Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 16)


Siri:16

TAKBUR SEBAB KEKUATAN FIZIKAL
Serta Obatnyaaa

"Atok LEBIH KUAT daripada Yip Man! Kalau Yip Man boleh kalahkan seratus orang pendekar dalam masa sejam, Atok boleh tumpaskan seratus satu orang guru pendekar dalam masa 59 minit!"... Takbur sungguh Atok! Haram Tok! Maksiat Batin tu Tok! Dosa besar Tok, wajib segera taubat Tok!
Sebab yang ke-3 daripada TUJUH ASBAB TAKBUR, ialah kekuatan fizikal tubuh badan, juga termasuk kebolehan, kepakaran, kemahiran, kecekapan dan seumpamanya. Petikan dialog takbur Atok di atas, adalah contoh takbur sebab kuat & mahir berpencak silat. Namun bicara 'kekuatan' tidak terbatas setakat itu sahaja, bahkan melibatkan 'kemahiran' dalam pelbagai lapangan pekerjaan & perusahaan duniawi!

Maka seandainya kita memandang diri kita lebih kuat, atau lebih mahir, atau lebih cekap, atau lebih pandai bekerja bertukang, berkebun, berdagang, menjahit, daripada orang lain, dan memandang orang lain lebih lemah, kurang mahir, lembab, dan hina, sedangkan kita lupa kelebihan itu anugerah daripada Allah Ta'ālā serta tiada ketakutan terhadap kemungkinan hilangnya kelebihan tersebut, maka kita telah terjerumus ke lembah TAKBUR!

Maka obatnya ialah dengan MENGETAHUI & MEMIKIRKAN, tentang perkara yang boleh menjejaskan kekuatan dan kemahiran tersebut, seperti PENYAKIT, LUMPUH, dan seumpamanya. Fikrkan, andai terkehel atau terseliuh, yakni SATU HELAI URAT tangan kita tergelincir lari daripada posisi asalnya, maka SAKIT DAN LEMAHLAH tangan itu, langsung tak boleh buat kerja, jangankan nak angkat dumbell, nak gerak pun dah nangis! Amacam? Power sangat ke brader-brader sado bila dah kena slip-disc?

Fikir lagi, kalau ada SEEKOR LALAT YANG LEBIH HINA, hinggap dan mengambil secebis daripada makanan kita pun, kita tak dapat nak elak! Dan seandainya SEEKOR PIJAT masuk dalam lubang hidung, atau SEEKOR SEMUT BETINA masuk dalam lubang telinga, nescaya ia bisa membinasakan otak, bahkan boleh mengakibatkan kematian, sepertimana yang berlaku kepada Raja An-Namruz di zaman Baginda Nabi Ibrahim 'alaihi wa'ala Nabiyyina-s-solātu wa-s-salām. Hinanya Namruz bila mati dibunuh seekor nyamuk yang tempang!

Fikir lagi, kalau kaki TERPIJAK DURI, especially paku berkarat, na'uzu biLlah, maka sakit dan LEMAHLAH KAKI, tak boleh nak jalan, silap-silap masuk wad! Kena injection anti kancing gigi! Dan kalaulah kena DEMAM PANAS sehari semalam, HILANGLAH KEKUATAN, keupayaan & kepantasan yang dibangga-banggakan sepanjang tempoh sihat!

MAKA SESUNGGUHNYA, orang yang tidak berupaya mengelak dan menanggung kesakitan akibat terpijak duri yang kecil, tak mampu melawan si pijat yang kerdil daripada merosakkan otak, tak mampu juga mengelak atau menepis hinggapan si lalat yang lemah, demam panas dah melepet, pening kepala, sakit perut, sakit gigi tak tahan, TIDAK LAYAK BERSIFAT TAKBUR DENGAN KEKUATANNYA ITU!

Akhirnya, fikirkan, bahawa kekuatan manusia secara adatnya, tidak dapat mengatasi kekuatan KALDAI, atau LEMBU, atau UNTA, atau GAJAH! Maka di mana letaknya kebanggaan bagi manusia yang tewas dengan KEKUATAN BINATANG?

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

Dr. Ayman al-Akiti