MASJID UMAT ISLAM DIROBOH

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]
20 Ramadhan 1440H | 25 Mei 2019
[Masjid Umat Islam Diroboh]

Salah satu masjid di China dirobohkan oleh kerajaan China. Penduduk Islam disana tidak berani bersuara kerana dikatakan bahawa akan dikenakan tindakan keras kepada sesiapa yang melawan dan akan dimasukkan ke dalam kem-kem penjara mereka.
Hari demi hari kita lihat umat Islam ditindas. Umpama orang yang lapar mengkerumuni hidangan yang sangat lazat. Benarlah sabdaan Rasulullah saw:
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah saw?" Nabi kita menjawab, "Cintakan pada dunia dan takut pada mati." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Umat Islam lemah. Anak muda hanyut dengan arus kemodenan. Akidah lemah, mudah dilonglaikan dengan serangan-serangan isme(pemikiran) moden. Lalai dengan hiburan yang melampau(hedonisme). Terbuai dalam sifat wahan. Tenggelam dalam mimpinya dunia dan lupa akan realitinya akhirat.
Masjid dikatakan rumah Allah. Suatu kepunyaan umat Islam yang patut dibanggakan. Tetapi, kini, dengan kesibukan yang ada, masjid dan surau sunyi sepi tiada pengunjung. Sibuk dengan harta. Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan belajar. Sibuk dengan keluarga. Sibuk dengan kesibukan sendiri. Hingga lupa 'rumah Allah' yang patut diimarahkan.
Wahai para pencinta agama, jangan biarkan masjid/surau kita sunyi tiada pengunjung. Menujulah ke masjid, solat tahiyyatul masjid, niat iktikaf dan duduklah sebentar untuk menikmati taman-taman syurga iaitu, majlis ilmu yang menjadi hidangan rohani. Sungguh, hal pertama yang dilakukan oleh Rasulullah saw setibanya di Madinah adalah dengan membinanya masjid yang diberi nama Masjid Quba'. Kerana... Masjid itulah pusat kesatuan umat Islam pada ketika itu.
Wahai musuh Islam, seberapa banyak mana sekalipun masjid kami yang kalian robohkan, iman kami, syahadah kami akan tetap tegak berdiri di dada-dada dan hati kami. Sungguh Islam itu adalah agama perdamaian. Bukan agama kekejaman yang kalian fikirkan.
Allah swt berfirman:
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (Surah As-Saff, ayat 8)
"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"
Disediakan oleh:
Nor Zulaila Adira bt Azrul Hisyam
Setiausaha,
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN