Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 19)
Siri:19
PERKARA KEDUA
SESUNGGUHNYA sifat takbur, tidak layak melainkan hanya bagi
Allah 'Azza wa Jalla sahaja! Dan SESUNGGUHNYA jikalau takbur kita akan dimurkai
Allah! Dan SESUNGGUHNYA Allah kasih kita bersifat tawādhu', dan Allah berkata
kepada orang yang tawādhu', "Sesungguhnya, engkau ada kedudukan di sisi
Aku, SELAMA MANA engkau tidak memandang diri engkau berkedudukan di sisi Aku!
Akan tetapi, seandainya engkau memandang bahawa engkau ada kedudukan, maka,
engkau TIADA KEDUDUKAN DI SISI AKU!"
Seandainya kita benar-benar berilmu dan mengetahui tentang
perkara tersebut, nescaya kita akan bersungguh-sungguh menuntut kasih Allah,
dan benar-benar merendahkan diri, dan sedaya-upaya berusaha menghindari sifat
takbur. Inilah perkara yang boleh menghilangkan sifat takbur dari dalam hati
kita, samada kita benar-benar YAKIN atau sekadar MENYANGKA, bahawa kita ialah
ORANG 'ĀLIM YANG LANGSUNG TIDAK PERNAH BERDOSA!
KETAHUILAH! Sesungguhnya, orang yang telah maklum maksum
daripada dosa ialah para Anbiyak 'Alaihimus solātu was salām. Namun,
keseluruhan mereka bersifat tawādhu', tidak takbur. Kenapa? Kerana sesungguhnya
mereka benar-benar mengetahui hakikat bahawasanya, BARANGSIAPA MEREBUT SIFAT
KEBESARAN DARIPADA ALLAH 'AZZA WA JALLA, NESACAYA AKAN DIAZAB ALLAH DENGAN AZAB
YANG SANGAT PEDIH!
Malahan sebaliknya, mereka semua diperintahkan oleh Allah
'Azza wa Jalla supaya memandang kerdil diri mereka, hinggalah Allah SWT sendiri
yang berkenan memuliakan dan mengangkat kedudukan mereka, pada darjat tertinggi
berbanding sekelian mahluk lain. Maka tidak syak lagi, bahawa inilah sebab yang
mendorong, dan menjadikan mereka sebagai manusia yang paling bersifat tawādhu'.
Sebagai orang 'ālim, sememangnya mudah bersifat takbur,
lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang yang junior, jahil, fasik,
sesat, ahli bid'ah, dan juga orang kafir. Maka justeru tatkala itu,
bagaimanakah caranya untuk memelihara diri daripada takbur? Dan bagaimanakah
kaifiyyat untuk bersifat tawādhu'?
Maka, FIKIRKANLAH tentang AKHIR HAYAT KITA secara VICE
VERSA! Camno tu tok? Camni ha...
Bila pandang orang kafir, fikirkan, dia mungkin mendapat
hidayah dan berpeluang mati dalam Islam. Sedangkan kita walaupun Islam,
berkemungkinan murtad dan mati dalam kekafiran, NA'UZU BILLĀH! Jadi, tidak
layak kita meninggi diri kepadanya! Kerana ketinggian darjat yang hakiki adalah
di sisi Allah SWT! Manakala kemulian di dunia fana ini, boleh berubah sekelip
mata! Kalau nanti jadi isi neraka, ternyata darjat anjing dan babi lebih tinggi
di sisi Allah! Sedangkan kita tak sedar hakikat tersebut.
Berapa ramaikah orang yang telah memeluk islam, memandang
hina & mempersendakan Sayyidina Umar Al-Khattab RA yang tatkala itu masih
dalam kekufuran? Namun kemudian ternyata beliau direzekikan menjadi muslim, hingga
ditinggikan darjat beliau mengatasi sekelian muslimin bukan Nabi, kecuali
Sayyidina Abu Bakar Aś-Śiddiq RA!
Maka kesimpulannya, KESUDAHAN HAYAT kita TERLIPAT ERAT DALAM
LIPATAN RAHSIA ALLAH TA'ĀLA! Dan orang yang berakal sayugianya tidak menilik
pandang melainkan kepada KESUDAHAN! Dan sekelian kemuliaan sebenarnya kembali
kepada KESUDAHAN! Maka menjadi kewajiban ke atas setiap hamba, bahawa TIDAK
MEMANDANG HINA KEPADA SESIAPA PUN JUA!
Bersambung daaa...
Atok and Uwan nak poie kendughi haa.
Sobar lah yo!
Comments
Post a Comment