Posts

Showing posts from May, 2019

MASJID UMAT ISLAM DIROBOH

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 20 Ramadhan 1440H | 25 Mei 2019 [Masjid Umat Islam Diroboh] Salah satu masjid di China dirobohkan oleh kerajaan China. Penduduk Islam disana tidak berani bersuara kerana dikatakan bahawa akan dikenakan tindakan keras kepada sesiapa yang melawan dan akan dimasukkan ke dalam kem-kem penjara mereka. Hari demi hari kita lihat umat Islam ditindas. Umpama orang yang lapar mengkerumuni hidangan yang sangat lazat. Benarlah sabdaan Rasulullah saw: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Alla

WAJIB KE PAKAI TUDUNG?

Image
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20] [EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI] [ISU SEMASA] 9 Ramadhan 1440H | 14 Mei 2019 [Wajib ke pakai tudung?] Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita mengambil mudah berkenaan dengan pemakaian tudung. Sehingga ada di antara kita yang sanggup menanggalkan tudung walaupun setelah sekian lama tudung itu disarung. Tahukah kalian berkenaan dengan tudung pernah termaktub di dalam Al-Quran? Jom sama-sama kita renungi ayat 31, Surah An-Nur. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA KE PARAS DADANYA  dan JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saud