyukur. Allah kan dah firman...

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. ibarat Diari kita nak luah dekat Allah.




3)Sahabat yang soleh

Kenapa..? bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua desekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik or setabah wonderpet mahupun yg hebat berpoket besar macam doremon. ckuplah dia mnunjukkan akhlak yg baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba2 nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?? :)

4)Tidak berkira2 atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

Memang kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student kena study, pekerja mmg kerja, tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dlm semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari2 majlis ilmu dlm masa2 terdekatAbang senior kbm saya pernah kata Kalau Taman2 Syurga di dunia pun kita xsudi pergi,(majlis ilmu) kenapa berangan2 untuk pergi ke Taman2 Syurga di akhirat nanti? Muhasabah.Kerana pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak2 mengalahkan badai ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi kaw2 lagi suasana, cari suntikan semangat, cari ilmu n info semasa. Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus Tanya bila? Dimana? Fees? Baru cek2 free x masa tu. Bukannya *umm, tengoklah dulu..’’ n diteruskan dengan alasan2 lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mgkin factor segan, x biasa, x berani, dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala faktor yg boleh menghalang. 



5) Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara!

Ada yang pernah mengadu dan meluahkan rasa hati.. “ana tidak punya sahabat soleh untuk bantu ana..ana hanya bergantung kepada internet, facebook.’’ Respon saya.. Ouh. Itu sebenarnya cukup bagus sahabat! Itu cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Itu suasana yang Allah nak bagi. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari2 menyelusup ke lubang2 cacing sekalipun, menggali2 sampai keletihan. Kerana Allah nak bg kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kan Rasul kita pernah kata ‘’Islam datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah org2 yang asing’’. Cari2 suasana dalam apa jua cara. Kalo dulu suka dengar korea apa kata tukaq dengar lagu nasyid mencari2 semangat dan pengajaran dalam tu. Cari suasana. Kalo dulu facebook asyik ckp pasal nak makan kat kfc, dan update hari nie aku saket, bubuh gambar muka pilih yg paling nmpak fotogenik ngan caption 'no edit',buka laman lain tengok 9gag je memanjang cr ilham nk troll org apakata pergi fanpage dakwah. Sana banyak je tarbiyah santai. Subscribe banyak2, so home anda xlah penuh ngan benda2 peliks.

6) Banyakkan bacaan2 ilmiah

Yang nie penting. Kenapa..? sbb awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah..’’ tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dh kena suh mmbaca. Takkan kita nie umat takmaksum tak nak baca pulak? Rajin2 kan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak save duit pun leh jenguk2 belog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan..,tinggal nak guna cara betul atau tidak. Awal kunci ilmu adalah baca..kalau ye pun tengah semangat nak beribadah kena cek jugak. Amal yang tiada ilmu adalah kosong. So dr ilmu kita leh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Cari jawapannya dlm pembacaan ilmiah




7) Tidak bertangguh

raaaaaamai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dh menangis2 nak taubat dan berubah, esoknya hidup dlm cara yang sama jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalo nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari nie taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dh start cari tudung nak test2 pakai. Baru berubah perlahan2 lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan x pernah bertangguh untuk hasut kita berkali2 untuk lupakan niat kita.syaitan x pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dh suci menangis airmata taubat, jangan bagi syaitan masuk line n buat macam tempat nie bapak dia punye. Ayuh lawan, hati kena kuat! go2!
Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Confident Allah bg kita hidup sampai tua..Lupakah kita..? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.




\8) Belajar dan mengajar

Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah n suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada org lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada org yang memerlukan sentuhan jiwa.Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang leh bawa masuk kubur x putus2. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatic akan teringin mengamalkan apa yg disampaikan dr lisan kita sdri. Disini juga kita leh bertemu manisnya berdakwah itu. Berjinak2 dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh!

9) Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku taknak jadi jahil..macam kawan2 aku..’’

Okay, kalo benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie, adalah begitu tidak nice sgt untuk mengatakan balik2 statement ‘’kawan aku jahat..aku nak jadi baik..’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita once kita dh terhijrah syurga tu komfom 100% kita akan dpt..? Dia yang memegang hati2 kita lebih tahu siapa yg terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu adalah Dia.Kita nie sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi. Menegaskan konsep ini berkali2 dalam hati anda, takut syaitan cucuk2 kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa itu boleh merosakkan amal2 kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia nie naik turun.kadang2 atas, kadang2 bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat2 kita.Kita x tahu esok, siapa sangka kwn kita tu lg better dr kita..?
10) ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama, dh tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama. Adapun yg sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia2kan suasana yg ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apaguna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yg diusahakan untuk mndapat syurga itu.Bak kata org, mana ada benda free dtg bergolek bro :)



POSITIFKAN YANG NEGATIF

InsyaAllah sama-sama kita amalkan dan mengingatkan antara satu sama lain. Mulakan hari inii!! Wassalam :)