WAJIB KE PAKAI TUDUNG?

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

9 Ramadhan 1440H | 14 Mei 2019

[Wajib ke pakai tudung?]

Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita mengambil mudah berkenaan dengan pemakaian tudung. Sehingga ada di antara kita yang sanggup menanggalkan tudung walaupun setelah sekian lama tudung itu disarung.

Tahukah kalian berkenaan dengan tudung pernah termaktub di dalam Al-Quran? Jom sama-sama kita renungi ayat 31, Surah An-Nur.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA KE PARAS DADANYA  dan JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Allah... Sungguh lengkap ayat al-Quran sehingga berkenaan dengan tudung pun Allah ada berfirman. Dalam ayat tersebut ada menyebutkan 2 perkara, iaitu:-

1. MELABUHKAN KAIN TUDUNG HINGGA KE PARAS DADANYA
2. JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA

Ayat tersebut menyatakan bahawa, bukanlah sekadar memakai tudung dengan ala kadar TETAPI memakai tudung dan melabuhkannya sehingga ke paras dada.

Selain itu, menutup aurat bukan sekadar memakai tudung tetapi perlulah disusuli dengan tidak memperlihatkan perhiasan tubuh dengan memakai pakaian yang longgar, tidak membalut dan tidak mendedahkan aurat.

Kesimpulannya adalah, sekadar memakai tudung tidaklah wajib tetapi yang  WAJIBNYA ADALAH MENUTUP AURAT.

Allah Ya Ghafur. Allah Maha Pengampun. Penghijrahan itu akan menghantarkan kita kepada jalan yang Allah redhai. In shaa Allah. Ayuh kita sahut cabaran Mizz Nina! Cabaran memakai tudung selama 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. Semoga Allah permudahkan. :)

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Nurin Batrisha binti Mohd Zulkifli
Nurul Awaatif binti Sharunudin

Sekretariat
Exco Penerangan dan Informasi
Persatuan Mahasiswa Hadhari 19/20

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN