Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 13)
Siri:13
UBAT KHUSUS 'UJUB #8
Malam ni, Atok nak bicara SEBAB PENYAKIT 'UJUB YANG
TERAKHIR, yang PALING BAHAYA serta PALING SUKAR DIUBATI! Sebab yang Atok
maksudkan itu ialah, PENDAPAT YANG SALAH!
Sesungguhnya, Allah Subhanahu wa Ta'āla Berfirman dalam
Surah Al-Kahfi, Ayat:103-104, ertinya; "Katakanlah (wahai Muhammad):
Mahukah Kami khabarkan kepada kamu, orang-orang yang paling rugi amal-amal
perbuatannya?" (103) "(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya
dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka MENYANGKA bahawa mereka SENTIASA
BETUL & BAIK pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104)
Sesungguhnya Baginda sallaLlāhu 'alaihi wa sallam, telah
mengkhabarkan kepada kita, bahawa 'ujub dengan pendapat yang salah, banyak
berlaku pada umat akhir zaman ini. Sedangkan dengan sebab demikianlah,
binasanya umat yang telah lalu, hingga membuatkan mereka berpecah-belah kepada
beberapa kelompok, masing-masing 'UJUB DENGAN PENDAPAT SENDIRI!
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Mukminun, Ayat:53,
ertinya, "Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka
kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada
sisi mereka."
Sekelian PELAKU BID'AH & KESESATAN dalam Agama, SENTIASA
DALAM 'UJUB! Ketakjubannya adalah dengan MENGIRA BAIK perkara-perkara yang
cenderung nafsu dan keinginan mereka kepadanya, serta menyangka keadaan mereka
itulah YANG SEBENAR! Rawatan 'ujub yang ini lebih sukar berbanding 'ujub yang
lain-lain, kerana mereka yang berpegang dengan pendapat yang salah, hakikatnya
mereka JAHIL TENTANG KESALAHANNYA! Kalaulah tahu, tentu ditinggalkannya
pendapat itu!
Tidak dapat hendak diubati penyakit yang tidak diketahui
penyakitnya. Dan padahal KEJAHILAN itulah sebenarnya PENYAKIT YANG TIDAK
DIKETAHUI SAKITNYA! Maka tersangat sukarlah hendak merawatnya! Hanya yang
'arif, mampu menjelaskan kepada yang jahil, tentang kejahilannya, sekaligus
menghilangkan kejahilan tersebut.
Pun demikian, seandainya setelah diberi penjelasan, si jahil
tetap 'ujub dan berdegil, tak mahu mendengar, sebaliknya mentohmah si arif,
maka sesungguhnya, dia telah ditimpa oleh Allah 'Azza wa Jalla, suatu bala
malapetaka yang membinasakannya! Sedangkan dia sebaliknya menyangka ianya suatu
nikmat. Maka bagaimana mungkin hendak diubati orang yang MENYANGKA SAKITNYA
ITU... SIHAT? Dan bagaimana mungkin dia bisa lari meninggalkan pendapat salah,
yang pada tanggapannya pendapat itu asbab kebahagiaannya dunia wal ākhirah?
Nah, inilah KESUKARAN RAWATANNYA!
Arwah Abah Kawan Atok (RahimahuLlāh) kato, "When the
dicease is severe, the remedial dosage must be mo powerful!" Maksudnya,
"Apabila PENYAKIT TERUK, maka DOS PEMULIHANNYA MESTI KUAT!". Maka
suatu RAWATAN RAPI sangat dihajati! Bagaimana? Apa penawarnya? Tunggu Atok
bicara pada SIRI:14, yang merupakan SIRI TERAKHIR, in Sya Allahu Ta'āla...
Soon... 'UJUB THE LAST MEDICINE!
Comments
Post a Comment