Posts

Showing posts from March, 2019

Chapter 6:Leadership Traits and Skills

Image
Learning Objectives After studying this chapter, you should be able to: ■ Understand how leader traits and skills are related to effective leadership. ■ Understand the types of research methods used to study leadership traits and skills. ■ Understand what traits and skills are most relevant for effective leadership. ■ Understand what traits and skills best predict success in a managerial career. ■ Understand how the relevance of a trait or skill depends on the situation. ■ Understand the limitations of the trait approach. Specific Traits Related to Leadership Effectiveness • High energy level and stress tolerance • Internal locus of control orientation • Emotional maturity • Personal integrity • Socialized power motivation • Moderately high achievement orientation • Moderately high self-confidence • Moderately low need for affiliation Three-factor Taxonomy of Broadly Defined Skills Technical Skills: Knowledge about methods, processes, procedu

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 21)

Siri:21 KEWARAKAN & AMAL IBADAH Sebab Takbur Terakhir & Obatnya Amal ibadah dan kewarakan boleh menjadi suatu MUSIBAH YANG AMAT BESAR ke atas orang yang beribadah dan orang yang warak, apabila ia menjadi sebab mereka bersifat takbur meninggi diri! Maka penawarnya ialah LAZIMKAN TAWĀDHU' KEPADA SEKALIAN HAMBA ALLAH! Tidak kiralah samada terhadap ORANG 'ALIM YANG JAHAT, atau ORANG JAHIL YANG TERSEMBUNYI JAHATNYA, ataupun ORANG JAHIL YANG NYATA KEJAHATANNYA! Rendahkanlah dirimu wahai ahli ibadah dan orang warak, kepada mereka semua! KETAHUILAH! Bahawa sesungguhnya, tidak patut seseorang ahli ibadah takbur terhadap ahli ilmu, walau bagaimana sekalipun keadaan mereka, samada baik atau sebaliknya. Kerana telah maklum, bahawasanya FADHILAT ILMU & AHLI ILMU, MENGATASI FADHILAT AHLI IBADAH! Maka seandainya seorang ahli ibadah berkata, "Kelebihan itu adalah bagi orang 'alim yang beramal dengan ilmunya, sedangkan si polan itu, orang 'alim yang ja

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 20)

Siri:20 Lagi Penawar Takbur Seandainya timbul persoalan, "Kita diperintahkan agar membenci orang yang kafir, munafiq, pelaku bid'ah dan juga pelaku maksiat, sebagai benci kerana Allah. Namun, beserta kebencian itu, kita juga diperintahkan agar tawadhu' pulak kepada mereka. Bukankah BENCI dan TAWĀDHU' itu saling berlawanan? Ketahuilah wahai orang yang bertanya! Bahawa sesungguhnya perkara ini telah menjadi KESAMARAN BAGI KEBANYAKAN MANUSIA! Lebih-lebih lagi apabila dicampur-adukkan antara MARAH KERANA ALLAH dengan TAKBUR, 'UJUB, IDLĀL yang disebabkan oleh ILMU dan KEWARAKAN! Berapa ramaikah ahli ibadah yang jahil, dan ahli ilmu yang tertipu daya, tatkala melihat orang fasiq datang menghampirinya, lalu dia bangkit berdiri dan menjauhkan diri dengan penuh takbur dalam hati, dan menyangka bahawa perlakuannya itu sebagai MARAH KERANA ALLAH? Demikian itu terjadi lantaran, takbur terhadap orang yang mentaati Allah, kejahatannya NYATA! Maka bisa dijauhi

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Sambungan Siri 19)

(Sambungan siri:19) Hidup kita di dunia ini akan berakhir dengan MATI! Kematian pula samada MATI BAIK, ataupun MATI TIDAK BAIK, na'uzu biLlāh! Mati tidak baik pula, samada mati dalam keadaan KAFIR, maka kekal lah dalam neraka selamanya, atau dalam keadaan FĀSIQ, maka melayakkan azab seksa untuk suatu jangkamasa! Dua-dua pun taknak! Bila kita akan Mati? tak tahu! Bagaimana keadaan kita mati? tak tahu! Kesudahan kita di akhirat nanti? pun tak tahu! Maka, kerana inilah, menjadi KEWAJIBAN SEPANJANG HAYAT ke atas kita semua, supaya TIDAK TAKBUR KEPADA SESEORANG PUN! Maka jika kita memandang kepada orang jahil, katakan pada diri kita sendiri, "Si jahil ini, buat dosa dalam keadaan dia tak tahu. Sedangkan aku buat dosa dalam keadaan 'ālim! Maka dia lebih diuzurkan Tuhan berbanding aku!" Dan jika memandang pula kepada orang 'ālim, katakan pada diri sendiri, "Dia ini sesungguhnya mengetahui apa yang aku tidak tahu, maka mana sama taraf aku dengannya!

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 19)

Siri:19 PERKARA KEDUA SESUNGGUHNYA sifat takbur, tidak layak melainkan hanya bagi Allah 'Azza wa Jalla sahaja! Dan SESUNGGUHNYA jikalau takbur kita akan dimurkai Allah! Dan SESUNGGUHNYA Allah kasih kita bersifat tawādhu', dan Allah berkata kepada orang yang tawādhu', "Sesungguhnya, engkau ada kedudukan di sisi Aku, SELAMA MANA engkau tidak memandang diri engkau berkedudukan di sisi Aku! Akan tetapi, seandainya engkau memandang bahawa engkau ada kedudukan, maka, engkau TIADA KEDUDUKAN DI SISI AKU!" Seandainya kita benar-benar berilmu dan mengetahui tentang perkara tersebut, nescaya kita akan bersungguh-sungguh menuntut kasih Allah, dan benar-benar merendahkan diri, dan sedaya-upaya berusaha menghindari sifat takbur. Inilah perkara yang boleh menghilangkan sifat takbur dari dalam hati kita, samada kita benar-benar YAKIN atau sekadar MENYANGKA, bahawa kita ialah ORANG 'ĀLIM YANG LANGSUNG TIDAK PERNAH BERDOSA! KETAHUILAH! Sesungguhnya, orang yang

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 18)

Siri:18 UBAT TAKBUR SEBAB BERILMU Takbur yang berpunca daripada Ilmu Pengetahuan, adalah merupakan pembinasa jiwa yang PALING BAHAYA, sakit yang PALING KRONIK, dan penyakit yang PALING SUKAR DIUBATI! Tiada jalan lain bagi merawatinya, melainkan terpaksa menempuh pelbagai kesusahan, serta sangat berhajat kepada kesungguhan yang berterusan. Ini adalah kerana ilmu SANGAT BESAR nilainya di sisi Allah, dan di sisi manusia! LEBIH BESAR berbanding harta-benda, kecantikan dan selainnya. Bahkan harta-benda dan kecantikan tiada nilainya langsung, melainkan jikalau DISERTAKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN! Ilmu yang dimaksudkan itu ialah, Ilmu Mengenal Allah 'Azza wa Jalla, Tanda-tanda KebesaranNya, Sifat-sifat ZatNya, Perbuatan-perbuatanNya terhadap hamba dan makhluk ciptaanNya, Nama-namaNya, juga ilmu tentang keadaan dan kelakuan hati, apa yang memudharatkannya dan apa yang bermanfaat buatnya. Maka orang yang mengetahui pengetahuan tersebut dinamakan sebagai AL-'ĀLIM. Dan orang y

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 17)

Siri:17 Penyakit: TAKBUR Sebab: BANYAK HARTA & RAMAI PENGIKUT Perkara ke-4 dan ke-5 yang menjadi sebab seseorang bersifat takbur, ialah KAYA HARTA BENDA dan RAMAI PENGIKUT & PEMBANTU. Kedua-kedua sebab takbur ini, adalah FAKTOR ASING daripada diri insan, berbanding dengan tiga sebab takbur yang lalu, iaitu Keturunan, Kecantikan & Kekuatan, yang merupakan FAKTOR DIRI insan itu sendiri. Ketakburan yang terjadi daripada dua sebab ini, adalah lebih keji berbanding yang sebelumnya. Kerana pentakburnya berbangga dengan KEMULIAAN YANG AMAT RAPUH! Pentakbur sebab KAYA dan RAMAI PENGIKUT, andai lenyap harta bendanya, atau berpaling hati para pengikutnya, HINALAH DIA DI SISI MANUSIA! Dan kalau kekal harta bendanya dan tidak beranjak pengikutnya sekalipun, DIA TETAP AKAN MAMPUS! Mana Namruz? Mana Qoorun? Mana Fir'aun? Mana Mayer Amschel Rothschild? Semua pentakbur yang takburnya berpunca daripada faktor luaran dirinya, sebenarnya adalah orang yang JAHIL LUARAN

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 16)

Siri:16 TAKBUR SEBAB KEKUATAN FIZIKAL Serta Obatnyaaa "Atok LEBIH KUAT daripada Yip Man! Kalau Yip Man boleh kalahkan seratus orang pendekar dalam masa sejam, Atok boleh tumpaskan seratus satu orang guru pendekar dalam masa 59 minit!"... Takbur sungguh Atok! Haram Tok! Maksiat Batin tu Tok! Dosa besar Tok, wajib segera taubat Tok! Sebab yang ke-3 daripada TUJUH ASBAB TAKBUR, ialah kekuatan fizikal tubuh badan, juga termasuk kebolehan, kepakaran, kemahiran, kecekapan dan seumpamanya. Petikan dialog takbur Atok di atas, adalah contoh takbur sebab kuat & mahir berpencak silat. Namun bicara 'kekuatan' tidak terbatas setakat itu sahaja, bahkan melibatkan 'kemahiran' dalam pelbagai lapangan pekerjaan & perusahaan duniawi! Maka seandainya kita memandang diri kita lebih kuat, atau lebih mahir, atau lebih cekap, atau lebih pandai bekerja bertukang, berkebun, berdagang, menjahit, daripada orang lain, dan memandang orang lain lebih lemah, kurang m

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 15)

Siri:15 TAKBUR SEBAB CANTIK Dan Ubatnya Orang yang cantik, jikalau tidak memandang kecantikannya itu anugerah ciptaan Allah SWT, dan tidak berfikir bahawa kecantikannya itu boleh binasa, dan memandang bahawa dirinya lebih cantik berbanding orang lain, dan memandang hina kepada yang kurang atau yang tidak cantik, maka tatkala itu, kecantikan paras rupanya itu, telah menjadi sebab dia TAKBUR! Ubatnya ialah, PANDANGLAH BAHAGIAN DALAMAN BADAN dengan pandangan yang waras, jangan hanya memandang rupa luaran sahaja! Apabila dipandang dengan teliti, apa yang ada di dalam usus perut, saluran darah, rongga tekak, hidung, mata & telinga, pasti akan didapati KEAIBAN yang bisa mengeruhkan kebanggaan terhadap kecantikan luaran! Kerana sesungguhnya, setiap satu anggota tersebut, masing-masing ada KEKOTORAN TERSENDIRI. LIHATLAH! TAHI dalam perut, KENCING dalam pundi kencing, HINGUS dalam hidung, KAHAK dalam tekak, TAHI TELINGA dalam telinga, DARAH dalam urat darah, DANUR di baw

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 14)

Siri:14 (Ubat Khusus) TAKBUR SEBAB KETURUNAN Sesungguhnya KESEMPURNAAN HAKIKI adalah kesempurnaan yang tidak binasa selepas mati! Manakala segala kesempurnaan yang binasa selepas kematian, hanyalah KESEMPURNAAN WAHMI, yakni disangka sempurna, tapi sebenarnya tak sempurna! Sesungguhnya ILMU & AMAL, adalah kesempurnaan yang HAKIKI, manakala KETURUNAN MULIA, KECANTIKAN PARAS RUPA, KEKUATAN & KEKUASAAN FIZIKAL, KEKAYAAN HARTA BENDA, PENGARUH & PENGIKUT YANG RAMAI, semuanya hanyalah kesempurnaan WAHMI. Dan sesungguhnya samada HAKIKI mahupun WAHMI, dengan kata lain, samada 'benar-benar sempurna' atau 'perasan sempurna', kedua-duanya berpotensi menyebabkan manusia 'ujub dan takbur! Maka bagi setiap sebab tersebut, ada UBAT KHAS untuk merawatnya. Maka takbur yang disebabkan oleh BERKETURUNAN MULIA, seperti berketurunan Para Nabi AS, Para Wali, Alim Ulama, Bangsawan, Pemimpin Masyarakat, maka ubatnya, hendaklah pentakbur tersebut mengetahu

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 13)

Siri:13 UBAT KHUSUS 'UJUB #8 Malam ni, Atok nak bicara SEBAB PENYAKIT 'UJUB YANG TERAKHIR, yang PALING BAHAYA serta PALING SUKAR DIUBATI! Sebab yang Atok maksudkan itu ialah, PENDAPAT YANG SALAH! Sesungguhnya, Allah Subhanahu wa Ta'āla Berfirman dalam Surah Al-Kahfi, Ayat:103-104, ertinya; "Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu, orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?" (103) "(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka MENYANGKA bahawa mereka SENTIASA BETUL & BAIK pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104) Sesungguhnya Baginda sallaLlāhu 'alaihi wa sallam, telah mengkhabarkan kepada kita, bahawa 'ujub dengan pendapat yang salah, banyak berlaku pada umat akhir zaman ini. Sedangkan dengan sebab demikianlah, binasanya umat yang telah lalu, hingga membuatkan mereka berpecah-belah kepada beberapa kelompok, masing-masing 'UJUB DENGAN P

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 12)

Siri:12 UBAT KHUSUS 'UJUB #7 Sebab penyakit 'ujub yang Ke-Tujuh ialah HARTA BENDA! Maka 'ujubnya berlaku dengan kita merasa KAGUM dengan harta-benda yang kita miliki, samada melalui usaha sendiri, beli, orang bagi, pusaka diwarisi atau pelbagai jalan pemilikan lain lagi, dan TIDAK TAKUT luput, hilang, dicuri, dirampas, atau binasa, serta LUPA MENYANDARKAN HAKIKAT bahawa semua harta-benda itu adalah nikmat ANUGERAH ALLAH 'AZZA WA JALLA semata-mata! Maka UBATNYA ialah; 1. FIKIR TENTANG KEBINASAANNYA. Semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'āla pasti akan binasa, kecuali yang dikecualikan daripada kebinasaan, seperti 'Arasy, Kursiyy, Luh Mahfuz, Qolam, Syurga, Neraka, Jasad Para Anbiya, Jasad Syuhada @ Awliya, sekalian roh, dan 'Ajbuz Zanab (śulbi @ coxtail bone). Maka selain tersebut, termasuk segala harta-benda yang kita miliki itu, pasti akan menempuh saat kebinasaannya. Andainya belum binasa pun, tidak mustahil boleh hilang pemilikan, baran

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 11)

Siri:11 UBAT KHUSUS 'UJUB #6 AlhamduLillah, setakat ini, Atok dah nyatakan LIMA SEBAB KHUSUS PENYAKIT 'UJUB. In sya Allah, TIGA SEBAB lagi menyusul bicaranya. Namun ketahuilah, walaupun sebab penyakit berbeza-beza, namun PENYAKITNYA SATU SAHAJA, iaitu 'UJUB, yakni perasaan KAGUM & BANGGA dengan nikmat, serta TIDAK TAKUT kehilangan nikmat tersebut, dan LUPA menyandarkan nikmat kepada PEMBERI NIKMAT! Antara anugerah nikmat Allah terhadap hambanya, berupa RAMAINYA BILANGAN ANAK-PINAK, KHADAM & BUDAK SURUHAN, SANAK SAUDARA, KAUM KERABAT, PENYOKONG & PENGIKUT. Akibat KAGUM, TAK TAKUT HILANG, dan LUPA PEMBERI NIKMAT, maka jadilah nikmat RAMAI tersebut sebagai SEBAB KHUSUS KE-ENAM penyakit 'ujub. Allah 'Azza wa Jalla, sesungguhnya berfirman menghikayatkan beberapa kisah 'ujub disebabkan RAMAI BILANGAN TERSEBUT, pada beberapa ayat di dalam Al-Quran. Antaranya, Surah As-Saba, Petikan Ayat:35, ertinya; "Dan mereka (yakni orang-orang yang

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 10)

Siri:10 UBAT KHUSUS 'UJUB #5 Sebab penyakit 'ujub Yang Ke-Lima ialah, BERKETURUNAN RAJA @ PEMERINTAH YANG ZALIM & PARA PEMBESARNYA. Barangkali ada di kalangan kita, berketurunan Raja, Sultan, ataupun Para Pemerintah yang zalim, maka kita sedang berhadap dengan ANCAMAN 'UJUB!! Jaga-jaga!! Jangan lalai!! Terlebih dahulu penting kita paham makna zalim, supaya tak tersalah paham! Zalim di sini, merujuk kepada pengertian, "Orang yang melakukan dosa besar walaupun sekali serta tidak bertaubat, atau berterusa-terusan melakukan dosa kecil, serta tidak menang kebaikannya berbanding kejahatannya." Lawannya ialah 'Adil. Maka kampilkan definisi tersebut dengan Raja @ Pemerintah, kemudian kaitkan dengan keturunan, dan kembali kepada topik asal! Baik, andai kita berketurunan Raja @ Pemerintah yang zalim, ketakjuban dan kebanggaan kita terhadap Kerajaan & Pemerintahan mereka yang zalim itu, adalah merupakan PENGHUJUNG KEJAHILAN!! Maka UBATNYA iala

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 9)

Siri:9 UBAT KHUSUS 'UJUB #4 Punca khusus penyakit 'ujub Yang Ke-Empat ialah, BERKETURUNAN MULIA, yakni nasab yang berhubung sehingga ke hadrat Nabi SallaLlāhu 'alaihi wasallam. Memang tidak dinafikan bahawa dari sudut keturunan, keturunan Baginda SallaLlāhu 'alaihi wasallam lah yang paling mulia, serta yang paling layak menjadi pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara. Namun, ia BISA MENYEBABKAN 'UJUB! Sepertimana telah berlaku ketakjuban beberapa golongan Al-Hāsyimi. Sehinggakan ada sebahagian mereka yang menyangka bahawa, mereka MERDEKA DARIPADA SEKSA API NERAKA, dengan sebab KEMULIAAN NASAB, dan KELEPASAN BAGINDA SAW DARIPADA DOSA & NERAKA. Dan sebahagian mereka yang lain pula, ada yang berkhayal, bahawa semua manusia adalah tertakluk DIBAWAH PENGUASAAN & PERHAMBAAN MEREKA! Maka UBATNYA ialah, MENGETAHUI bahawa sesungguhnya, bilamana mereka menyongsangi keturunan mereka yang mulia-mulia, pada perilaku perbuatan dan akhlak mereka, dan men

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 8)

Siri:8 UBAT KHUSUS 'UJUB #3 Sebab Ke-Tiga penyakit 'ujub ialah, AKAL, KECERDIKAN, DAN KEBIJAKSANAAN, dalam memahami kehalusan sesuatu perkara yang berkaitan dengan KEMASLAHATAN AGAMA, dan KEMASLAHATAN DUNIA. Maka ketakjuban spesis ini, lazimnya menatijahkan kesan yang buruk, yang dari sudut lain, ia menjadi simptom bagi pesakit & doktor, sebagai petanda bahawa sesungguhnya PEMILIK SIMPTOM TERSEBUT, SEDANG SAKIT!!! Simptom-simptom yang Atok maksudkan itu ialah: 1. BERSENDIRIAN MENGELUARKAN PENDAPAT SERTA TIDAK MAHU BERMESYUARAT. 2. MENGANGGAP JAHIL TERHADAP PIHAK LAIN YANG BERLAINAN PENDAPAT. 4. KURANG MENDENGAR BICARA ILMU DARIPADA AHLUL ILMI, BERPALING KERANA RASA SUDAH BERPADA DENGAN PENDAPAT DAN AKAL SENDIRI. 5. MEMPERLEKEH DAN MENGHINA AHLUL ILMI. Maka UBATNYA: 1. BERSYUKUR - MENGIKTIRAF bahawa akal fikiran dan kebijaksanaan adalah semata-mata KURNIAAN Allah 'Azza wa Jalla, MEMUJI Allah Subhanahu wa Ta'āla, serta MEMELIHARANYA dar

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 7)

Siri:7 UBAT KHUSUS 'UJUB #2 Perkara Ke-Dua yang menyebabkan penyakit 'ujub ialah, KEKUATAN FIZIKAL! Allāh 'Azza wa Jalla berfirman menghikayatkan tentang golongan yang 'ujub terhadap kekuatan diri sendiri, beberapa tempat dalam Al-Qurān. Antaranya, tentang kata-kata Kaum 'Aad dalam Surah Al-Fuśilāt, Petikan Ayat:15, ertinya; "...dan mereka berkata: "Siapakah yang lebih kuat daripada kami?" Apakah tidak mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka adalah lebih bersangatan kekuatanNya daripada mereka?..." 'Aad qabilah Arab yang awal, ialah kaum Nabi Hud Alaihis Salām. Adapun 'Aad yang akhir, mereka ialah kaum Bani Tamim yang memaksiatkan Allah, maka dihapuskan mereka itu oleh Allah satu-persatu! Pada ayat tersebut, dihikayatkan kisah ketakjuban seorang lelaki gagah perkasa, yang bernama 'Uuj. Dikatakan bahawa beliau lahir di rumah Nabi Adam Alaihis Salām, dan hidup sehingga zaman Nabi Musa Alaihis Salām

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 6)

Siri:6 'UJUB - UBAT KHUSUS Sebab-sebab penyakit 'ujub, ada LAPAN. Adakalanya sebab tersebut berbentuk IDHTHIRORIY yakni bukan pilihan & usaha hamba, dan adakalanya ia berbentuk IKHTIYĀRIY yakni pilihan & usaha hamba. Atok ulang sekali lagi ha yang lapan tu: 1. Kesihatan & Kecantikan tubuh badan 2. Kekuatan fizikal 3. Kecerdasan akal fikiran 4. Kemuliaan keturunan 5. Kerajaan & Pemerintahan zalim 6. Ramainya bilangan samada anak-pinak, khadam & orang suruhan, saudara-mara, kaum-kerabat, lebih-lebih lagi penyokong & pengikut 7. Harta-benda 8. Pendapat yang salah Setiap satu daripada sebab tersebut, ada UBAT KHUSUS yang berbeza-beza. Sekarang, bi'auniLlāh, Atok hendak memberikan PRESKRIPSINYA, satu-persatu. 1. PESAKIT 'UJUB TUBUH BADAN, lazimnya pesakit ini takjubkan kecantikannya, kesihatannya, keupayaannya, kesesuaian bentuknya, keelokan rupanya, dan kelunakan suaranya. Secara pukalnya, seluruh kejadian fizikalnya lah.

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 5)

Siri:5 'UJUB -PENAWAR UMUM Semalam Atok kata, 'UJUB adalah SAKIT JAHIL SEMATA-MATA. Dengan kata lain TAK TAHU atau TIDAK BERILMU. Maka penyakit TAKDA ILMU ini, tiada lain ubatnya melainkan dengan usaha menuntut cari ILMU PENGETAHUAN. Soalnya sekarang, apa YANG DIJAHILKAN?  Dan apa pula ILMU YANG MESTI DITUNTUTI? Baiklah, seperti yang telah Atok maklumkan, orang yang bersifat 'ujub, menganggap bahawa dirinya baik, mulia, sempurna, tanpa ada sebarang ketakutan terhadap luputnya kebaikan itu, serta lupa menyandarkan kebaikan tersebut kepada Allah 'Azza wa jalla. Nah, kat definisi ini ada pengertian tersirat, yang merupakan jawapan kepada persoalan tadi, iaitu, YANG DIJAHILKAN OLEH SI 'UJUB! Juga jawapan persoalan ILMU YANG MESTI DITUNTUT TAHU! PERTAMA, jahil tentang hakikat bahawa sesungguhnya ALLAH LAH YANG MENJADIKAN MAKHLUQ DAN SEGALA PERBUATAN MAKHLUQ. Maknanya, diri kita dan segala kebaikan kita, adalah semata-mata CIPTAAN ALLAH 'AZZA

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 4)

Siri:4 PENAWAR 'UJUB Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya, 'UJUB adalah salah satu daripada PENYAKIT BATIN yang AMAT MERBAHAYA! Sepertimana penyakit zohir berpotensi memudharatkan & membunuh JASAD, sedemikianlah potensi penyakit batin memudharatkan & mematikan HATI! Bahkan lebih dahsyat lagi! Maka sebagaimana kita wajib memelihara diri daripada penyakit zohir, demikianlah juga menjadi kewajiban kita memelihara hati daripada penyakit batin. Benarlah kaedah "mencegah lebih baik daripada mengubati". Namun seandainya kita telah dihinggapi penyakit, maka beralihlah kewajiban kepada MENGUBATI pula! Semua penyakit, lazimnya dirawat dengan UBATAN yang berupaya MELAWANI penyakit tersebut. Sedangkan setiap penyakit pula, ada SEBABNYA! Maka, secara umumnya kaedah rawatan bagi semua jenis penyakit, adalah dengan MELAWANI: 1. PENYAKIT DAN; 2. SEBAB-SEBAB PENYAKIT. Maka ketahuilah pula, bahawa penyakit 'ujub hakikatnya ialah SAKIT JAHIL SEMATA-

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 3)

Siri:3 LAGI HAKIKAT 'UJUB Seandainya kita menyandarkan nikmat kepada Allah Ta'alā, atau dengan kata lain, kita mengiktiraf bahawa segala kebaikan dan kelebihan diri, samada yang bercorak keagamaan mahupun keduniaan, adalah anugerah Allah semata-mata, tetapi di lubuk hati kita, ada memendam perasaan MULIA, atau berasa BERHAK DIPERMULIAKAN ALLAH, maka itu dinamakan AL-IDLĀL. AL-IDLĀL LEBIH DAHSYAT DARIPADA 'UJUB !!! Lantaran kerana ia adalah natijah daripada 'UJUB YANG MELAMPAU!!! Pun demikian, kedua-duanya adalah sifat yang DICELA OLEH ALLAH 'AZZA WA JALLA ! Haram, dosa besar, wajib pelihara diri daripada keduanya, dan wajib taubat jika bersifat dengan keduanya! Gambaran tentang Al-idlāl itu, bahawa kita BERHARAP dengan amal ta'at yang dikerjakan, kita dikurniakan KERAMAT atau PANGKAT KEMULIAAN DI DUNIA! Juga menuntut PENJAUHAN DARIPADA PERKARA YANG DIBENCI, sebagai suatu penjauhan yang LEBIH JAUH daripada apa yang sepatutnya berlaku pada orang-

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 2)

Dipetik dari Facebook Ustaz Hanif Mohammad Ramli Siri:2 HAKIKAT 'UJUB LAGI Semalam, Atok cakap, 'ujub ialah MENGKAGUMI sesuatu nikmat, dan berasa AMAN dengan nikmat tersebut, serta LUPA kepada PEMBERI NIKMAT. 'Ujub dengan definisi ini, adalah kembali kepada sifat diri yang DICELA ALLAH 'AZZA WA JALLA! Haram hukumnya! Dosa besar! Wajib hindarkan! Dan kalau dah terjebak, wajib taubat! Bagi menyempurnakan penggalian definisi seperti yang Atok janjikan semalam, beberapa terma perlu diberi perhatian; 1. KAGUM; perasaan amat tertarik, hairan dan takjub kepada sesuatu. Juga disebut megah, bangga ataupun yang seerti dengannya. 2. NIKMAT; samada nikmat KEAGAMAAN mahupun nikmat KEDUNIAAN. Nikmat keagamaan terbahagi dua, nikmat taufiq (pertolongan Tuhan) dan nikmat 'iśmah (pemeliharaan Tuhan). Nikmat keduniaan pun terbahagi dua, nikmat dapat manfaat, dan nikmat ditolak kemudharatan. Maka dalam kontek 'ujub, nikmat adalah perkara YANG DITAKJUBKAN. 3. TID

Perkongsian Asatizah: 'UJUB(Siri 1)

Dari Facebook Ust Hanif Mohammad Ramli Siri 1: HAKIKAT 'UJUB Secara ringkas dari sudut bahasa Arab, AL-'UJBU bererti KEKAGUMAN. Manakala dari sudut Syarak pula, 'ujub ialah, MENGKAGUMI sesuatu nikmat, dan berasa AMAN dengan nikmat tersebut, serta LUPA kepada PEMBERI NIKMAT. Contohnya: Kita rasa kagum @ bangga dengan sesuatu ibadah yang dikerjakan seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan lain-lain, tanpa rasa takut ibadah itu tidak diterima, atau hilang pada masa akan datang, dan tanpa melihat bahawa kita boleh beribadah itu adalah semata-mata hidayah & taufiq daripada Allah Ta'alā, bahkan merasakan diri sendiri bersifat mulia! Ataupun kita berasa kagum apabila tidak terlibat dengan perbuatan maksiat zohir mahupun batin, tanpa rasa takut kebarangkalian terlibat maksiat di masa depan, jua tanpa melihat ianya semata-mata pemeliharaan Allah Ta'alā ke atas diri kita, sebaliknya memandang mulia diri sendiri. Maka 'ujub dengan pengertian tersebut,