PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

02 Safar 1441H | 01 Oktober 2019

[PORNOGRAFI PUNCA BUDAK 4 TAHUN DINODAI MURID DARJAH 6?]


 "Two primary ways children and teenagers are exposed to pornography are either by
i) stumbling upon it by accident or
ii) hearing about it from a friend or family members."

2 July 2019, Malaysia digemparkan dengan satu isu budak 4 tahun yang menjadi mangsa kebuasan nafsu syahwat murid darjah 6. Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan jijik itu telah pun berlaku sebanyak 3 kali semenjak Ramadhan yang lalu. Isu sensasi ini telah memberi satu tamparan hebat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Masing-masing bertempik marah dan melontarkan segala kata-kata cacian terhadap kanak-kanak terbabit. Apatah lagi, apabila hasil siasatan mendapati punca berlakunya perbuatan itu adalah dek kerana ketagihan menonton video lucah menerusi telefon bimbit.

Oleh itu, kaitan kes rogol dengan isu tonton video lucah dalam kalangan kanak-kanak yang usianya baru umur setahun jagung, darah setampuk pinang ini tidak seharusnya dipandang remeh. Dalam satu kajian dijalankan Malaysians Against Pornography (MAP) pada 2018, kira-kira 80% kanak-kanak usia 10 tahun sehingga 17 tahun telah pun menonton video/filem porno.

Justeru itu, dalam dunia teknologi di hujung jari ini, apakah inisiatif yang harus segera Kita laksanakan dalam membanteras PORNOGRAFI dalam kalangan kanak-kanak? Ada segelintir ibu bapa yang menyekat penggunaan gadjet dan internet secara langsung daripada anak-anak mereka. Namun Saya yakin bahawa ini bukan lagi cara yang terbaik apatah lagi dalam era modenisasi ini. Maka, apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah dengan  membantu anak-anak supaya menjadi 'celik internet' agar mereka tidak terganggu dengan bahan-bahan porno atas talian. Ibu bapa boleh mengambil satu langkah ke hadapan iaitu dengan mewujudkan privacy function dalam akaun mereka untuk menghalang pencorobohan orang-orang yang tidak dikenali ke dalam akaun mereka.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memantau segala gerak geri anak-anak dalam media sosial serta dengan siapa mereka berkawan dan berinteraksi. Namun, apa yang paling penting adalah, ibu bapa sewajarnya menerapkan ilmu agama yang tinggi di dalam diri anak-anak mereka agar membentuk keperibadian umat Islam yang mantap seperi Rasulullah S.A.W.

Seterusnya, pihak berkuasa turut memainkan peranan dalam mengatasi isu ini. Salah satunya ialah, 'Cybersecurity Malaysia' seharusnya berganding bahu dengan badan NGO yang lain dalam menyekat penyularan video porno di Malaysia ini. Selain itu, Kementerian Pendidikan haruslah menganjurkan program 'Kesedaran Siber' dalam kalangan pelajar sekolah serta memberikan panduan dan cara yang betul dalam menggunakan teknologi.

Akhir sekali, masyarakat turut bertanggungjawab dalam mendidik anak muda kini agar menjauhi perbuatan itu iaitu dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Masyarakat seharusnya menjaga bahasa, serta perlakuan mereka di hadapan anak-anak muda ini.

Kesimpulanya, apa yang boleh kita rumuskan dari kes ini adalah sesungguhnya bukan sahaja kanak-kanak namun golongan remaja serta dewasa seharusnya menjauhi perbuatan terkutuk ini agar kes rogol bawah umur, pembuangan bayi, penceraian, sumbang mahram dan sebagainya dapat dibendung.

Tambahan pula,

Allah S.W.T telah pun berfirman dalam surah Al-An'am ayat 151,
"... dan janganlah kamu mendekati perbuatan keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi."

Maka di sini, Kita sudah sedia maklum bahawa segala perbuatan yang menuju ke arah zina merupakan perkara yang dilarang sama sekali di dalam Islam.

Mantan presiden Indonesia, Soekarno pernah berkata, beri aku 10 orang pemuda nescaya akan kugoncang dunia.

Subhanallah, bayangkan  anak-anak muda yang bakal penggoncang dunia ini separuh daripada mereka telah pun tertewas dahulu dengan nafsu dan bisikan syaitan. Seandainya kesemua golongan ini hanyut dengan nafsu haloba mereka, maka dengan siapa lagi kita boleh harapkan?

Fikir-fikirkanlah...

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

NUR AQILAH BINTI ISMAIL

Sekretariat Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN