Posts

Showing posts from November, 2020

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA]   29 Rabiulawal 1442H | 15 November 2020   [ AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN ] Baru-baru ini, seluruh dunia telah hangat dihebohkan mengenai keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) kali ke-46 yang melibatkan dua calon dari dua parti yang berlainan iaitu Joe Biden dari parti Demokran dan Donald Trump dari parti Republikan. Pilihan raya yang agak kontroversi tersebut telah memperlihatkan persaingan yang sengit dari kedua-dua parti tersebut apabila seramai lebih 97 juta rakyat Amerika telah pun mengundi awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih calon presiden mereka. Menurut dari sumber Bernama (2020), seramai lebih 35 juta pengundi telah dirangkumkan dalam undian awal dan terdapat sebanyak 62 juta undi pos telah dikembalikan, dan angka tersebut telah mewakilkan sebanyak 71 peratus daripada jumlah undi dalam pilihan raya 2016. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah pengundi pada tahun

KITA MASIH BELUM MENANG

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA COVID-19] 24 Rabiulawal 1442H | 10 November 2020 [KITA MASIH BELUM MENANG] Pada 7 November 2020 yang lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis. Hal ini berikutan peningkatan kes yang mendadak. PKPB ini akan berlansung selama empat minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020. Seperti sedia maklum, Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19).  Apa yang kita patut tahu adalah COVID-19 menular daripada seorang kepada seorang yang lain menerusi rembesan pernafasan yang berada di udara apabila orang yang

PMH | NEWS #03: EDISI OKTOBER

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI SESI 20/21] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] 18 Rabiul Awal 1442H | 5 November 2020 [ PMH | NEWS #03: EDISI OKTOBER ]  Antara Info menarik yang terkandung ialah : 📝 Isu Penghinaan yang masih berterusan 📝 Tokoh Bulanan : Nabi Muhammad S.A.W 📝 Program Bulanan PMH Buletin pada edisi Oktober ini menyiarkan tentang isu semasa iaitu tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah mengancam kehormatan kepada agama Islam kerana telah menyokong perbuatan mengilustrasikan wajah baginda Rasulullah SAW. Beberapa siri protes telah dilakukan oleh negara majoritinya penduduk Islam sebagai tanda tidak setuju dengan perbuatan tersebut. Tokoh Islam pada bulan ini ialah Baginda Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W kerana beliau amat gigih dan sanggup berkorban tenaganya demi melebarkan syiar Islam sehingga sampai ke umat hari ini.  Program bulanan PMH juga telah terlaksana dengan syabasnya. Jadi, segala maklumat yang disampaikan ini harap berguna di samping dalam mengenang dan