JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]
23 MUHARRAM 1441H | 23 SEPTEMBER 2019
[JEREBU BERULANG, SIAPAKAH DALANG?]
Serpihan tualang, tepian lalang
Dipijak kelasi, tiada dibantu
Jerebu berulang, sungguhlah malang
Tiada solusi, rakyatnya buntu
Seperti yang diketahui umum, isu jerebu merupakan isu yang menjadi bualan hangat si watan di seantero dunia. Ramai yang telah membuat spekulasi tentang pihak manakah yang wajar bertanggungjawab terhadap isu jerebu ini sehingga mewujudkan perbalahan serius antara masyarakat majmuk di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perbalahan yang tercetus ini dilihat semakin membuak buak dengan perang kicauan (Tweets) antara pengguna laman sosial Twitter yang berasal daripada negara-negara tersebut. Perbalahan yang tercetus ini dilihat tiada titik noktah.
Jika kita fikir secara dimensional dan rasional, setiap permasalahan ada penyelesainnya, justeru dalam isu ini, penyelasaian ataupun langkah pragmatik yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu ini adalah dengan memakai penutup muka dan juga dengan mengurangkan tempoh waktu berada di kawasan terbuka. Menunding jari antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah prima ini malahan akan menimbulkan satu lagi masalah, iaitu masalah perpaduan antara negara serumpun. Haruslah kita ingat bahawa menjaga ukhuwah dan ikatan antara masyarakat terutama sekali Muslim adalah satu kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T di dalam Kalamullah suci, iaitu Al quran.
Firman Allah S.W T :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)
Secara ringkasnya, dapat kita telesuri dan fahami bahawa dalam isu jerebu ini, inisiatif - inisiatif prima wajar kita ambil bagi mengelakkan komplikasi berpanjangan, dan wajar juga kita tanamkan dalam buah fikiran bahawa, menunding jari hanyalah akan memudarkan lagi perpaduan dan semaian ikatan persaudaraan antara Mukminin mukminat dan juga masyarakat serumpun. Jadi, sebagai seorang muslim dengan nilai taqwa di dada, wajarlah kita mengamalkan nilai nilai yang telah dianjurkan oleh agama Islam yang sinonim dengan nilai perpaduan.
"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"
Disediakan oleh:
Norfadhlan Adli Bin Norkhairi
Sekretariat Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)
#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments
Post a Comment