PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER

[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]

03 Rabiulakhir 1441H | 29 November 2019

‘PENGHAD PUBER UNTUK KANAK-KANAK TRANSGENDER’



“ IT SUCKS TO BE A BOY HAVING HIS PERIOD” - TRANS KIDS

Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” -SURAT AT-TIN AYAT 4

Pada era globalisasi ini, isu-isu kebangkitan golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT) seringkali menjadi topik hangat yang seringkali didebatkan dalam kalangan masyarakat dunia. Namun kini, ianya bertambah rumit apabila wujud  pihak yang membantu kanak-kanak bawah 16 tahun ini untuk mengubah jantina mereka melalui satu suntikan hormon atau lebih dikenali sebagai ‘Puberty Blocker’atau bahasa melayunya, penghad puber.

Apakah itu ‘Puberty Blocker’? ‘Puberty Blocker’ adalah sejenis dadah yang menyekat pengeluaran hormon estrogen atau testosteron badan, yang pada dasarnya berlaku perubahan sewaktunya akil baligh. Kaedah perubatan moden ini mampu membantu mereka yang ingin mengubah jantina mereka pada usia yang muda tertutamanya kanak-kanak yang mempunyai kecelaruan identiti sewaktu kecil atau dengan bahasa saintifik dikenali sebagai ‘Dysphoria’.

Kaedah perubatan ini, pertama kali dilaksanakan adalah di Amerika Syarikat iaitu pengurusan perkhidmatan jantina di Hospital Kanak-Kanak Boston pada tahun 2009. Mereka mencadangkan pengunaan garis panduan endokrin untuk rawatan transgender. Hasil daripada sekatan akil baligh itu adalah ia berjaya menyekat perubahan biologi hormon semulajadi iaitu seperti suara, bentuk muka dan perkembangan payudara serta penis. Garis panduan komuniti endokrin menyarankan kanak-kanak perlu mengambil ubat sekatan akil baligh ini seawal usia 10 tahun ke 11 tahun bagi yang perempuan, manakala 11 tahun ke 12 tahun bagi yang lelaki tetapi yang sebernanya sehingga tahu 2011, ubat ini hanya dibenarkan penggunaannya ke atas kanak-kanak 16 tahun ke atas.

Namun, tidak disangkal lagi, penggunaan ubat ini sudah pasti mempunyai kesan sampingan yang merbahaya, salah satunya adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ‘Gender Identity Development Service (Gids)’, setahun selepasan penggunaan ubat ini, data menunjukkan 30 daripada 44 kanak-kanak cenderung untuk cederakan diri sendiri dan bunuh diri. Selain itu, ubat ini juga akan mengganggu kesuburan seseorang itu serta mereka juga berkemungkinan mendapat masalah jantung dan diabetes. Akhir-akhir ini juga terdapat perdebatan bahawa ubat ini juga boleh membawa maut namun pihak tertentu masih menjalankan penyiasatan ke atas kesahihan isu itu. Walaubagaimanpun, puberty blocker seperti ‘Leuprorelin’ juga berperanan sebagai rawatan untuk kanser prostate, kanser payudara, endometriosis,uterine fibroid dan sebagainya.

Justeru itu, hukum lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah haram. Ianya termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  بْنِ مَسْعُودٍ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،  قَالَ:  لَعَنَ  اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ  وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ، مَا لِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ:  )وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا(.

Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a  katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud... Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Oleh itu, seandainya anda mengenali mana-mana kanak-kanak mahupun dewasa yang mempunyai masalah ini, maka bimbinglah mereka. Ibu-bapa pula, memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wallahuallam.


"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"

Disediakan oleh:

NUR AQILAH BINTI ISMAIL

Sekretariat
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)

#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK MENURUT ISLAM

SEJARAH RINGKAS AISYA HUMAIRA

AS MEMILIH: TRUMP VS BIDEN