'LEBAI' MENYEMBAH DI MAZBAH?
[PERSATUAN MAHASISWA HADHARI 19/20]
[EXCO PENERANGAN DAN INFORMASI]
[ISU SEMASA]
17 syawal 1440H | 21 Jun 2019
['Lebai' menyembah di mazbah??]
Semua masih mood raya ke? Masih ada yang buat open house? Seronok beraya kan? Dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga, jumpa kawan-kawan, makan makanan yang sedap-sedap, ziarah menziarahi. Tetapi, tahukah kita, disaat kita sibuk merayakan hari kemenangan setelah tamatnya bulan Ramadhan, terdapat seorang individu dikatakan telah menimbulkan kekecohan kepada semua umat Islam.
Individu tersebut yang dikatakan berumur lingkungan 40-an memakai pakaian seperti orang Islam iaitu:
1. Memakai kopiah
2. Berbaju putih
3. Berkain pelikat.
Dengan pemakaian sedemikian, individu tersebut memegang colok dan membuat penyembahan di mazbah kepercayaan mereka. Apa yang dilihat pada mata masyarakat sekeliling pada ketika itu, sudah pasti akan mencetuskan persoalan dan perasaan tidak enak atas tindakan individu tersebut kerana telah menyentuh sensitiviti keagamaan Islam itu sendiri.
Isu sensitiviti agama ini pastinya mengugat keamanan yang sedia ada. Indahnya Islam adalah, Islam mementingkan keamanan. Islam tidak mengajar penganutnya untuk menghina agama yang lain. Seperti yang termaktub dalam firman Allah, surah Al-An'am, ayat 108, maksudnya:
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."
Makanya, sebagai seorang muslim, bertuturlah dengan pertuturan yang dapat mendekatkan seseorang terhadap Islam. Islam merupakan agama yang penuh dengan kelembutan tetapi Islam juga mempunyai sudut-sudut yang mementingkan ketegasan.
Berkenaan dengan individu yang dinyatakan sebentar tadi, biarlah ia diuruskan oleh badan-badan yang bertanggungjawab. Dan, mungkin akan ada penjelasan dari mana-mana pihak. Sebagai seorang Muslim, perlulah kita bertindak dengan cara yang sebaiknya iaitu Akhlak.
Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik
(Surah Al-Nahl: 125)
Akhlak seorang Muslim. Suka untuk kita sama-sama ingat, tarikan orang bukan Islam kepada Islam sebenarnya tiada lain kecuali akhlak. Wajib untuk kita hormati mereka. Jangan sakiti hati mereka. Bahkan kita diminta untuk tolong-menolong dalam perkara kebaikan. Sikap terpuji ini sebenarnya membuka ruang dakwah kepada mereka. Moga-moga dengan peranan semua, makin bertambah saudara Islam kita di masa akan datang. InsyaAllah.
"MEMBINA GENERASI BERILMU & BERAKHLAK MULIA"
Disediakan oleh:
Nor Zulaila Adira bt Azrul Hisyam
Setiausaha,
Exco Penerangan dan Informasi 2019/20,
PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH)
#PmhUitmSA
#PMHBukanUntukOrangBaik2TapiUntukOrangYangNakJadiLebihBaik
#UnitIsuSemasa
#EPI

Comments
Post a Comment