ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

 09 SAFAR 1441H | 08 OKTOBER 2019

[ISLAMOPHOBIA MENEBAL, MASYARAKAT KESAL].



Islam opresses women!
Islam is barbaric!
Islam promotes narrow mindedness!

Sejak berabad lagi, isu Islamophobia merupakan satu isu yang tidak asing lagi dengan masyarakat seantero dunia ataupun dalam kata lain, komuniti global. Banyak tanggapan negatif dan impulsif yang dicanang oleh golongan Islamophobes ini. Antara isu yang dibangkitkan oleh golongan Islamophobes untuk mencalarkan dan mencemarkan reputasi dan imej baik agama Islam termasuk, Isu penindasan golongan wanita (equality), isu Islam agama keganasan (barbaric) dan juga isu Islam agama jumud dan tertutup ( narrow-mindedness). Dalam penulisan penuh ilmiah saya ini, saya akan meletakkan titik noktah pada argumentasi mereka (Islamophobes) dan akan kita telusuri serta dalami fakta fakta , dalil dan hadis yang jelas menunjukkan kemegahan Islam sebagai agama syumul, barakah wa rahmah yang melahirkan khairu ummah

"Islam agama yang menindas wanita!." Frasa popular ini seringkali menjadi frasa yang meniti dari bibir ke bibir golongan Islamophobes. Mereka menyatakan bahawa, Islam menindas wanita kerana Islam dilihat memberikan lebih banyak hak pada golongan adam berbanding golongan hawa. Mereka juga membuat satu tanggapan umum bahawa Islam merendahkan martabat  wanita. Jika kita lihat di dalam Al-Quran sendiri, terdapat banyak ayat ayat yang memfokuskan pada wanita dan kepentingan mereka. Jika benar Islam agama yang menindas wanita, mengapakah wujudnya pelbagai ayat ayat Alquran yang memfokuskan pada kepentingan menghormati wanita. Sebagai contoh, Allah SWT ada berfirman

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَحِلُّ لَـكُمْ اَنْ تَرِثُوا النِّسَآءَ كَرْهًا ۗ وَلَا تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka)

(QS. An-Nisa' 4: Ayat 19)


Selain itu, ada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]

 Jika kita lihat dari sudut sirah pula, sebelum kedatangan Islam ke tanah arab, wanita ditindas dengan begitu teruk sekali oleh masyarakat arab jahiliah dan wanita dilihat sebagai golongan yang tidak mempunyai nilai langsung di mata mereka. Kaum wanita dirogol, diseksa dan dibunuh serta dilihat sebagai sebuah objek sahaja yang boleh digunakan dan diperkotak katikkan. Bayi perempuan juga ditanaman secara hidup hidup.  Namun, sinar Islam datang dan segalanya berubah menjadi lebih baik. Segala perbuatan mazmumah berjaya dicegah dan diubah dan yang paling prima, martabat wanita juga berjaya dinaikkan dan mereka dihormati. Jadi tidak wajar diwujudkan isu seperti wanita ditindas dan sebagainya kerana, wanita juga diberikan pelbagai hak di dalam Islam yang menunjukkan Islam agama yang bertoleransi . Contohnya wanita mempunyai hak hak seperti

-hak mendapatkan mahar ( mas khawin)
-hak dalam beribadah
-hak dalam berpakaian ( selagimana mematuhi syariat Islam dan tidak tabaruj)
-Hak untuk bekerja dan sebagainya

Isu kedua yang dikonfrontasikan oleh golongan Islamophobes ialah isu Islam agama kegansan dan tiada toleransi (barbaric). Seperti yang kita semua sedia maklum, Islam merupakan agama rahmatan lillalamin yang amat sinonim dengan nilai nilai kemanusiaan seperti nilai toleransi. Namun dewasa ini, terlalu ramai yg mengait rapatkan agama islam dengan nilai nilai negatif seperti perang dan pembunuhan. Jika kita fahami, Peperangan di dalam Islam hanya dibenarkan sekiranya,

- Memelihara agama daripada dihapuskan

- Apabila orang islam diusir

- Menjamin kebebasan beragama dan keselamatan tempat beribadat serta apabila orang Islam dizalimi.

Agama islam juga menetapkan etika peperangan seperti :

- Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.

- Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

-Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

-Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

Nah, sudah jelas bahawa Islam amat menitikberatkan kemaslahatan dan kebajikan masyarakat umum dan Islam bukan agama keganasan. Selain itu, Islam juga merupakan agama toleransi yang mementingkan toleransi dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat daripada beberapa surah yang menjelaskan sikap toleransi yang dapat dijadikan panduan dalam pergaulan dengan orang bukan Islam. Contohnya dalam surah Yunus ayat 99

وَلَوْ شَاء رَبُّكَ لآمَنَ مَن فِي الأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعاً أَفَأَنتَ تُكْ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُواْ مُؤْمِنِينَ


Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?

Isu terakhir yg dibangkitkan oleh Islamophobes ialah isu Islam agama jumud dan tidak boleh terdedah kepada pemodenan dan arus globalisasi.  Hal ini dikatakan kerana, terlalu ramai masyarakat Islam yang mempamerkan nilai nilai kejumudan dan ketutupan. Namun, harus kita ingat bahawa, jika kita ingin membuat penilaian tentang sesuatu agama, jangan kita lihat pada umat atau pengikutnya.. Namun harus kita kembali kepada kitabnya. Sama juga dengan agama Islam. Rujuklah Kalamullah Al-Quran untuk membuat penilaian dan fahaman yang jelas tentang nilai sebenar agama Islam. Islam agama yang relevan yang tak akan lapuk ditelan zaman. Setiap skop kehidupan ada disebutkan di dalam Kitab Al-Quran. Garis panduan, tuntutan nilai murni serta hal hal dalam kehidupan seharian. Agama Islam, agama fitrah, agama syumul, agama rabbani, dan agama rahmatan lil-alamin.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu …” [Al-Maa-idah: 3]


Allah Azza wa Jalla juga ada berfirman:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا

“Dan telah sempurna kalimat Rabb-mu (Al-Qur-an), (sebagai kalimat) yang benar dan adil …” [Al-An’aam: 115]

Secara ringkasnya, jelaslah bahawa Islam agama yang sempurna dalam semua aspek dan tidak akan lapuk ditelan zaman.

Di hening malam, pergi berkhelah
Agama Islam, Agama Indah

"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Norfadhlan Adli Bin Norkhairi

Sekreteriat Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN