MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

07 Safar 1441H | 06 Oktober 2019

[ MENYEMBAH ALLAH TETAPI 'MEMPERTUHANKAN' AKAL ]



Bila kita perkatakan bahawa kita merupakan umat Rasulullah SAW, maka kita perlu akui bahawa kita sedang berada pada zaman pengakhiran. Dunia bakal ketemu titik noktah. Lakaran kehidupan dunia kita akan terhenti dan bentangan amalan akan dilayarkan di akhirat kelak. Lupakah kita?

Mutakhir ini, berapa ramai kelompok manusia muslim hanya muslim pada nama tetapi perbuatan tidak melambangkan keluhuran ajaran Islam. Ajaran Islam dicampuradukkan dengan amalan bukan Islam. Hal ini kerana disebabkan penyakit LIBERAL. Ringkasnya, LIBERAL dapat diertikan dengan kebebasan. Iaitu, ‘kebebasan’ diri daripada sebarang ikatan keagamaan yang dikenali sebagai kefahaman LIBERAL. 

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran berkata, liberalisme membawa beberapa prinsip penting iaitu apabila diterjemahkan dalam sistem hidup manusia mereka membawa semangat persamaan, kesejagatan (universalisme) dan keragaman (pluralisme).

Liberalism dikaitkan dengan sifat rasional, bebas dan berfikiran terbuka sehingga menyebabkan golongan itu bebas menentukan sistem nilai terbaik buat diri mereka dengan menggunakan akal sebagai pertimbangan dan mengenepikan pertimbangan wahyu.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

وَلَتَسْلُكُنَّ طَرِيقَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَذْوَ الْقُذَّةِ بِالْقُذَّةِ ، وَحَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ ، لَا تُخْطِئُونَ طَرِيقَهُمْ

"Iaitu umat Islam terikut-ikut setapak demi setapak dengan apa yang dilakukan oleh generasi terdahulu, membebaskan diri mereka daripada ketetapan Islam dengan mencari beza supaya tidak kelihatan sama dengan Islam."

Dari sabdaan Rasulullah SAW di atas, dapat kita lihat bahawa apa yang berlaku pada era ini merupakan suatu perbuatan yang telah lama wujud sejak generasi terdahulu lagi. Liberalism ini merupakan ideologi yang menjahanamkan peradaban manusia. Titik tolak liberalism ini bermula sejak penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam AS ketika mana AZAZIL yang merupakan jin yang soleh menjadi rosak setelah mana menghidapi penyakit liberalism. Liberalnya Azazil apabila ia ‘membebaskan diri’ dari arahan Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam as. 

Antaranya apa yang dijelaskan di dalam Tafsir Ibn Kathir tentang kata-kata Iblis;

"Iblis berkata; Aku tidak mahu sujud padanya, aku lebih baik daripadanya, lebih berusia daripadanya, dan fizikalku lebih kuat daripadanya. Kamu (Allah) ciptakan aku daripada api, manakala Kamu ciptakan Adam daripada tanah. Iblis berkata; Sesungguhnya api itu lebih kuat daripada tanah."

Golongan liberalism ini melihat bahawa wanita tidak boleh dikongkong dan sebab itu mereka melihat perkahwinan sebagai satu kontrak (partnership). Apabila berkahwin, golongan itu mahukan hak persamaan iaitu kesamarataan jantina dan penghapusan kawalan terhadap individu. Dengan kefahaman ini, maka wujudlah Sister in Islam(SIS) yang merupakan suatu gerakan yang bersifat feminis iaitu memperjuangkan hak kewanitaan semata. Mereka punyai suatu sudut pandang bahawa sesuatu hukum yang ditetapkan kepada wanita dalam Islam merupakan suatu kezaliman dan penindasan terhadap mereka. Mereka tidak bersetuju dengan pembahagian faraid yang memberati golongan lelaki, mereka tidak setuju dengan hak penjatuhan talak daripada golongan lelaki, mereka membenarkan golongan wanita menjadi imam solat kepada golongan lelaki dan banyak lagi. SIS telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 17 Julai 2014.

Liberalism juga menyeru ke arah pembukaan pintu ijtihad, kefahaman Islam yang terbuka dan progresif. Antara tema dalam Islam liberal berdasarkan karya mereka ialah membawa idea seperti Islam ‘warna-warni’ iaitu Islam bukan satu dan mempunyai pelbagai tafsiran. Maka, tidak hairanlah wujudnya golongan Islam yang bersama-sama menyambut perayaan agama lain atas dasar keterbukaan agama yang difahami seperti yang berlaku di sebuah sekolah iaitu ritual angkat sumpah pengawas sekolah menggunakan lilin. Ritual tersebut melibatkan pelajar bukan Islam dan juga pelajar Islam. Penyalaan lilin dikaitkan dengan ritual keagamaan kristian yang merupakan simbolik dari doa tanpa kata, sebuah permohonan, sekaligus juga harapan dan syukur.

Doa orang kafir pada hakikatnya ia tidak mempunyai nilai di sisi Allah SWT berdasarkan firman-Nya:
وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ

Bermaksud:“Tiadalah doa dan ibadat orang kafir itu melainkan sia-sia sahaja.”
(Surah al-Ra’d: 14)

Menurut tafsir Imam al-Qurtubi, ayat ini membawa maksud bahawa ibadat orang kafir terhadap berhala-berhala itu tidak memberi apa-apa makna melainkan kesesatan kerana ianya syirik, dan dikatakan juga bahawa dengan doa itu hanya boleh menyesatkan lagi bahkan mereka sekali-kali tidak akan mendapati jalan keluar. Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-113 telah memutuskan larangan bagi orang Islam untuk melibatkan diri dalam majlis doa beramai-ramai yang dianjurkan oleh orang bukan Islam, atau dalam majlis yang dibacakan doa yang tidak difahami maksudnya, atas dasar sadd al-zara’i (menutup jalan-jalan kerosakan) untuk mengekang fahaman pluralisme agama yang bertentangan dengan kebanyakan agama-agama, dan mengekang penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai kesimpulan, sama-samalah kita teliti Surah Saba’, ayat 28:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةٗ لِّلنَّاسِ بَشِيرٗا وَنَذِيرٗا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

“Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan kepada seluruh umat manusia sebagai pembawa berita gembira (bagi orang yang beriman) dan sebagai pemberi peringatan (bagi orang durhaka/kafir), tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” 

Melalui ayat al-Quran di atas, Rahmatan lil alamin tidak berarti bebas tanpa batas, toleran tanpa batas dan aturan, damai tanpa dalil, dan sejenisnya. Itulah makna rahmatan lil alamin yang sebenarnya, mengandung dua sisi yang tak bisa ditinggalkan salah satu dari keduanya: kelembutan dan ketegasan.

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Nor Zulaila Adira bt Azrul Hisyam

Setiausaha,
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN