RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

29 Muharram 1441H | 29 September 2019

[RUSUHAN DI MESIR TERHADAP FATTAH AL-SISI KINI KEMBALI]


Ramai bermain ditaman larangan,
Rumput kering nampaklah tanah,
Berkuasa Al-Sisi diikuti rusuhan,
Pergolakan sentiasa  agenda di sembunyikan

. الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Sejak runtuhnya Institusi Khilafah yang dijunjung tinggi kerajaan Turki uthmaniah, pelbagai fitnah timbul menghempap ummah. Pelbagai taktik kotor yang digunakan sesuatu pihak bagi merebut kuasa demi kepentingan sendiri dan mengabaikan kebajikan ummah. Begitulah fitnah kepimpinan yang dihadapi ummah kini khususnya di Mesir. Syahidnya presiden Morsi merupakan penanda aras bagi kekuasaan sepenuhnya oleh rejim baharu Presiden Fattah Al-Sisi yang menyebabkan Harakah Ikhwan kini seperti telur dihujung tanduk. Begitulah perjuangan Ummat di Mesir.

Maka tidak hairanlah rusuhan sentiasa berlaku di sana, namun harus juga kita berwaspada dengan rusuhan yang berlaku supaya kita tidak menjadi boneka penggerak agenda asing organisasi yang tidak dikenali. Agenda dan matlamat rusuhan di Mesir yang berlaku baru-baru ini dapat dilihat bahawa tiada matlamat khusus dan agenda yang jelas selain daripada menggulingkan Presiden. Antara ciri atau corak  yang dapat diperhatikan dalam rusuhan tersebut adalah :-

•Bukan gerakan dari Jemaah Islam disana. Ini bermaksud rusuhan tersebut bukanlah gerakkan khusus mana-mana pihak bagi menegakkan Islam untuk menjaga biah solehah di sana. Sudah tentu juga bukan sama sekali gerakkan Ikhwanul Muslimin untuk memartabatkan Islam.
•Gerakan mengambil tindakan terlalu drastik. Perkara ini dapat dilihat apabila tiada unsur syura diambil untuk melaksanakan gerakkan tersebut. Rusuhan itu hanya tercetus dengan berita-berita sumbang pertuduhan seorang Pelakon dan Ahli perniagaan Mesir bernama Mohamed Aly terhadap Presiden Fattah al-Sisi melalui media sosial.
•Tiada mana-mana tanzim ataupun organisasi yang dikenali atau bertanggungjawab terhadap rusuhan yang berlaku.

Jelaslah rakyat hanya bertindak mengikut perasaan dipengaruhi propaganda di media sosial tanpa memikirkan agenda-agenda yang tersembunyi di sebalik rusuhan yang mereka gerakkan. Boleh jadi mereka hanyalah memainkan peranan dalam perancangan musuh-musuh Islam untuk menindas Umat Islam. Boleh jadi terdapat agenda sulit dan matlamat lain disebalik rusuhan untuk menjatuhkan Presiden Fattah al-Sisi walaupun dengan mata kasarnya kelihatan seperti usaha yang bagus bagi menghapuskan kezaliman. Namun saudara dan saudari sekalian lihatlah dengan penglihatan Khidir A.S, penglihatan yang penuh berhikmah.
Adanya hikmah adalah melalui ilmu  pengetahuan. Begitulah seruan Allah dalam firmannya pada surah Saad [38]:20

  وَآتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ
"Dan kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan."

Oleh itu, kita seharusnya memikirkan perkara sebegini dengan lebih matang sebelum memberikan sebarang spekulasi sendiri berkaitan isu rusuhan di Mesir dan seumpama dengannya. Kita perlu faham bahawa rusuhan tersebut mungkin bukan perkara yang patut kita banggakan walaupun tujuannya adalah menjatuhkan pemimpin yang zalim namun ada beberapa perkara yang kita perlu mengambil kira.

Antaranya persoalan yang perlu kita fikirkan adalah mengapakah terdapat usaha menggulingkan al-Sisi setelah beliau mengumumkan bahawa beliau tidak sehaluan dengan " the deal of the century ". Beliau tidak setuju dengan tindakan Amerika syarikat yang ingin memberikan kuasa kepimpinan di masa hadapan kepada Saudi dan Israel. Perkara sebegini akan mengakibatkan negara-negara lain di bawah naungan atau bersekutu dengan mereka perlu tunduk dan patuh pada arahan dari kuasa pimpinan dan Al-Sisi sama sekali tidak bersetuju dengan keadaan sebegini. Maka logiknya yang kita perlu fahami disini adalah kemungkinan usaha-usaha menjatuhkan al-Sisi adalah disebabkan beliau tidak mahu tunduk kepada negara-negara pimpinan tersebut ataupun lebih dikenali sebagai " the ruling state in the world ". Di sebabkan tindakan beliau yang tidak sehaluan maka beliau selayaknya di mata musuh-musuh Islam digulingkan dan kuasa pemerintahan patut diberikan kepada orang yang sanggup mentaati mereka sahaja. Analoginya seperti Fitnah alMasih yang hanya membiarkan mereka yang kufur untuk terus bersenang lenang melakukan kezaliman.

Para pembaca sekalian, kita tidak sepatutnya melihat dunia di akhir zaman dalam kancah hitam dan putih. Pandangan yang bersifat hitam putih bersalahan dengan hikmah yang Allah S.W.t kurniakan kepada kita. Kita perlu fahami bahawa dunia bersifat majmuk dengan agenda-agenda dan matlamat tersendiri yang dibawakan oleh pihak tertentu. Tiada istilah " Hero and Villain " yang khusus kerana istilah tersebut sentiasa berubah mengikut kepentingan sesuatu pihak dan keadaan atau situasi pihak tersebut. Analogi yang sesuai bagi menggambarkan situasi ini merupakan Fiqh Halal dan Haram sesuatu perkara ketika timbulnya darurat. Hendak disampaikan disini bahawa tidak semestinya dengan menggulingkan al-Sisi adalah jalan yang terbaik namun dengan adanya beliau pada tempatnya dalam konteks sekarang dapat menghalang satu kezaliman yang lebih besar meskipun kehadirannya mengerdilkan lagi Harakah Ikhwan. Isunya disini adalah andai beliau digulingkan, siapakah yang akan menggantinya ? Adakah kita yakin bahawa pemimpin baharu itu lebih baik dan mampu menang dengan partinya ?  Dan yang paling penting adakah pemimpin baharu itu membawa agenda-agenda Islam atau Fitnah alMasih?Jujurnya apa  yang ingin disampaikan adalah kebanyakan individu atau organisasi tertentu bergerak mengejar matlamat dan kepentingan sendiri yakni dalam konteks perbincangan kita merupakan kepentingan sosio politik dan geopolitik masyarakat. Susah untuk kita menunding siapa Baik dan siapa Jahat kerana Istilah betul-betul baik dan istilah betul-betul jahat tidak wujud sama sekali. Hanya disebabkan seorang individu melakukan perkara dengan salah tidak semeatinya semua perkara yang dilakukannya semua salah. Namun harus diingati bahawa al-Sisi mungkin mengubah agendanya dan patuh kepada Fitnah alMasih demi kepentingannya sendiri. Maka sebolehnya pemimpinn mestilah dipilih dari kalangan orang yang benar-benar beriman seperti firman Allah:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَكُمْ هُزُواً وَلَعِباً مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Hai   orang-orang  yang  beriman,  janganlah  kamu  mengambil  orang-orang  yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik) sebagai WALI (pemimpinmu).  Dan  bertakwalah kepada Allah  jika  kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”
(QS:  Al-Ma’aidah [5]: 57)


  • Akhir kalam, sebagai pengajaran sentiasalah kita bergerak kerja didalam Jemaah yang benar-benar mendaulatkankan Islam terutamanya di akhir zaman kini dan tidak menjadi boneka alMasih Dajjal bergerak kerja menuju zaman fitnah. Sebaliknya marilah kita bergerak kerja dan berjihat dalam Jemaah yang mendaulatkan Islam sahaja moga-moga kita berada di belakang Imam Mahdi dan nabi Isa A.S. suatu ketika kelakk Amiin.



"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

Muhammad Najmi Hakim bin Nasir

Sekretariat Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN