PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

 21 Zulhijjah 1440H | 22 Ogos 2019

[ PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK]



Malaysia sekarang sedang hangat berkenaan dengan isu Dr Zakir Naik  yang dihalau ke negara asalnya iaitu India. Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah bebas India yang terkenal dengan kepakarannya berkaitan perbandingan agama. Ceramah beliau sentiasa dipenuhi dengan lautan manusia dari pelbagai sudut samada dalam kalangan orang Islam sendiri atau sesiapa sahaja yang ingin mencari penjelasan berkenaan ajaran Islam.

Dengan izin Allah ceramahnya telah berjaya mengislamkan ramai orang, salah seorangnya adalah Senkiran Dharma yang merupakan penuntut UTeM(Universiti Teknikal Malaysia Melaka).

Berkenaan dengan tindakan untuk menghalau Dr Zakir Naik dari Malaysia telah menarik perhatian ramai pihak terutamanya pihak agamawan. Salah seorang yang telah memberi komentar berkenaan isu ini adalah Ustaz Ebit Lew yang juga merupakan penceramah yang bergiat aktif untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai termasuk bukan Islam.

Antara petikan yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew dalam laman Facebooknya adalah:
"Jadilah pembantu agama Allah. Kita terhutang budi padanya kerana beliau (Dr Zakir Naik) menjalankan dakwah Islam pada semua. Saya tak mampu buat sepertinya. Dakwah tanggungjawab kita semua. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan satu perintah Allah yang sangat besar. Kebaikan terbesar ialah Laa ilaha ilallah. Maksiat terbesar mensyirikkannya. Tidak kenal tuhan.
Ya Allah jagakanlah beliau(Dr Zakir Naik) dan keluarganya."

Seorang selebriti muallaf yang terkenal dengan nama Adam Corrie juga telah menyatakan ketidaksetujuan bagi menghalau sesiapa yang melaksanakan dakwah.

Antara petikan yang ditulis oleh Adam Corrie dalam laman Facebooknya adalah:
"Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.
Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah."

“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam)"(Surah At-Taubah, ayat 6)

Dalam ayat ini, menunjukkan salah satu sifat orang Islam iaitu memberi pertolongan kepada orang yang dianiaya. Ia adalah menurut perintah Allah kepada semua umat Islam, agar memberikan perlindungan kepada sesiapa sahaja yang meminta perlindungan akibat dizalimi tanpa mengira agamanya. Ayat Quran tersebut mengarahkan untuk memberi pertolongan terhadap musyrik. Sedemikian Allah perintahkan untuk diperlakukan terhadap orang musyrik yang dianiaya, bagaimana pula dengan seorang muslim yang dizalimi oleh pemerintah negaranya yang bukan Islam? Sudah pasti lebih lagi.

Dari An Nu’man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya” (HR Muslim)

1. Penulisan penuh Ustaz Ebit Lew
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2375944142523855&id=100003248760393
2. Penulisan penuh Adam Corrie
https://m.facebook.com/adamcorrieofficalpage/photos/a.376347104603/10157788384349604/?type=3

"PMH STAND WITH DR ZAKIR NAIK"

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Nor Zulaila Adira bt Azrul Hisyam

Setiausaha,
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN