Posts

Showing posts from 2013

20 Tips Menghadapi Ujian Untuk Siswa/Siswi muslim.

Image
Maha suci Allah yang telah memberikan kedamaian dan rahmat atas Rasul dan juga atas keluarga dan sahabatnya. Siswa/siswi Muslim menaruh kepercayaanya kepada Allah ketika menghadapi ujian di seluruh dunia, dan mengharap pertolongan-Nya . Rasulullah S.A.W bersabda : “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, meskipun keduanya baik. Berusaha untuk mencapai apa yang akan menguntungkanmu dan mencari bantuan dari Allah, dan jangan merasa tidak berdaya. “ (Sahih Muslim, Hadis no.2664) Diantara maksud sahih ini adalah : 1. Berdo’a kepada Allah sesuai yang dianjurkan oleh Islam. Contoh doa’nya adalah seperti ini “Rabbiy ishrah li sadri wa yassir li amri” artinya : Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan buatlah semua urusan mudah bagiku 2. Tidur lebih cepat agar keesokan harinya lebih segar dalam menghadapi ujian. 3. Menyiapkan semua peralatan yang diperlukan untuk ujian, seperti pena, penggaris , kalkulator dan jam tangan, karena persiapan yang matang

Nota untuk Exco Multimedia

Image
Assalamulaikum wbt,pertama-tama marilah kita meninggi kesyukuran kepada Allah,kerana dengan limpah kurnianya dapat kita mendengar,melihat,membaca dan hidup hingga ke saat ini,DAN SATU NIKMAT YANG TERBESAR YANG KITA TERIMA ADALAH NIKMAT IMAN DAN ISLAM :) dan bersama-sama kita sentiasa amalkan selawat keatas nabi,sebagai tanda cinta & rindu terhadap seorang hamba Allah yang sanggup berkorban untuk umatnya.. :) Nota istimewa ini saya tujukan khas untuk exco multimedia PMH yang akan datang,dan umumnya kepada para pembaca yang saya sayangi sekalian. CATATAN ISTIMEWA ini adalah berdasarkan pengalaman saya berkhidmat untuk PMH dan lain-lain persatuan.Apa yang saya harapkan untuk kita sama-sama mengambil berat akan kualiti publisiti,kerana untuk  MENARIK lebih ramai orang mendekati ISLAM.Hakikatnya manusia memang suka kepada seni dan keindahan :) Baik,saya akan catatkan dalam bentuk point supaya mudah untuk difahami :) 1.RESOLUTION saya sangat tekankan bab RESO ini untu kita

Kisah Kucing & Rasulullah SAW

Image
Kisah Kucing & Rasulullah SAW Tahukah anda bahwa kucing adalah binatang kesayangan Nabi? Tapi Nabi menyayangi semua binatang dan mereka semua diperlakukan mulia. Banyak kisah tentang kucing (kerana kucing memang binatang yang banyak berkeliaran disekitar manusia). Bahkan nabi juga memiliki kucing peliharaan Setiap kali Nabi menerima tamu di rumah, nabi SELALU menggendong mueeza (nama kucingnya) dan ditaruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka: 'Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya seperti mengikuti lantunan suara adzan' Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri. Lalu, pernah juga nabi ingin mengambil jubahnya, eh ada Muezza sedang tidur diatasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Saat Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih saya

Street Photography

Image
Assalamualaikum.. syukran pada sahabat2 atas sokongan kalian pada kami! *antara perkara menarik program Street Photography* 1) peserta mengambil gambar di spanjang route dari Tasik seksyen 2 ke Masjid Negeri 2) peserta dihidangkan dgn tazkirah di setiap checkpoint sebagai pengisian buat para peserta 3) mengeratkan hubungan sesama peserta serta hubungan dengan AJK2 PMH.. 4) hadiah disediakan buat pemenang hasil undian org ramai Teruskan bersama kami & nantikan program kami yang seterusnya! 

VCD Khas Grafik Designer

Image
Assalamulaikum wbt, PMH kembali melakukan anjakan paradigma dengan mengeluarkan produk terbaik untuk bakal GRAPHIC DESIGNER!!! Pengalaman mengajar kelas santai banyak menyedarkan saya tentang masalah-masalah yang dihadapi peserta,dan teknik-teknik penting yang perlu ada pada seseorang yang berani menceburi bidang grafik.       Masalah yang ketara dihadapi peserta adalah ,apabila habis mengikuti kursus multimedia,kecenderungan peserta untuk mempraktis ilmu dipelajari adalah kurang.Ini disebabkan atas beberapa faktor ,antaranya adalah kekangan masa dan tiada follow up dari apa yang dipelajari. Solusi untuk permasalahan tersebut adalah,peserta perlukan bekalan secukupnya apabila selesai menyertai kursus.Umpama memiliki pendrive ,kita boleh rujuk semula apa yang telah dipelajari apabila perlu dan mengikut kesesuaian masa kita. mungkin ada yang akan mengatakan: 1.Alorh,benda boleh cari sendiri boh..youtube banyak, internet kan ado.. jawapan saya: betul ,mmg boleh cari sendir

SELEMBAR BULU MATA

Image
        Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, " Saya yg memandangi ." Disusul oleh telinga, " Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan," Saya yang mencium ." Bibir mengaku, "

Nota Cinta untuk Allah

Image
Allah…. Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu, Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu. Allah… Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu, Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu. Allah… Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu, Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu, Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu. Allah… Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu, Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu? Suatu nota dari seorang aku, Yang hina lagi jahil malah kaku, Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu. Allah… Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu, Sudikah Kau membalasnya buat diriku? Sebuah nota pada seorang aku, Yang curang tak bererti lagi buntu, Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu. Allah… Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu, Tapi aku malah jadi tidak tahu, Mahu bermula dari mana, Mahu mengakhirkan bagaimana. Allah…

STREET PHOTOGRAPHY SEBUAH REVOLUSI

Image
Street Photography,merupakan sebuah program yang jarang sekali diadakan,namun tahukah anda?,street photography ini sangat terkenal di negara-negara maju di seluruh dunia seperti cina,amerika dan kebanyakan negara eropah.PMH mengambil pendekatan berani,mencuba sesuatu yang baru,dengan menganjurkan street photography bertemakan explorace+photo outing.Pendekatan ini diambil supaya memenuhi tuntutan dakwah,dengan memberi pengisian disetiap checkpoint yang disediakan.Pengangkutan peserta adalah bebas,anda disarankan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan feel program ini. Street Photography,merupakan keadaan seorang photographer mengambil gambar samada secara spontan,atau gambar yang dirancang,konsep  yang kami tekankan adalah supaya  peserta merasai kesyukuran hidup sebagai hamba Allah,dengan pelbagai nikmat dan keindahan yang  dapat dilihat disekeliling kita,segalanya dirangkum di bawah satu tema iaitu " A  Journey". Melalui sekeping gambar,para penonton yang melihat mampu

Koleksi Mutiara Kata Ayahanda-Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Image
::mutiara 1:: Assalamualaikum wbrt anak2 semua. Sedikit perkongsian : Pujangga Arab ada menyatakan bahawa, "bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." Manusia mempunyai pelbagai keinginan ketika hidup di dunia dan sudah pastinya kita ingin hidup kaya-raya, tetapi jangan kita lupa bahawa suatu hari kita akan meninggalkan dunia ini, adakah kita membawa bekalan yang cukup untuk akhirat? Anak2 semua, belajarlah bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia ini dan dalam masa yang sama jangan tinggalkan ilmu akhirat agar kita tidak menyesal dikemudian hari. ::mutiara 2:: Sedikit renungan pagi untuk tatapan bersama. "Ada kala ujian yang melanda bukan semata-mata untuk Allah melihat siapakah di dalam kalangan hamba Nya yang paling baik amalan. Tetapi juga untuk menguji sejauh dan sekuat mana iman kita pada Nya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak te

Gula & Senyuman

Image
Kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Sekarang giat kempen-kempen mengingatkan masyarakat di Malaysia khususnya untuk mengurangkan pengambilan gula dallm minuman atau masakan. Gula jika diambil berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya .Antaranya ialah Diabetes, kencing manis, sakit gigi, kegemukan dan yang sewaktu dgnnya... Kita selalu dengar orang kata kurangkan gula dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman Tapi apa sebenarnya yang cuba disampaikan dari ayat tersebut?Apakah dengan mengurangkan gula didalam minuman akan menambahkan manis dalam senyuman seseorang? Atau Harga senyuman itu dikira sama seperti harga gula? Mampukah kita mengukir senyuman tanpa perlu gula di mulut? Hahaha..bagi mereka yang tidak memahami kata-kata tersebut pasti akan keluar persoalan-persoalan seperti tadi.Atau mungkin yang lebih pelik lagi… Sebenarnya,apa yang penulis cuba sampaikan disini ialah saya melihat kata-kata ini dari 2 sudut yang berbeza:

Anda mencari U-Turn??

Image
Assalamulaikum wbt. Entri kali ini khusus untuk penggemar buku motivasi.Mungkin banyak sudah buku motivasi yang anda beli,tetapi saya tetap hendak berkongsi dengan anda semua sebuah buku motivasi yang sangat BEST!!. Iaitu "U-Turn ke Jalan Lurus".Buku motivasi karya Zul Ramli M Razali, Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul! Part favourite saya adalah Mutiara 31: Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup! Buku ini mampu membangunkan jiwa dan insya Allah memberi motivasi ke arah satu anjakan paradigma di dalam diri seseorang individu. Kisah-kisah yang dibawa dapat memberi kesedaran dan membuatk

::LEAD CAMP 2 dalam kenangan::

Image
Alhamdulillah,kalam dibuka dengan segala pujian hanya untuk Allah.Dia yang memudahkan segala kesusahan,dengan rahmat dan kasih sayangNya kami berjaya menjalankan program LEAD CAMP 2.Pelbagai cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan program ini,tetapi dengan komitmen dan kesungguhan para peserta,menaikkan semangat kami untuk tidak berputus asa dan terus berusaha. Para peserta diberi bekalan persiapan untuk menjadi da'i ummah,diharapkan segala input dapat dijadikan panduan dan rujukan apabila berada di medan sebenar kelak. Penulis mewakili PMH ,mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Dasuqhi dan Ustaz Asyraff,dan kepada para peserta sekalian.Moga apa yang diperolehi dapat dikongsi bersama kawan-kawan dan teruskan gerak kerja anda bersama PMH.                                         ::LEAD CAMP 2 DALAM KENANGAN::

Transformasi Program Islamik UiTM Shah Alam

Image
UiTM Shah Alam kini semakin dibanjiri dengan program-program islamik yang berbentuk informasi forum dan pelbagai lagi.Sambutan masyarakat kampus terhadap program islamik semakin memberangsangkan.Ini dapat dibuktikan melalui kehadiran yang dicatat di setiap program.  Pujian harus diberikan kepada pihak pentadbiran UiTM Shah Alam yang banyak menyokong pelaksanaan program bersiri islamik.Persatuan Mahasiswa Hadhari,Persatuan Taha UiTM,Sahabat Surau di Setiap kolej dan persatuan-persatuan yang lain banyak menganjurkan program islamik yang segar dan unik,dengan mejemput para pendakwah terkenal,artis-artis yang berhijrah dan banyak lagi kelainan yang dibawa untuk menjadikan program islamik mendapat tempat dihati mahasiswa. Antara program islamik terdekat yang bakal mendapat sambutan yang hangat adalah : "Sebelum aku berhijrah",anjuran kolej jati.Jika program-program berkenaan hijrah diri,artis selalu dipanggil,tetapi kali ini da'i Adibah Rozain bakal bergandingan denga

The Mekanika VS Qasidah Nur Mahabbah

Image
Uitm Shah Alam digegarkan dengan arus perubahan baru ,dimana 2 kumpulan muzik yang berlainan gengre membawa matlamat yang sama iaitu hiburan berbentuk islamik. Qasidah Nur Mahabbah Taha,yang mempunyai trademark "Sebarkan Kasih Sayang",menampilkan musik dan persembahan yang bercirikan nasyid dan selawat.Apa yang menarik tentang Kumpulan ini adalah,ianya tertubuh dibawah Persatuan Taha UiTM,dimana persatuan yang juga menyediakan program-program berciri islamik seperti PMH.Kumpulan Qasidah Nur Mahabbah juga membuka keahlian kepada semua mahasiswa yang berminat.Latihan diberikan secara berkala kepada ahli-ahlinya. Satu lagi Band Music yang membawa imej rock islamik,iaitu The Mekanika.Band ini beberapa kali pernah menjuarai pertandingan Battle of The Band di UiTM Shah Alam.Vokalis The Mekanika iaitu Azrul Faiz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sejarah PMH,beliau merupakan mantan presiden PMH pada sesi 2011-2012.Konsep muzik yang diketengahkan amat mementingkan mese

Kisah Cinta Yang Indah

YA, INI KISAH CINTA YANG INDAH Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras

LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!

Image
LEAD CAMP KEMBALI LAGI!!!! "Lead Camp dan PMH berpisah tiada",inilah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan program tradisi PMH,jika sebelum ini program LEAD ini adalah SGC.Rahsia UKHUWAH PMH terletak istimewa pada program ini,kerana modul-modul yang mencabar dan luar biasa telah berjaya meninggalkan impak kepada peserta-peserta yang lepas.Pelbagai kenangan suka dan air mata bakal terjadi, Peserta akan merasakan dan memahami apa erti sebenar ukhuwah yang dicanang-canangkan selama ini.Anda yang berkelapangan dijemput hadir. IMPIANA COUNTRY RESORT bakal menjadi lokasi istimewa untuk sesi kali ini.. JUMPA ANDA DI SANA!!!

::Tips Qiamulail::

Image
Assalamualaikum,,, Di sini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tips yang anda boleh lakukan ketika Qiamullail : Bangun pagi, sapu muka dan berdoa. Bersugi. Antara solat sunat yang boleh dikerjakanseperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, dan ditutup dengan solat sunat witir. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling baik dikerjakan selepas solat fardu ialah solat sunat tahajud pada waktu malam." (Riwayat Muslim) Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakan sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Allah membangkit dan menempatkan kamu di tempat terpuji pada hari akhirat kelak." (Surah al-Isra' 17:79) Memperbanyakkan istighfar dan berdoa kerana antara waktu yang mustajab berdoa. Sederhanakan suara ketika membaca bacaan dalam solat dan berdoa. Merintih dan

::Jalan Keluar Masalah::

Image
Istighfar merupakan penutup amal saleh, penutup shalat, haji, puasa, dan juga penutup sesuatu majlis. Istighfar berfungsi untuk menutupi kekurangan-kekurangan yang diperbuat selama melaksanakan ibadah tersebut. Selain itu, istighfar juga sebagai penyebab utama mendapatkan ampunan Allah SWT. Muhammad Shalih Al-Khuzaim dalam bukunya Shifat Shalat Qiyamullail, menjelaskan bahwa kemuliaan istighfar ke hadrat Illahi cukup bermakna. Setiap Muslim hendaknya memperbanyakan istighfar dalam berbagai kesempatan yg ada. Seringkas ringkas nya ucaplah kita, Astaghfirullah, Rabbighfirli, Allahummaghfirli, dan yang lainnya. Melalui istighfar tersebut seseorang akan memperoleh banyak kerahmatan nya insya Allah. Pertama, dihapus keburukan dan diangkat derajatnya. "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - An-Nisa' [4]: 110). Kedua, dilapangkan rezeki, anak, har

::Tiada Duka Yang Abadi::

Image
::Tiada duka yang abadi:: bukannya tanpa maksud apapun Allah menguji seorang hamba. bukan pula hanya untuk main-main atau bersandiwara jika Allah memberikan kenikmatan pada seorang hamba dan memberikan ujian berupa kesusahan hambanya yang lain.semua itu Allah tetapkan agar kita senantiasa ingat kepadaNya, tunduk patuh dan hanya bergantung padaNya saja. kalimat ini hadir di dalam buku yang saya baca, tiba-tiba langsung membuat kilas balik apa  yang sudah difikirkan dan terucap di hati ini. Apa kalimat yang terlihat simple ini sudah benar2 terancap di hati? semuanya yang Allah tetapkan itu baik, tidak ada satu pun ketetapan Allah yang salah. taukah kawan, sering tergoda hati ini berbicara tentang keluhan, bantahan,kritikan bahkan penyesalan*.  padahal sikap-sikap tadi hanya akan membuat hatimu bertambah sempit. sempitnya hati membuat perasaanmu tidak dapat bekerja lagi, mulanya perlahan-lahan tidak dapat bersyukur kemudian yang lebih parah akan membuatmu memungkiri nikmat Al

USTAZ DON::Cara Solat Sunat Dhuha dalam hutan.

Image
cara solat dhuha dalam hutan....panduan buat kita jika ada perkhemahan dan sewaktu dengannya.

Mencari Sakinah

Image
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah... Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini... merenung jauh mereka di sana  hidup penuh keseronokan dan kegembiraan... namun, kita masih tak sedar tentang hakikat  erti kebahagiaan yang sebenarnya... Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud  ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta... dengan faktor kekayaan... Walaupun itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak Bahkan ada oran