Posts

Showing posts from March, 2020

HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 4 Syaaban 1441H | 29 March 2020 [ HUBUNGKAIT PENULARAN COVID-19 DENGAN IBADAH HAJI DAN SOLAT JUMAAT ] ﷽ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا Segala puji bagi Allah SWT pencipta segala yang wujud daripada tiada, yang mengeluarkan cahaya daripada kegelapan. Pengeluar daripada dada segala penyakit (Allah SWT lah yang menyembuhkan segala penyakit). Maka bersyukurlah di atas ujian yang diberi seperti mana kita mensyukuri atas segala nikmat yang diberi. Tidak dilupakan juga selawat dan salam atas junjungan kita Baginda nabi Muhammad ﷺ   sebagai penghormatan atas jasanya menyampaikan Islam kepada kita. ‘Jika ada yang bertanya, kenapa bila berlaku covid ini hanya masjid/sur

COVID-19 TANDA AKHIR ZAMAN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 22 Rejab 1441H | 17 March 2020 [ COVID-19, TANDA AKHIR ZAMAN] BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap umat Islam. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang pesan Rasulullah SAW. Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi. Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-pe